Peti ais atau peti sejuk merupakan peti ‘ajaib’ yang sentiasa kita buka hari-hari apabila lapar. Sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan, ia juga kadang kala mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan akibat campuran bau di dalamnya termasuklah bau daripada bahan masakan mentah.
Bagi menghilangkan aroma yang kurang menyenangkan, seorang jejaka ialah Sufri Jamaluddin telah menunjukkan cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang ringkas dan kos yang murah. Tak sangka betul!
Tidak renyah, anda hanya perlu mengeluarkan segala isi di dalam peti ais dan kemudian lap menggunakan kain bersih bersama esen vanila.
Ads
Photo by Karolina Grabowska from Pexels
Bukan hanya mudah dan murah, malah ia meninggalkan bau yang wangi dalam ruang peti ais anda. Tak percaya? Cubalah sis!
Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai. Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kepada semua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Buat pencinta haiwan, memelihara haiwan di rumah seolah-olah satu kewajipan. Jangan kata hanya sejenis haiwan, ada yang memelihara dua hingga tiga spesies haiwan sekaligus di rumah.
Tapi berbeza buat haiwan yang tidak bertuan, pasti susah untuk mencari makanan sendiri; selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.
“Menangis dia dapat makanan”
Seperti yang tular baru-baru ini laman Tiktok oleh @MissApplePie, yang sempat merakam momen dia memangku seekor kucing jalanan makan di atas meja. Video tersebut kini telah meraih lebih 268.3K jumlah tontonan dan 45.9K kesukaan.
Wanita tersebut telah memberikan makanan ‘wet food’ yang dilapik dengan tisu di atas meja makan kepada seekor kucing jalanan yang sedang kelaparan tersebut.
Namun, apa yang membuat netizen terharu adalah reaksi kucing tersebut. Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan.
Reaksi serta raut wajah ‘si bulus’ yang tiba-tiba mengalirkan air mata tersebut seolah-olah bersyukur dengan pemberian sambil dilihat perlahan-lahan menjamah dan menikmati makanan itu.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut sedih dan rasa simpati melihat raut wajah kucing tersebut. Bahkan, mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.
“Kita tak akan pernah tahu apa yg dia mengadu & memohon doa kpd Allah. Sesungguhnya haiwan juga berzikir & berdoa dgn caranya sendiri. Terima kasih org baik2.”
“Allah…air mata rasa syukur dia dapat makanan. Kesiannya…semoga awak murah rezeki..sbb dah bagi meooww makan…Aamiin”
“Terima kasih org baik.. semoga Allah permudahkan segala urusan awk..dan awk diberi rezeki seperti air sungai yg mengalir”
“Aku tak boleh tengok macam ni.. sedih.. tak sampai hati.. kadang terfikir macam mana dia hidup dengan manusia yang kejam yang kadang2 tendang2 dia”
“Allahu comelnya awak sayang.. Alhamdulillah Allah hadirkan orang yang baik untuk jumpa and jaga awak sayang”
Menerusi hantaran TikTok yang lain, wanita tersebut dilihat telah membawa kucing jalanan tersebut pulang dan memeliharanya. Bukan itu sahaja, dia sempat memberikannya nama baru iaitu Muezza.
Sebagai seorang rakan, biasanya kita pasti mahu meraikan sahabat kita yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Walaupun hanya sekadar lepak atau makan sahaja, ianya cukup bagi menghargai persahabatan itu. Namun, sedih pula jika pengorbanan itu tidak dihargai bukan? Seperti kisah yang dikongsi oleh @wawaasilah di twitter ini, sepupunya kecewa apabila rakannya tidak menghargai usaha yang telah dibuat untuk meraikan bakal pengantin.
Teman berlalu begitu sahaja…
Sedihnya kalau jadi macam ini.
Tak sangka kelakuannya begini.
Untuk para hijabi di luar sana, hargailah pengorbanan yang telah rakan anda buat. Janganlah tunjuk sangat jika anda tidak suka sesuatu perkara itu. Sekurang-kurangnya jagalah perasaan hati rakan anda yang telah berusaha untuk membahagiakan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak kelahiran Siti Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat sering bergurau manja dengan puteri kesayangannya itu. Ada sahaja telatah Siti Aafiyah yang dimuat turun dalam laman sosial untuk berkongsi dengan peminatnya. Terbaru Siti muat turun gambar Siti Aafiyah yang begitu comel memakai tudung. Beserta kapsyen ditulis ‘Parody Ibu’ dan #tangantuu. Merujuk pada gaya Siti semalam ketika menjadi juri bagi rancangan realiti Big Stage di Astro.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!