Bukan wanita sahaja mengalami pertambahan berat badan, tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali. Mereka juga begitu mementingkan penampilan diri dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan berat badan ideal. Perkongsian dari lelaki muda ini yang turutn 10 kg dalam masa dua bulan hanya dengan mengamalkan diet dari segi pemakanan.
Harith Faisal bukan sahaja mengamalkan minum teh hijau yang sebelum ini jadi viral, tetapi dia juga ingin berkongsi cara sarapan yang diamalkan dan dibuat secara homemade. Menurutunya cara ini tidak susah dan juga paling penting sedap seperti minuman lain.
Jom ikuti perkongsiannya di sini. Walaupun amalan diet ini dilakukan oleh lelaki, tetapi tidak salah untuk hijabi yang mahu menurunkan berat badan mengamalkannya juga.
SARAPAN OAT SMOOTHIES
Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 16,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
BUAT OVERNIGHT
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
Ads
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak 4-6 sudu besar oat 2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
ELAK JEMU
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Ads
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
TAK STRESS & TAK LAPAR
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
‘Clean beauty’ seperti ‘eat clean’ adalah istilah subjektif yang mempunyai pelbagai makna berbeza bergantung pada siapa yang anda tanya. Tanpa takrifan atau piawaian yang ditetapkan, kecantikan bersih mungkin mengelirukan memandangkan kosentrasi keseluruhan adalah untuk meninggalkan bahan-bahan yang mungkin berbahaya kepada kulit dan badan anda.
Sekarang ini bukan untuk mengatakan bahawa semua produk kecantikan adalah tidak selamat, tetapi ia boleh menyebabkan kebimbangan bagi mereka yang lebih kognitif dan berhati-hati untuk memilih produk dan bahan yang betul yang terdedah kepada kulit anda.
‘Clean beauty’ memberi Impak global
Trend kecantikan bersih juga telah berkembang di Asia, sebahagian besarnya sebagai tindak balas kepada sesuatu yang dipanggil habuk mikro. Debu mikro ialah satu bentuk pencemaran udara dan merupakan isu utama. Selain menimbulkan risiko kesihatan umum yang serius, kualiti udara yang buruk juga menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit. Semakin ramai wanita di Asia mencari pilihan yang lebih bersih dan tidak merengsakan untuk kulit serta badan mereka.
Sephora Asia Tenggara mengesahkan komitmennya terhadap alam sekitar dengan pengenalan meterai Bersih + Planet Positif baharu yang menyerlahkan jenama yang mengutamakan pendekatan ekologi dan bagus untuk mencipta dan menjual produk kecantikan.
Selaras dengan tumpuan peruncit yang semakin meningkat dalam kategori Clean Beauty, meterai baharu dibina berdasarkan ‘Clean at Sephoraseal’ dan dilancarkan bersempena dengan edisi kedua “clean beauty’ di Sephora.
Pernah menjadi trend khusus, ‘Clean Beauty’ telah berubah menjadi pergerakan arus perdana yang kekal apabila pengguna memerlukan ketelusan yang lebih tinggi daripada jenama. Sebagai peruncit kecantikan terkemuka, Sephora Malaysia berusaha untuk mengetuai perbualan Clean + Planet Positive di Sephora, dengan mendidik dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pembelian kecantikan termaklum berdasarkan produk “lebih baik untuk saya” atau produk “lebih baik untuk kita”.
Kriteria produk bersih lulus dipasarkan di sephora
Sephora menonjolkan jenama yang mempunyai komitmen kuat untuk mengubah landskap kecantikan dan bumi menjadi lebih baik. Untuk memperoleh Clean + Planet Positive seal, jenama mesti diluluskan Sephora dan memenuhi set kriteria yang sangat spesifik. Inilah maksudnya apabila anda melihat Clean + Planet Positive seal:
Bahan Bersih diluluskan
Dirumus tanpa pelepas phthalates, formaldehid atau formaldehid, oxybenzone dan octinoxate, hydroquinone, triclosan, tar arang batu, methylisothiazolinone, plastik tidak larut, microbeads.
Komitmen Iklim
Jenama mesti memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada matlamat iklim berikut, operasi neutral karbon, pengurangan pelepasan gas rumah hijau, atau pejabat korporat dan operasi milik atau pajakan yang dikuasakan oleh 100% tenaga boleh diperbaharui.
Sumber yang bagus
Tanpa kekejaman, hanya menggunakan kelapa sawit dan mika hasil tuaian kemampanan dan tiada mikroplastik.
Bahan Pembungkusan
Pembukusan yang boleh kitar semuka, ini bermakna tiada item sekali guna atau bahan yang tidak diperlukan. Mereka bentuk dengan mengambil kira kebolehkitar semula. Berinovasi dengan komponen boleh diisi semula, kandungan kitar semula selepas pengguna (PCR), biobahan, dakwat berasaskan tumbuhan dan banyak lagi.
Pemberian Alam Sekitar
Menderma sekurang-kurangnya 1% daripada keuntungan kepada program pemberian jangka panjang berimpak tinggi yang berbilang tahun dan berterusan, atau jadilah syarikat B Bertauliah.
Serum penghidratan berkuasa yang menggebukan kulit dengan serta-merta dan jelas dengan kompleks penghidrat yang terbukti secara klinikal dan peptida tembaga penggalak kolagen.
Masker rambut ini terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kekuatan, kilauan dan kehalusan rambut serta meningkatkan kesihatan jangka panjang rambut yang rosak. Penting anda yang mengalami masalah rambut yang kering, rapuh, berwarna atau terlalu diproses.
Serum ini mempunyai Retinol yang lembut, dilepaskan secara perlahan dan Rainbow Algae yang kaya dengan nutrien untuk membantu mengurangkan penampilan tanda pasca jerawat dan hiperpigmentasi selepas keradangan akibat jerawat .
Serum yang memperbaharui kulit wajah setiap hari yang dikuasakan oleh Phyto-Retinol Blend™ untuk mengurangkan rupa cela dan garis-garis halus yang jelas untuk kulit yang jelas dan sekata.
Serum muka termaju yang meningkatkan daya tahan ketara kulit anda sebanyak +62% , tekstur kulit wajah yang lebih licin, yang kelihatan bercahaya dan rupa kedutan yang berkurangan.
Krim mata yang lembut, mengisi semula secara mendalam dengan seramida penguat dan minyak tumbuhan yang kaya dengan omega yang memberikan kelembapan berpanjangan, mengembalikan keanjalan dan melegakan tanda-tanda keletihan untuk penampilan yang segar dan tenang.
Dirumus dengan 97% bahan daripada asal semula jadi, Sephora Collection Ultra Glow Serum mengandungi koktel penghidratan vitamin C + E yang mencerahkan dan peptida semula jadi untuk melembapkan dan menyerikan kulit anda.
Pelembap harian yang dibuat dengan peptida, asid amino, ceramide dan kolagen yang serta-merta menggandakan penghidratan, meningkatkan keanjalan dan memperbaiki rupa garis-garis halus dan kedutan, juga mengukuhkan penghalang kelembapan kulit anda sepanjang hari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Kurma merupakan salah satu makanan sunnah.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza. Buat masa ini Nana juga selain menyanyi kini sibuk berlakon dan juga mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Figura ini sering kita lihat menggayakan hijab pada majlis-majlis tertentu dan juga sebagai penghormatan kepada bulan Ramadan yang mulia. Malah, ramai tetamu pastinya terpukau dan terpesona melihat kejelitaanya ketika menggayakan hijab.
Meski belum sempurna mengenakan hijab, Daphne Iking tetap memanjatkan rasa syukur kerana sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jadi sama-samalah kita doakan Daphne agar dikurniakan hidayah menutup aurat sepenuhnya kelak!
Daphne Iking Salah Seorang Penderma Rambut Untuk Pesakit Kanser
Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab.
Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.
Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab dia mahu melakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Mahu Berubah Secara Perlahan-Lahan
Daphne menegaskan bahawa dia mahu berubah memakai hijab secara perlahan-lahan, ini demukian kerana, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja masih diterima seperti biasa.
Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini berkata dia tidak pernah menetapkan terhad untuk satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini, lebih kepada mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.
Daphne akui merasa terharu, apabila dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah ketika dia mengenakan hijab.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu.
Daphne turut menuntut orang ramai agar menerima keputusanya seadanya dan teruskan mendoakan serta memberikan sokongan moral, bukan sahaja kepada dirinya, malahan kepada mereka di luar sana yang masih berusaha untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...