Umum sedia maklum, sejak bergelar isteri, penyanyi Zizi Kirana sememangnya manja dan mengambil tahu perihal suaminya, Yusuf Bahrin. Malah, sekiranya lapang Zizi kerap dilihat menemani suami di set penggambaran.
Terbaharu, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu, mengejutkan wargamaya apabila memuat naik sebuah ciapan di laman Tweeter miliknya sekaligus menimbulkan persoalan dan tanda tanya dikalangan netizen.
Menerusi ciapan itu, Zizi berkata dalam ceramah seorang ustaz memaklumkan bahawa wanita sering menggunakan perasaan mereka, oleh itu, mood wanita sering berubah-ubah hingga mendatangkan ketidakstabilan emosi.
Manakala, kaum lelaki pula lebih banyak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan seringkali ‘panjang akal’ terutamanya ketika berbohong.
Artikel berkaitan: Cantik Dalam Busana Rona Hitam Bersepuh Emas. Zizi Kirana Selamat Bernikah Dengan Yusuf Bahrin
Pada ciapan lain, pelontar suara lagu Eh itu juga membuat penegasan bahawa mereka yang sudah terbiasa menipu, akan selamanya menjadi penipu, kemudian mempersoalkan mengapa kehidupan menjadi tidak tenang.
Dua ciapan yang dibuat zizi kirana ini menimbulkan persoalan hingga menjadi perdebatan hangat yang dibualkan netizen. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Zizi itu? Adakah ‘tweet’ itu bertujuan untuk memerli seseorang?
Sedar ciapan berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi negatif terhadap rumahtangga dan suaminya, Zizi tampil memberi penjelasan bahawa ‘tweet’ berkenaan hanyalah kerana dia terlalu terbawa emosi ketika menyaksikan sinetron dan kerana mengikuti perkembangan kes Brigadir Joshua.
Penyanyi berusia 37 tahun itu juga meminta maaf, sekiranya hantaran yang dilakukan dilaman Twitter itu telah menimbulkan salah faham sehngga tercetusnya spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap perkahwinannya.
Terdahulu, timbul ura-ura yang menyifatkan Zizi sebagai seorang yang cemburu, ini keraba dia kerana kerap dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin bekerja.
Bagaimanapun, Zizi telah tampil dan menolak dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa dia hanya menemani suaminya jika jadual harianya senggang dan ketika mempunyai kelapangan.
Untuk rekod, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf Bahrin pada 19 September tahun lalu, selepas satu bulan bernikah secara sah.
Sumber: Twitter Zizi Kirana & Instagram Zizi Kirana
Artikel berkaitan: Zizi Kirana Tak Menyesal Dengan Penghijrahan- ”Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.