Pemilik nama penuh, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim pertama mengakui terpaksa melanggar janji untuk kembali ke arena seni suara.

Meski setelah lebih dua dekad beliau meninggalkan dunia seni dan hiburan tanah air, jelas Nana tujuan dia berbuat demikian, adalah demi menghasilkan lagu yang mampu menjadi penyuntik semangat untuk para wanita di Malaysia.

Mahu Kongsi Semangat Jatuh Bangun ‘Anak Seni’ Wanita Di Malaysia

Lebih Dua Dekad Menyepi! Nana Mahazan Mahu Setiap Karya Seni Miliknya Menjadi Asbab Kepada Kebaikkan

“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.

“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, terdahulu.

“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.

“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya.

Dapat Dorongan Dan Sokongan Penuh Suami & Mentor Nyanyian!

Lebih Dua Dekad Menyepi! Nana Mahazan Mahu Setiap Karya Seni Miliknya Menjadi Asbab Kepada Kebaikkan

Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.

Ads

“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.

“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.

“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: Salur Dana RM 50,000 Bantu Mangsa Banjir Pantai Timur! Nana Mahazan Kagumi Mentaliti ‘Para Jutawan’ Ini!

Pada masa sama, Nana turut mengakui bahawa agak sukar bagi dirinya untuk membiasakan diri kembali mengadakan sesi rakaman di studio untuk memenuhi tuntutan berkenaan pada ketika itu.

Ads

“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.

“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.

Respon Positif Dari Warganet Buat Nana Teruja!

Lebih Dua Dekad Menyepi! Nana Mahazan Mahu Setiap Karya Seni Miliknya Menjadi Asbab Kepada Kebaikkan

Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.

“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.

Ads

“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.

Sumber: Instagram Nana Mahazan

Artikel berkaitan: “Mummy Doakan Althea Istiqamah,” – Anak Sulung Pilih Berhijab, Nana Mahazan Sokong Semampu Mungkin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI