Semalam kecoh di media sosial apabila dikatakan suami kepada penyanyi popular, Ziana Zain dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa memukul anak lelakinya hingga mengalami kecederaan. Kisah ini sedikit sebanyak mengundang Ziana Zain dalam kontroversi dan mencalarkan imej bersih yang dijaga selama ini. Walaupun dikatakan tujuan memukul untuk mendidik anak, tetapi netizen tetap hangat mempersoalkan tindakan berkenaan. Dan Ziana Zain juga turut tidak memberi komen perkara ini kerana terlalu peribadi untuk dibicarakan.
Walau apa jua yang terjadi, lupakan seketika soal itu. Mungkin ada sebab tersendiri mengapa kejadian berkenaan berlaku. Hanya Ziana dan suaminya saja tahu apa cerita sebenarnya.
Pasangan ini sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan empat cahayamata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Apa kata kita lihat sisi lain Ziana Zain yang ramai tak tahu. Beliau merupakan seorang penyanyi yang dikurniakan suara cukup lantang. Malah dia juga antara artis yang bijak bergaya dalam apa juga majlis dihadiri.
Sepanjang karier nyanyian lebih 20 tahun ini antara 10 #OOTD Ziana Zain yang cukup memukau walaupun usianya sudah mencecah hampir separuh abad. Setiap kali muat turun foto di laman instagram, pasti Ziana akan menerima like yag banyak dan pujian dari followernya.
1. pahming2u Vogue gitu…..
2. lynn_nazlinBeautiful
3. zianafazira Mcm ratu kebaya gituuu
4. always_kaklongForever pretty lady sis
5. therealbugaboo awesome
6. zaliathmasudin Always cantik…
7. ahijabeeinlimbo Kak you look so good!
8. aisy_garderns Mmg Diva
9. arna.sunti I like ur style
10. welonaaa Gorgeous
11. suzanaabrazak Fuhyooooo…stylo vouge n georges ziana
12. normaihanormaiha Look beautiful ..
13. hamsayunus simple bt nice…
14. iamtwo3ten Stylish la my diva
15. siti_ayu_yati Huuuuuu anggun
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZIANA ZAIN
ARTIKEL BERKAITAAN: Ini OOTD Wany Hasrita Dikatakan Seperti Budak Universiti
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ella Mahu Terus Warnai Industri Seni Tanah Air! Akui Belum ‘Puas’ Hiburkan Peminat
Isi Kandungan
ToggleSejak pandemik Covid-19 yang menular dalam negara dan dunia sejak lebih dua tahun lalu, pastinya para penggiat seni rindu untuk beraksi di pentas, mengalun melodi indah karya malar segar ciptaan masing-masing.
Begitu juga perasaan Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra disapa sebagai Ella. Malah, kemunculan dipentas seni sentiasa menjadi dambaan dan dirindui para peminat.
Ella Akui Belum Puas ‘Hiburkan’ Peminat
Tambah Ella lagi, meskipun sudah lama bergelumang dalam arena rock tanah air sebagai penghibur, Ella akui dirinya belum puas menghiburkan peminat dengan lontaran suaranya, namun semuanya berbalik kepada kehendak dan permintaan peminat.
“Saya mahu terus mewarnai industri muzik tanah air. Selain itu, saya masih terikat dengan kontrak untuk meneruskan persembahan nyanyian. Selagi peminat masih mahu, saya akan teruskan.
“Namun, kalau saya fikir mahukan masa yang lebih untuk diri sendiri dan keluarga, sudah tentu saya akan memperlahankan sedikit perjalanan karier saya,” ujar Ella.
Ella Hasrat Adakan Konsert Solo Jelajah Malaysia Tahun Ini!
Justeru, demi memenuhi hasrat sekaligus mengubati rasa rindu para peminat, pada tahun 2023 ini, Ella bercadang melaksanakan satu konsert jelajah ‘pusing Malaysia’ secara solo.
“Insya-Allah, tahun ini saya akan menganjurkan konsert solo. Saya akan buat konsert jelajah satu Malaysia.
“Sudah tentunya, Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan. Saya rancang menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi akhir siri jelajah,” katanya lapor media tempatan.
Menurut Ella lagi, perkara yang paling dititikberatkan serta mendatangkan kebimbangan penganjur setiap kali mengadakan konsert adalah aspek penjualan tiket.
Namun, bagi Ella yang sudah merakamkan 10 album studio terdahulu katanya beliau yakin dengan kehendak peminat muzik genre rock tanahair.
