Lebih 6 Dekad Hidup Bersama, Ini Rupanya Rahsia ‘First Lady’ Tambat Hati PM Kesayangan, Tun Dr Mahathir

Share

Jika semalam Perdana Menteri kesayangan kita Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke 94 tahun. Dan hari ini pula isteri kesayangannya Tun Dr Siti Hasmah pula yang menyambut hari kelahiran yang ke 93 tahun. Nampaknya pasangan ini sudah bersama sejak lebih enam dekad dan masih lagi dalam mood berkasih sayang.

Ini dapat dilihat dari foto yang dimuat turut dalam media massa di mana mereka sering dilihat berdua ke mana sahaja. Kasih sayang yang sudah dijalin sejak dulu masih lagi segar dan kekal berpanjangan hingga kini.

Pasangan ini yang sama-sama belajar dalam jurusan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya di Singapura telah dikurniakan tujuh orang anak, Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Dalam satu temubual dalam majalah keluarga First Lady ini memberitahu beliau juga tidak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Sebaliknya beliau tegaskan kepada anak-anak jika mahu sesuatu perlu berusaha sendiri.

“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.

“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak dan cerdik dalam pelajaran masing-masing.

Admin tertarik dengan satu posting yang dimuat naik dalam Instagram Official miliknya yang memaparkan foto lama ketika beliau dan Tun Dr Mahahtir. Dalam kapsyen tertulis

tundrdatinsitihasmah Berjayanya seorang lelaki kerana ada wanita disisinya

Ternyata pasangan ini sentiasa bersama dalam setiap episod suka dan duka mereka berdua sepanjang 63 tahun melayari hidup bersama.

Kita melihat Tun Dr Siti Hasmah sentiasa ada di sisi dan berada di belakang Tun Dr Mahathir dalam apa jua situasi dihadapi.

Sempena hari cukup istimewa ini Hijabista ucapkan selamat ulang tahun buat Tun Dr Siti Hasmah dan semoga beliau panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM

Published by
Siti Zurina