Siapa kita untuk menindakkan ketentuan tuhan. Begitu juga bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia, hanya Dia yang tahu alasan dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita. Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu dengan wanita yang lebih berusia. Sebagai pasangan yang lebih muda usianya jangan jadikan ia factor anda tidak bahagia apabila tida ada keserasian bersama. Sebaliknya cuba positifkan iri bahawa anda adalah lelaki yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.
Fahami isteri dan jadikan diri lebih matang. I tu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gila-gila’. Anda masih boleh jadi diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran.
Kenali Rakan Isteri
Mungkin masa bercinta anda tidak berapa kenal isteri anda. Deksti rakan-rakannya untuk tahu sikap sebenar dan elakkan cemburu buta bila isteri meluangkan masa bersama rakan.
Berkahwin dengan isteri lebih tua, isteri lebih ‘makan garam’. Tapi, jangan harapkan isteri buat semua tangggungjawab anda. Apa salahnya untuk menyaningi pengalaman yang ada pada isteri.
Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk masuk zon atau era zaman isteri. Untuk memahami isteri apa kata anda bergaul dengan mereka yang berusia, secara tak langsung anda akan mula terikut-ikut cara ‘orang dewasa’ bergaul.
Jangan mudah terikut-ikut darah muda. Mungkin bagi kawan sebaya tidak menjadi masalah. Tapi tak semua orang boleh terima, lag-lagi mereka yang lebih berusia.
Ada je yang tak kena, lagi-lagi bila isteri cuba ubah anda menjadi lebih matang. Tak salah jika anda bersabar dan cuba ikut caranya. Mungkin masa mula-mula je isteri akan suka, lama kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ad jati diri dan pegangan hidup.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui sebagai selebriti dan public figure yang memilih untuk berhijab sejak 13 tahun yang lalu, tidak dinafikan banyak dugaan di sekelilingnya yang terpaksa ditempuh tatkala bergelar selebriti yang sudah kukuh namanya dalam industri hiburan.
Memetik temubual dalam saluran Youtube Official Ria X dalam slot Chit-Chat with Michael Ang, Nana turut berkongsi beberapa dugaan yang terpaksa ditempuhinya sepanjang bergelar anak seni.
Siti Nordiana Kongsi Cabaran 11 Tahun, Istiqamah Berhijab
“Godaaan yang datang pada saya bukan kecil, terutama apbila istiqamah menjadi seorang selebriti berhijab ni, cabaran pertama adalah sentiasa menjadi sorotan orang ramai, orang selalu pandang.
“Dugaan bila berlakon, kena jaga batas antara lelaki dan perempuan, apabila masuk waktu (solat), kena ambil wuduk dulu siap-siap, baru makeup. Lepas itu, tahan supaya tak minum air sehingga masuk waktu (solat) seterusnya,” kongsi Nana yang memulakan penghijrahan pada tahun 2011.
Bagaimanapun, Nana akui bahawa dia juga menerima dugaan dalam fesyen di kalangan rakan artis.
“Kadang-kadang, bila tengok orang lain pakai baju tu saya puji cantik baju dia, tapi saya tak boleh pakai macam tu sebab saya ni seorang yang berhijab,” jujur Nana yang popular dengan drama bersiri Dia Semanis Honey.
Dahulukan Allah, Sebelum Dahulukan Orang Lain – Siti Nordiana
Pelantun suara, lagu Hatiku Milikmu itu turut berkongsi, ketika berada di set pengambaran, cuaca juga antara kekangan yang menjadi cabaran buat dirinya yang memakai tudung.
“Bila shooting tengah panas, saya kena pakai baju berlapis yang menutup aurat. Tapi itulah ibadah kita, pakai tudung masa keluar rumah.
“Pakai tudung tutup aurat wajib, bagi saya tak ada pilihan untuk buka tudung bila dah popular ke apa,” tegas juara Gegar Vaganza musim ke-2 itu.
“Iman kita ni turun naik, jadi kita kena suburkannya sekurang-kurangnya dengar ceramah di Youtube selama satu jam setiap hari. Kita dahulukan Allah sebelum dahulukan orang lain,” akhiri Nana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Bertahun-tahun wanita ini memasang niat untuk berhijab. Walau cuma berkata-kata dalam hati tentang hasrat itu tapi pada masa yang sama perlahan-lahan dia cuba memperbaiki diri. Namun akhirnya waktu itu tiba jua tatkala dia mendapat panggilan menunaikan haji bersama suami.
Sempena Edisi Hijabersary, Hijabista mendekati isteri, ibu kepada dua cahaya mata dan juga usahawan Fouziah Gous untuk berkongsi tentang penghijarahan dirinya yang baru lima bulan.
Sejak bila hati Fouziah terdetik untuk berhijab?
Hati dah berkata-kata untuk berhijab since day one saya berkahwin. Dalam tempoh lima tahun ini meskipun belum berhijab saya perlahan-lahan cuba mengubah diri terutama dari segi pemakaian.
Bila sudah bergelar isteri saya tak lagi beli pakaian-pakaian seperti skirt dan sebagainya. Tapi saya sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang seksi, cuma sukakan fesyen.
Jadi bagaimana hijrah hijab itu bermula?
Saya sedar saya bukan seorang yang sempurna jadi saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan mencari yang lebih baik dalam kehidupan. Saya cuba jaga solat saya dan cari persekitaran yang mendorong ke arah kebaikan.
Bila kita amal dan cuba buat perkara yang baik, perlahan-lahan hati kita jadi mudah untuk berubah. Dan bila dapat panggilan haji saya tahu ia adalah waktunya untuk saya berubah.
Jadi saya tekad pulang saja daripada mengerjakan rukun Islam kelima bersama dengan suami saya akan terus bertudung. Alhamdulillah hasrat itu dipermudahkan.
Sebenarnya sebelum itu lagi saya selalu terdetik dalam hati, Dia memberi rezeki yang banyak namun ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati saya kenapa saya tidak boleh mengikut kehendak-Nya.
Saya selalu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya dan berhijab mungkin salah satu daripadanya.
Gaya hijab bagaimana pilihan Fouziah dan ada tak perasaan kekok keluar dengan penampilan baru?
Saya tidak rasa kekok dengan imej baru ini kerana dari dulu saya sudah biasa berhijab terutama ketika di bulan Ramadan dan sewaktu bergelar model dulu. Jadi bila nak mengubah penampilan saya tiada masalah.
Lagi pun hijab pilihan saya ringkas saja. Saya juga akan pastikan selesa dengan hijab yang digayakan. Oleh sebab itu pada kebanyakan masa saya memilih untuk mengenakan tudung bawal atau shawl dengan lilitan mudah.
Apa reaksi suami dengan perubahan ini?
Suami saya seorang yang tegas. Dia sudah lama mahu saya bertudung, sejak mula kami bergelar suami isteri malah dia sentiasa mendoakan saya ke arah itu.
Tapi saya selalu katakan kepadanya kalau saya bertudung nanti ia bukan sebab dia tapi saya akan buat kerana Allah. Saya tak mahu melakukannya kerana paksaan dan bukan juga untuk impress orang lain.
Fouziah antara selebriti muda yang sudah bergelar hajjah, boleh ceritakan pengalaman itu?
Saya bersyukur dapat panggilan menunaikan haji pada usia yang yang muda dan tubuh masih sihat dan bertenaga kerana untuk saya mendapatkan gelaran hajjah ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Ada pelbagai dugaan yang perlu saya lalui. Saya dan suami mengetahui visa haji kami diluluskan hanya dua hari sebelum tarikh berangkat.
Ia agak last minute dan nak dijadikan cerita pada masa yang sama anak saya yang berusia 10 bulan mengalami masalah kesihatan akibat usus tersekat hingga perlu dibedah.
Saya hanya dapat menemaninya seketika saja kemudian terpaksa meninggalkan anak yang baru dibedah dan masih di ICU untuk berangkat ke Makkah. Tetapi pada waktu itu tidak ada sedikit pun perasaan untuk tarik diri.
Cerita tak habis di situ ketika transit, rombongan haji saya kemudian terkandas pula di Manila selama dua hari kerana masalah teknikal hingga menyebabkan kami hanya tiba sehari sebelum wukuf.
Itu belum lagi dengan cabaran terpaksa berjalan berjam-jam lamanya, dugaan di khemah, keadaan cuaca yang berangin dan pelbagai lagi.
Bila dapat menyelesaikan rukun haji ini saya rasa sangat bersyukur hingga mengalirkan air mata kerana menjadi insan terpilih untuk melaluinya. Dan yang pasti semua itu memberi saya pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sebab inilah saya katakan gelaran hajjah itu bukan mudah buat saya.
Pulang dari Makkah dengan hijab dan gelaran hajjah apa perubahan yang Fouziah rasai?
Pengalaman menunaikan haji bersama suami ini telah banyak mengajar saya. Saya dapat rasakan diri saya ini sekecil-kecilnya sehingga kita rasa sudah sampai ke tanah. Bila kita berada di kerajaan Allah, wang ringgit tak bererti lagi.
Dia yang mengatur semuanya. Setinggi mana pun pangkat tapi di sana kita adalah sama. Apabila mengharungi cabaran demi cabaran di sana saya rasa diri saya cukup kerdil dan kini saya tak kisah, saya boleh letak diri serendah-rendahnya.
Dalam pada itu bila dah bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat untuk setiap apa yang saya lakukan itu adalah kerana Allah.
Sebut sahaja nama Jasmin Suraya Chin, pasti terbayangkan sosok tubuh genit, pelakon jelita berdarah Cina, yang lantang bersuara mengenai isu bantuan atau tajaan menyambung pengajian khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.
Pernah Berhasrat Mahu Jadikan Tahfiz Quran Pegangan Hidup
Jasmin mengakui bahawa pada mulanya, dia hadir dengan niat hanya untuk mendengar sahaja.
Namun, lama kelamaan rasa suka dan gemar menghadiri kelas tahfiz itu. Malah Jasmine merasakan ia merupakan satu perjalanan terindah dalam kehidupannya.
“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” ujarnya.
“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,” kata Jasmine.
Tetapi HIJABISTA mendapati, hantaran berkenaan kenyataan ini telah dipadam dari laman Instagram milik Jasmine dan tidak dijelaskan mengapa dia berbuat demikian.
Tambah Jasmin lagi, jika dia harus memilih antara kerjaya dan agama, pilihan utama bagi Jasmine pastinya agama kerana ia penting untuk menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.
“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,” ujarnya.
Ketika ditanya, setelah mendekatkan diri dengan majlis-majlis keagamaan, adakah dia akan melakukan penghijrahan? Ini respons Jasmine.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak tahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,” jelasnya.
Bagaimanapun, terdahulu, Jasmin menyifatkan bahawa isu keagamaan ini merupakan sesuatu yang amat Personal bagi dirinya, meskipun tidak mendapat tentangan mahupun halangan daripada ibunya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...