Artikel berkaitan: Ginella Massa, Wanita Berhijab Pertama Kendali Rancangan Arus Perdana Di Kanada
“Dari segi jualan tiket, bagi saya, lebih senang ketika ini sebab beberapa tahun sebelum ini, kita terpaksa menghentikan apa sahaja aktiviti hiburan termasuk konsert akibat COVID-19.
“Ella rasa kemahuan peminat untuk menyaksikan konsert secara langsung semakin meningkat. Lihatlah bagaimana sambutan setiap konsert yang diadakan, baru-baru ini. Kehadiran peminat begitu meriah. Saya fikir tiada masalah dalam urusan jualan tiket.
“Namun, Ella berharap semuanya baik-baik sahaja,” katanya.
Justeru, demi merealisasikan projek itu, Ella dan pasukannya kini sedang giat merancang dan mengatur gerak kerja khusus agar konsert dicadangkan menjadi realiti dan dapat berjalan dengan lancar.
Sumber: Berita Harian & Instagram Ella Aminuddin
Artikel berkaitan: Lantang Membela Nasib Palestin, Bella Hadid Dakwa Postingnya Ditapis Instagram
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Rahsia Diet Untuk Berjaya Kuruskan Badan. Tanpa Melibatkan Emosi
Isi Kandungan
ToggleMenurut statistik, rata-rata individu yang cuba menurunkan berat badan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Tetapi hanya 1 daripada setiap 100 orang menurunkan berat badan untuk kebaikan dan dengan bangganya boleh berkongsi kisah kejayaan penurunan berat badan mereka.
Adakah anda mahu jadi salah seorang daripada mereka, jadi kami memutuskan untuk mendedahkan rahsia ini untuk membantu anda mengurangkan penderitaan dan mencapai matlamat anda dengan lebih mudah.
Emosi, bukannya kekurangan kemahuan yang menghalang kita daripada menurunkan berat badan secara kekal. Oleh itu adalah penting anda mengetahui tentang rahsia ini sebelum memulakan perjuangan anda dengan penurunan berat badan:
1. Konsisten
Sentiasa sangat sukar untuk memulakan diet yang menggalakkan makan hanya buah-buahan dan sayur-sayuran jika anda biasa makan terutamanya makanan segera. Ia adalah tekanan yang besar untuk badan anda dan ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Cuba untuk tidak menuntut terlalu banyak daripada diri anda sekaligus, sebaliknya buat perubahan progresif.
2. Jejaki kemajuan anda
Percaya atau tidak, adalah sangat penting untuk memantau kemajuan anda dengan teliti. Ini akan memberi anda gambaran sebenar tentang berapa banyak berat badan yang telah hilang. Dalam kebanyakan kes, anda perlu menunggu beberapa bulan sehingga dapat melihat beberapa perubahan ketara dalam badan, jadi untuk tidak kehilangan motivasi, simpan rekod semua perubahan.
3. Aktif secara fizikal
Pelan diet yang sihat memang membantu anda menurunkan berat badan, tetapi sangat penting untuk menggabungkan pemakanan yang baik dengan beberapa jenis senaman fizikal. Malah aktiviti berisiko rendah, seperti berjalan, jika dilakukan setiap hari ianya sangat membantu.
4. Cari sokongan daripada rakan dan keluarga
Sokongan moral orang sekeliling anda amat penting apabila sedang berdiet. Mereka tahu bahawa apabila anda menyerah kepada godaan, anda akan berasa bersalah selepas itu, jadi mereka boleh mengingatkan anda untuk berhati-hati dengan makanan berkalori tinggi apabila mereka bersama anda. Itu cara mereka menyokong anda dalam pertempuran anda.
5. Tentukan jenis metabolisme
Jika anda rasa sedang melakukan segala-galanya untuk menurunkan berat badan tetapi masih tiada hasil yang ketara, tidak mengapa. Sebenarnya, ia adalah masalah yang sangat biasa. Tetapi sebelum berputus asa, ketahui lebih lanjut tentang metabolisme anda. Jika anda mempunyai metabolisme yang perlahan, lengkapkan diri anda dengan kesabaran dan jangan biarkan diri anda lemah. Ingat bahawa keputusan jangka panjang akan dapat dilihat satu hari nanti. Anda boleh mempercepatkan metabolisme anda dengan pengambilan air biasa dan sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu.
6. Sebarang diet memerlukan pengawasan
Jika anda memutuskan untuk memulakan diet, fikirkan tentang menghubungi pakar pemakanan yang baik untuk pengawasan dan nasihat. Ingat! dengan semua “diet ajaib” yang menjanjikan untuk membakar kilogram lemak dalam masa yang singkat, anda menghadapi risiko serius untuk membahayakan kesihatan. Pelan diet rendah kalori kekurangan nutrien penting untuk berfungsi dengan baik badan anda, jadi ia akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan mental dan fizikal.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rawatan Gigi Macam Spa! Menepis Mitos Sakitnya Scaling Gigi. Ini Nasihat Dr Mike
Antara fakta dan mitos? Kebanyakkan masyarakat mempercayai mitos dari fakta tentang banyak perkara. Contohnya, tidak boleh mandi pada waktu malam, takut diserang penyakit paru-paru berair dan sebagainya. Mitos-mitos ini membuatkan ramai orang keliru. Kini muncul pula dengan mitos yang sememangnya langsung tidak masuk akal iaitu mitos scaling gigi.
Pelbagai perkara tidak elok tentang mitos scaling gigi ini sehingga satu tahap anda sendiri akan rasa bahawa semua itu langsung tidak boleh dipercayai dan mengarut. Bukan semua orang berani untuk membuat rawatan scalling berkemungkinan juga dari pengalaman orang perseorangan.
Jom semak antara mitos yang menakutkan segelintir masyarakat untuk melakukan rawatan ini.
MITOS: Scaling menyebabkan gigi akan jarang
FAKTA: Scaling tidak menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
MITOS: Scaling akan menjadikan gigi anda nipis
FAKTA: Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini tidak menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda sensitif
FAKTA: Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi terdedah & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda bergoyang
FAKTA: Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah berkurang apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.
MITOS: Scaling adalah untuk memutihkan gigi anda
FAKTA: Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
MITOS: Jika sudah berus gigi sebanyak dua kali sehari, anda tidak perlu scaling lagi
FAKTA: Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.
Scaling Gigi Seperti Rawatan Spa
Presepsi dan tanggapan itu sepatutnya diubah kerana menurut Dr. Mike Lim daripada Blanc Dental Clinic, seseorang perlu membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kata Dr. Mike, menerusi pemeriksaan berkala itu, doktor dapat mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin tidak disedari seperti gigi berlubang atau masalah gusi.
Pentingnya melakukan scaling gigi yang memudahkan pengenal pastian dan rawatan masalah masalah gigi dan boleh mendidik atau memberi pengetahuan mengenai kesihatan mulut. Sesetengah orang perlu melakukan scaling dengan lebih kerap berbanding dengan yang orang lain, contonya orang yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat karies gigi, plak dan staining. Gusi berdarah juga merupakan petanda gusi mempunyai keradangan yang selalunya disebabkan kebersihan mulut yang tidak baik.
“Pentingnya buat scaling gigi (Rawatan Penskaleran/Cuci Gigi) untuk membuang plak, karang (calculus) dan pewarnaan (staining) dan kotoran pada permukaan gigi. Yang biasanya tidak dapat dicapai dan dibersihkan melalui gosok gigi harian.”
Selain dari itu, untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi. Rawatan ini untuk merawat penyakit gusi serta membantu pemeriksaan gigi dan gusi. Mulut yang bersih membantu doktor gigi untuk memeriksa gigi dengan lebih teliti dan tepat, contohnya,karies (gigi berlubang).
Menyedari ketakutan masyarakat yang menyangka rawatan itu menyakitkan, Dr. Mike memberitahu di kliniknya telah memperkenalkan rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort (ASUC) iaitu teknologi revolusi pembersihan gigi yang efektif dan berkesan berbanding kaedah biasa. Di mana penggunaan serbuk Airflow powder dengan udara dan ai, dan teknologis kaler Piezon tanpa sakit memberi pengalaman cuci gigi yang sangat bersih dan berkilat dan tanpa sakit.
“Biasanya, scaling melibatkan proses mencuci dan menggilap gigi menggunakan peralatan tangan dan alat ultrasonik untuk mengikis plak dan kalkulus yang terbentuk pada gigi.
Cerita Dr. Mike, menariknya mengenai rawatan itu ia menggabungkan penggunaan Airflow Prophylaxis Master (inovasi terkini yang terdapat dalam industri pergigian), pelindung mulut OptraGate dan berus gigi Curaprox berdasarkan protokol yang terbukti secara saintifik.
Paling penting kata Dr. Mike, rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort terdapat beberapa kebaikan termasuklah tidak menyakitkan, mencerahkan warna gigi, bersih dan jangka masa rawatan yang pendek.
Scaling gigi tak sakit juga dapat dicapai dengan Pendidikan kebersihan mulut melalui Airflow Spa Ultra-Comfort di mana dengan kebersihan mulut yang optimum dan tidak terlalu kotor, pengalaman cuci gigi boleh menjadi lebih selesa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI