Lebihan Minyak Masak Jangan Buang, Boleh Jadikan Sabun Pencuci Pinggan. Banyak Jimat!
Februari 7, 2023
Share
Selalunya lebihan minyak akan diguna semula untuk masak, tetapi ini bukan perkara yang sihat untuk kesihatan. Kali ini berbeza, Perkongsian dari Suhaili Baharudin ini mendapat perhatian warga Facebook.
Siapa sangka minyak terpakai boleh dibuat sabun basuh pinggan kan? Teruja untuk kongsi ilmu ini, HIJABISTA kongsikan semula ilmu baharu ini. Lepas ini siapa yang terbiasa buang minyak masak selepas dipakai jangan, jangan buang terus ke dalam tong sampah. Elak pembaziran, jom ikut tip ini. Bila tengah darurat atau keperluan mendesak, sekurang-kurangnya anda sudah ada pengetahuan ini.
Minyak terpakai boleh jadikan sabun
Secara teknikal, lemak segala jenis minyak yang tidak bercampur dengan jenis lemak yang lain, berlaian minyak kelapa dan minyak zaitun ia mempunyai elemen berbeza dapat diproses menjadi sabun dengan syarat;
Minyak yang diguna hendaklah tidak bercampur.
Minyak yang telah digunakan tidak melebihi 3 kali masakan.
Penyimpanan yang rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang perosak.
Minyak yang telah dipakai haruslah ditapis menggunakan cheese-cloth/muslin cloth untuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan yang tertinggal.
Asingkan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng daging/ikan dengan bahan ‘hijau’. Contoh, minyak menggoreng ikan perlu diasingkan dari minyak menggoreng cendawan celup tepung/kentang goreng.
Resipi sabun dari minyak terpakai:
BAHAN-BAHAN:
190 gram air (boleh guna air suling atau air tapis).
500 gram minyak terpakai
70 gram lye-caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide dan boleh dibeli di kedai hardware.
CARA_CARA MEMBUATNYA:
1. Pastikan anda menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.
Berhati-hati supaya tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.
Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia jatuh ke atas permukaan larutan tersebut.
Kacau menggunakan whisk. Jika gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan akan menjadi oren pekat. Abaikan! Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.
Pastikan semua bahan dah bersatu dan sekata. Sebati!
Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Penting tidak menggunakan bekas logam.
Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.
Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
PERHATIAN: Lye boleh dinutaralkan menggunakan cuka putih dan anda perlu membersihkan kesan lye selepas selesai kerja-kerja dilakukan. Sekiranya terdapat saki baki tertinggal, biarkan beberapa hari dan cucilah kemudiannya menggunakan air panas (kerana ia telah bertukar menjadi sabun).
Untuk membuat sabun ini anda perlu lalui proses kimia. Sekiranya anda menghasilkan sabun dari minyak perpakai, pastikan tidak mencuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.