Bukan mudah bergelar jurusolek Diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.
Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini.
“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen (malar segar). Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.
“Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.”
Katanya lagi, beiau tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama.
“Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.”
“Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.
“Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita,” kongs Datin Saidatulnisa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa Datin Seri Nur Shahida baru sahaja melahirkan cahaya mata keenam, hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.
Cahaya mata keenam mereka ini telah selamat dilahirkan pada Isnin, di pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur tepat jam 2:40 petang semalam.
Namun, apa yang menarik perhatian Hijabista adalah, sepanjang proses melahirkan tudung yang dipakai Datin elok terletak dan tidak senget benget meskipun sedang menahan kesakitan bersalin.
Perkara berkenaan dimaklumkan Datin Shahida sendiri, menerusi hantaran di akaun Insta Story miliknya baru-baru ini memaklumkan berkenaan kelahiran ‘buah hati’ baharu mereka.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah ketika sedang bertarung nyawa selama 7 jam dan disaat menahan kesakitan bersalin. Datin Seri Shahida masih lagi sempat memastikan tudungnya kekal terletak di tempat asal dan membetulkanya dari berganjak.
“Alhamdulillah ramai yang WhatsApp, Direct Message (DM) bertanya. Dah selamat bersalin dah.
“Masya Allah budak kecil ni kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat tu nak suruh masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.
“Akhirnya, keluar juga tangannya dulu baharu muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni. Memang sakit sikit dari sebelum ini. Apa pun syukur selamat semuanya,” kongsinya.
Dalam masa sama, Shahida turut menzahirkan rasa syukur apabila proses kelahiran berkenaan dipermudahkan, meski berdepan pengalaman yang tak mungkin dilupakan.
Hijabista sempat meninjau ruangan Instagram milik Datuk Aliff Shukri dan mendapati sekeping gambar memaparkan wajah cahaya mata keenam mereka telah pun dikongsikan, menerusi hantaran terbaharu.
“Syukur akhirnya bayi yang banyak dugaan ini lahir dengan selamat dan normal. Terima kasih doa kalian,” tulis Aliff ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sekadar info, Aliff dan Shahida telah melayari bahtera rumah tangga selama 16 tahun sejak diijabkabulkan pada Ogos 2007.
Hasil perkongsian hidup lebih sedekad itu, pasangan ini telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Anak patung adalah boneka yang sering dipamerkan untuk menarik perhatian kanak-kanak, apatah lagi anak kecil perempuan pasti tertarik dengan perhiasan yang dipamerkan.
Namun berikutan tular melalui filem dari luar Negara, kini trend membela anak patung seperti anak sendiri makin menjadi di negara-negara jiran. Jika dahulu anak patung hanya dibawa oleh si kanak-kanak tetapi kini orang dewasa mengendongnya ke mana sahaja tanpa segan silu.
Rakyat Malaysia yang mempunyai ramai penduduk yang beragama Islam pastinya enggan budaya ini terbawa-bawa dalam golongan-golongan anak muda yang mudah terpengaruh. Bagi menjawab persoalan ketahui dahulu apa hukumnya menyimpan anak patung di rumah bagi wanita dewasa.
Terdapat larangan dalam beberapa hadis meletakkan berhala di dalam rumah dan mengukirnya. Antaranya adalah hadis yang telah kita bahas sebelum ini dalam Al-Afkar #47: Hukum Patung Sebagai Hiasan, di mana Rasulullah SAW bersabda:
لَا لُ الْمَلَائِكَةُ ا لْبٌ لَا اثِيل
“Malaikat-malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar binatang (manusia atau binatang).
“Umm Habibah dan Ummu Salama telah menyebut di hadapan Rasulullah (ﷺ) tentang sebuah gereja yang mereka lihat di Habsyah dan terdapat gambar di dalamnya. Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila seseorang yang soleh di antara mereka (dari kalangan agamawan) meninggal dunia, mereka membina tempat ibadat di atas kuburnya, kemudian menghiasinya dengan gambar-gambar seperti itu. Mereka adalah sejahat-jahat makhluk pada hari kiamat di sisi Allah.”
Sahih Muslim (528)
Al-Hafiz Ibn Hajar RA mengatakan bahawa hadis tersebut adalah dalil larangan mengukir atau menyimpan patung atau berhala. (Rujuk: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 1:525)
Hal yang sama dinyatakan dalam hadis Nabi SAW yang lain, yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
النّاسِ ابًا القِيامَةِ المُصَوِّرُونَ
“Orang-orang yang akan mendapat siksaan yang paling berat dari Allah ialah pengukir berhala (untuk disembah).”
Sahih al-Bukhari (5606) dan Sahih Muslim (2108)
Allah SWT juga memberi amaran kepada orang-orang yang mengukir berhala-berhala yang mencabar mereka untuk mencipta sebutir dan suatu perkara. Dalam hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لَمُ لُقُ لْقِي، لْيَخْلُقُوا لْيَخْلُقُوا
“Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berusaha menciptakan yang serupa dengan makhluk-Ku? Biarlah mereka membuat biji-bijian: biarlah mereka membuat nyamuk.”
Sebabnya, dalam ayat al-Quran, sifat mencipta dan mengubah sesuatu adalah sifat khusus Allah SWT iaitu al-Musawwir (المصوّر). Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu [wahai manusia], dan Kami telah memberikan rupa (manusia) kepadamu. Kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”; Maka, mereka sujud, kecuali Iblis. Dia bukanlah termasuk orang-orang yang sujud.”
Surah al-A’raf (11)
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan kenabian di atas, jelaslah kepada kita bahawa larangan itu adalah pada ukiran berhala dan patung yang menyerupai ciptaan Allah SWT dan dilarang untuk disembah dan dimuliakan.
Adapun selain daripada itu, seperti mainan untuk permainan kanak-kanak atau untuk pengajaran dan pembelajaran, maka ianya boleh. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi SAW, dari Aisyah RA:
لْعَبُ الْبَنَاتِ النَّبِىِّ – لى الله ليه لم – انَ لِى احِبُ لْعَبْنَ ، فَكَانَ لُ اللَّهِ – لى له ليه لم – ا للله لم – ا للله
“Saya pernah bermain dengan anak patung di hadapan Rasulullah, dan teman wanita saya juga pernah bermain dengan saya. Apabila Rasulullah (ﷺ) masuk ke (tempat tinggalku) mereka bersembunyi, tetapi Nabi memanggil mereka untuk bergabung dan bermain denganku.”
Sahih al-Bukhari (6130)
Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengulas hadis di atas berkata: Para ulama menjadikannya sebagai dalil dalam menyokong ketetapan mereka bahawa kanak-kanak boleh bermain dengan boneka dan mainan. Hadis tersebut adalah pengecualian daripada hadis umum yang mengharamkan sesuatu yang menyerupai ciptaan Allah SWT. Kebolehan itu disahkan oleh al-Qadi ‘Yadh dan dia menyatakan.
Janganlah kita mudah terpengaruh dengan totonan filem dari negara-negara luar sehingga lupa pada agama dan dijadikan ia sebagai perkara biasa. Takut perkara yang trend boleh memesongkan akidah kita.
SUMBER: Portal Pejabat Mufti Kementerian Perseketuan
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelantun lagu “terlalu istimewa”, Adibah Noor seorang yang selalu menghiburkan orang kelilingnya malah beliau juga seorang pencinta & penyelamat kucing jalanan.
Adibah Nor merupakan salah seorang artis yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan.
“Bukan mudah untuk menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka. Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.
“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” – Adibah Noor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kerana kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang disyorkan dalam Islam. Nabi Muhammad juga menyukai seekor kucing bernama Muezza. Dalam Islam terdapat beberapa fadhilat atau faedah jika kita memelihara kucing. Haiwan kesayangan Rasul itu juga mampu mendatangkan tabiat, tau, seperti berikut;
Menjaga kucing dengan baik adalah sebahagian daripada kebaikan. Menjaganya, menyediakan tempat tinggal, memberi makan dan memberi perlindungan adalah perkara baik yang akan direkodkan. Islam adalah agama rahmatan lil alamin yang bermaksud rahmat bagi alam semesta. Kucing adalah sebahagian daripada kandungan alam semesta. Maknanya sebagai orang Islam, kita juga kena berbuat baik kepadanya.
Jika kita mampu, kita boleh memuja kucing terbiar. Atau kita boleh memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang berada di sekeliling kita. Ia lebih baik daripada kita melepaskannya.
Kucing adalah haiwan yang comel. Dia sering berlakon lucu. Dengan memelihara kucing, kita akan mendapat kawan baik di dalam rumah.
Jika anda berasa sunyi, anda harus mencari kawan. Jika kawan manusia sukar dicari, maka anda boleh berkawan dengan kucing di dalam rumah. Kucing akan menghiburkan dengan tingkah lakunya. Secara tidak langsung akan dijemput untuk berkomunikasi melalui interaksi. Dengan cara itu perasaan sunyi akan hilang.
“Barangsiapa yang mencintai binatang sembelihan sekalipun, maka Allah akan merahmatinya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari).
Hadis ini memberi nasihat bahawa manusia yang menyayangi haiwan, walaupun haiwan itu disembelih, akan mendapat rahmat. Dalam beberapa tafsiran, rahmat boleh diertikan sebagai keampunan, rezeki, kebaikan, pahala dan sebagainya. Hai, siapa yang ingin mendapat keberkatan di hari kiamat? Jom jaga kucing.
Pernahkah anda mendengar kisah seorang wanita yang dimaafkan kerana memberi anjing minum. Kisah hikmah memberitahu bahawa sekecil-kecil perkara sekalipun jika ia baik boleh membawa kita kepada keredhaan Allah. Tidak mustahil jika kita menjaga seekor atau lebih kucing dengan baik, ia boleh mendatangkan keredhaan Allah.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa memberi makan haiwan peliharaan adalah tanggungjawab. Tanggungjawab itu kemudiannya sebahagian daripada pahala kerana dia telah bersedekah kepada haiwan.
Kadangkala perangai kucing juga menjengkelkan. Contohnya kucing yang memecahkan perabot dalam rumah, membuang air besar secara tidak sengaja, mendengkur dan sebagainya. Saat ini kesabaran akan diuji. Untuk menangani kucing yang degil, kita juga dituntut untuk bijak bertindak balas.
Tidak seperti Anjing dan Babi yang najis, kucing tidak najis. Air liurnya pun tidak najis. Ini menjadikan kita bebas untuk menyentuhnya. Kucing juga bukan seperti anjing yang boleh menjadi buas apabila tertekan, atau kotor seperti babi. Kucing merupakan haiwan yang jinak dan rajin menjaga kebersihan. Malah kucing akan membersihkan bulunya secara rutin dengan air liur mereka.
Memelihara kucing boleh berguna untuk hiasan rumah kita. Kucing juga boleh menjadi pelaburan ganjaran, kerana kucing boleh membiak. Kemudian kita boleh mendermakan anak itu kepada rakan atau keluarga yang ingin mengambilnya.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang penyayang juga akan dicintai oleh Allah. Kasihanilah makhluk Allah yang ada di bumi, nescaya penghuni langit pun akan disayangi.” Hadis ini sudah tentu berlaku bagi manusia yang mencintai kucing.
Industri seni hiburan tanah air hari ini berduka dengan anak seni yang cukup versatil dalam gaya persembahan yang menghiburkan. Jam 7.45 petang (Sabtu), rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kembalinya Adibah Noor ke rahmatulallah akibat penyakit kanser ovari tahap 4.
Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun instagram kenalan artist iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida. Mari kita doakan semoga segala kebaikannya pada kucing-kucing peliharaannya tu diberi ganjaran pahala yg berlipat ganda dari Allah.. Aamiin Ya Rabal Alamin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.