Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu.
Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.
Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Berikut perkongsian Ana Mahabu tip melegakan sembelit.
Saya memang amalkan dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancar membuang.
BAHAN-BAHAN:
7 biji buah prune
7 biji buah anggur hijau
Sekotak atau secawan susu
Air masak
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga halus agar mudah untuk diminum.
3. Rasanya sangat sedap. Ada rasa lemak, rasa masam-masam.
Untuk anak-anak pun sesuai buat ini jika ada masalah sembelit, senang, bagus dan lazat. Ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi. Insya-Allah boleh legakan sembelit.
Sumber kredit: Ana Maahabu
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APPS STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI