SME ataupun dalam Bahasa Inggeris nya adalah Small Medium Enterprise yang membawa maksud Perniagaan Kecil dan Sederhana (BM). Apakah dimaksudkan dengan Perniagaan Kecil dan Sederhana?
Perniagaan sederhana adalah dikategorikan sebagai sebuah perniagaan di mana pekerjanya tidak melebihi 500 orang dan tidak kurang dari 51 orang. Manakala perniagaan kecil pula terdiri dari 1-50 orang pekerja.
Perniagaan Kecil dan Sederhana dikategorikan dalam dua industri iaitu pembuatan dan perkhidmatan.
Tidak dapat dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ramai yang terkesan. Ada yang diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan.
Ikuti perkongsian Faizul Ridzuan ini.
CARA NAK PASTIKAN KITA TAK HILANG PEKERJAAN WAKTU PKP, SIAP MUNGKIN NAIK GAJI LEPAS COVID19 DAH REDA?
Semenjak PKP, saya sudah kongsikan yang kita sebenarnya dalam recession atau gawat ekonomi, yang melanda bukan sahaja Malaysia malah satu dunia. Yang paling saya risaukan, adalah mereka yang hari ini sedang bekerja dengan SME.
Kalau betul PKP dilanjutkan hingga lepas raya, banyak syarikat SME yang tak cukup cashflow untuk bertahan sampai raya tanpa apa-apa income. Sedih kalau kena buang kerja sebelum raya. Jadi hari ni saya nak kongsikan apa yang anda boleh buat sebagai pekerja jika anda hari ni kerja di SME.
Kalau anda buat cadangan saya, InsyaAllah anda mungkin pekerja terakhir yang bos anda terpaksa buang kalau betul dia memang betul-betul dah tak mampu nak teruskan bisnes beliau. Bos anda hari sedang pening kepala gila sebab tengah strungle nak kekalkan perniagaan yang ada kos berpuluh/beratus ribu tapi tiada income waktu PKP.
Sewa masih kena bayar, gaji pekerja semua juga masih kena bayar, tapi income zero. Memang ada bos yang pentingkan diri, tapi ada ramai bos yang memang tak mahu buang pekerja mereka selagi ada pilihan lain.
Bukan semua boss jahat dan tak berhati perut kan? Kalau saya jadi pekerja hari ni, dan saya tahu boss saya tgh susah, saya akan volunteer minta gaji dipotongkan. Kenapa saya “bodoh” sangat mahu volunteer supaya gaji saya dipotong waktu PKP?:
1. Kalau syarikat punyai kewangan yang kurang kukuh, dan tak dapat bertahan lebih 2 bulan tanpa income, memang boss kita bakal terpaksa buat keputusan yang sukar untuk buang minnma 50% pekerja. Kalau saya volunteer, besar kemungkinan saya bakal jadi 50% yang terselamat.
2. Kalau saya hilang pekerjaan hari ini, kebarangkalian untuk dapat kerja baru lagi 5-6 bulan sangat rendah. Banyak syarikat yang sedang buang orang dari syarikat yang mahu ambil pekerja baru.
3. Hari ni kita ada loan moratorium sampai bulan September. Maksudnya kita tak perlu bayar loan rumah, kereta, personal loan semua dari bulan April- September. Selagi ada MCO, makan kat rumah je, taska semua tak perlu bayar. Jadi dah jimat banyak tiap tiap bulan. Jadi kalau hanya perlu risaukan duit makan, RM1000-RM2000 masih boleh survive lagi untuk tampung keluarga kecil sendiri dan tak perlu pergi kerja langsung waktu PKP.
4. Semua boss SME sdg hadapi krisis cashflow. Sedang susah. Siapa yang volunteer, akan bantu kurangkan beban dia. Dan orang yg volunteer sebenarnya sgt rare, tapi sbb rare itulah boss kita akan ingat kita. Kita jaga bantu dia waktu susah, insyaAllah dia jaga kita balik waktu senang. Dia pun manusia biasa yang perlukan sokongan dan bantuan.
5. Kalau syarikat anda ada kurang dari 75 pekerja, boss anda sekarang boleh dapatkan subsidy hingga RM1200 dari kerajaan untuk bayar gaji anda. Baru PM announce benda ni petang tadi, boleh rujuk pada jadual dalam gambar tu mengenai subsidi. Suruh dia apply supaya dia tak perlu buang pekerja waktu MCO dan sebelum kita raya. So kalau gaji kita RM2000 lepas kena potong waktu PKP, dia cuma kena top up RM800 je. Dia patut mampu untuk kekalkan anda kalau cuma kena bayar RM800 untuk 3 bulan, dan lepas PKP dah tamat, boleh kerja macam biasa dan dapat gaji macam biasa. Dan SME yang ambilsubsidi ini, syaratnya mereka tak boleh buang pekerja untuk 6 bulan. So kita ada safety untuk minima 6 bulan.
6. Tapi awas, jangan volunteer bodoh sahaja. Jelaskan yang anda buat potongan gaji sukarela ni waktu PKP sahaja. Bila dah masuk kerja macam biasa, business as usual, gaji kena pulihkan ke asal. Pastikan agreement kita jelas dgn majikan supaya dia tak ambil kesempatan.
Jadi strategi ini, adalah strategi yang kita kalah sekejap, tapi menang kemudian. Loose the battle but win the war. Sebab boss anda akan tahu yang anda sanggup bersusah sama dgn dia waktu susah, kalau dia orang yang ingat budi, dia akan balas jasa anda nanti. Sebab ramai rakan sekerja anda takkan buat benda “bodoh” ni, mahukan gaji penuh walaupun sebenarnya tak buat kerja langsung sbb PKP. So bila kita volunteer, kita akan standout. Kita akan jadi yang last kena buang, boss mana nak buang pekerja baik , kecuali kalau tiada pilihan.
Dan lepas 6 bulan, bila syarikat dah mula okay semula, kalau ada peluang untuk naik gaji atau pangkat atau bonus, anda fikir siapa yang boss anda akan pilih dulu? Yang dulu selfish mungkin dan kena buang, atau kalau stay pun mmg takkan dapat.
Yang bakal didahulukan, InsyaAllah kita. Sebab anda orang rare yang tak pentingkan diri dan sanggup bersusah sama dgn boss waktu susah. So kita dapat maintainkan pekerjaan kita dan income kita waktu gawat ni, dan terus set diri kita sebagai calon untuk jadi manager atau partner untuk boss kita kelak. Susah sekejap, tapi dapat enjoy lama. Boss sebenarnya takut gila kehilangan pekerja yang bagus, dan tak selfish.
Saya ada staff yang saya gandakan gaji tak sampai setahun, sebab diorang perform. Mereka sokong saya buat salary deferment, sebab mereka tak mahu syarikat ni jatuh sebab nakkan gaji penuh untuk 2 bulan. Saya lebih sanggup jual rumah 2-3 bijik dari hilang staff macam ni.
Sungguh. Sebab ada staff macam ni, saya sanggup refinance beberapa rumah saya yang dah habsi bayar supaya kalau syarikat kehabisan modal, saya ada personal cash on standby. Sebagai majikan, saya takut gila kehilangan pekerja yang boleh perform dan tak selfiish, dan team player. Sebab saya tahu susah nak dapat staff macam ni. Mmg spesis rare. Pekerja dari syurga, akan deserve boss yang bagus. InsyaAllah.
Akhir sekali, strategi yang saya ajar ni akan berkesan kat semua syarikat/bos ke? Pastilah tidak. Sebab memang saya tak nafikan, memang ada bos yang spesis *##. Dia memang pentingkan diri, suruh anda potong gaji, tapi gaji dia sendiri tak potong. Suruh anda berjimat tapi dia sendiri berbelanja duit syarikat untuk beli benda mengarut.
So kalau boss anda suruh potong gaji 50% waktu PKP, tapi dia tak potong gaji atau buat potongan gaji lebih dari anda, dia bukan bos. Dan kalau jumpa spesis bos macam ni, anda kena faham anda takkan ada masa depan kat syarikat tu. Lepas ekonomi dah stabil, cari kerja lain atau bina career baru, sebab kerja lama dengan bos camni.
Dan ada juga majikan/bos yang sudah dapat subsidi pun masih nak buang pekerja dan salahkan kerajaan. Kalau betul terkena, anggaplah dah tiada rezeki kita kerja dengan bos macam ini, dan gunakan wang pampasan untuk belajar skill baru.
Kita boleh setia dan berkorban dengan majikan yang juga setia dan sanggup buat pengorbanan untuk jaga kita. Kita jaga bos kita yang hari ni yang tengah susah supaya dia boleh jaga kita waktu kita pula yang susah nanti. Takde siapa yang nak gaji mereka dipotong, tapi potong gaji hari ni lebih bagus dari hilang pekerjaan terus buat waktu ini. Dan kalau kita volunteer hari, mungkin akan dapat reward lebih bila situasi dah pulih nanti.
Sumber kredit: Faizul Ridzuan
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI