Kecantikan

Lebih 27K Tonton Video Wanita Ini Yang Ajar Cara Pantas Kecikkan Pori Hanya Guna Putih Telur

Share

Sebagai wanita kita pasti tidak dapat lari dari berdepan masalah pori-pori besar. Malah kehadirannya akan menyebabkan kulit wajah menjadi bermasalah dan tidak sekata. Biasanya ia hanya akan ada di sekitar hidung dan sekitar T Zone. Ada cara mudah untuk mengatasi masalah pori besar ini dengan hanya menggunakan putih telur sahaja. Walaupun nampak simple, tetapi penggunaan putih telur mampu untuk kecikkan pori.

Bukan itu sahaja, penggunaan putih telur juga elok untuk mencerahkan kulit kusam, menegang dan menghaluskan kulit seperti kulit baby.

Seorang wanita Adilla Azizan telah berkongsi cara penggunaan putih telur ini untuk mengecilkan pori-pori di laman sosial facebook. Video cara membuatnya telah ditonton lebih 27 ribu netizen.

Ayuh lihat cara pembuatannya yang cukup mudah dan simple. Lepas ini tak payah dapatkan rawatan di spa mahal, sebaliknya boleh lakukan di rumah sahaja.

BYE-BYE PORI BESAR | HANYA GUNA TELUR

Ramai yang ada masalah pori terbuka luas ni kan? Tau tak? Putih telur ada banyak khasiat untuk kulit kita. Kadang-kadang petua dari dapur ni pun kena lah amalkan jugak.

Selain kecikkan pori, putih telur elok untuk cerahkan kulit kusam, tegangkan kulit dan haluskan kulit ala-ala baby.

Hasilnya macam kulit baby.

JOM BUAT MASKER BUIH TELUR ALA-ALA MOUSSE

Bahan-bahan dia senang je. Kita perlukan telur je. Boleh tengok video untuk cara-caranya.

Bahan-bahan:

Hanya gunakan sebiji telur.

Cara penyediaan:

1. Asingkan putih telur dalam bekas.

2. Pukul hingga telur jadi berbuih dan jadi likat seperti mousse.

3. Sapu rata seluruh wajah. Biarkan seketika dan boleh bilas dengan air bersih.

Ini video penuhnya:

Jom kongsikan dengan kawan-kawan kita. Lepas ni bolehlah say bye-bye dekat pori besar dan say hai-hai dekat kulit flawless gitu

Published by
Siti Zurina