Hari ini sudah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Dengan cuaca panas pastinya kita mahu hilangkan dahaga dengan air yang sedap dan dapat menyejukkan badan. Pelbagai air manis dijual di pasaran dan terpulang pada kita jika mahu membelinya tanpa memikirkan soal diet.
Namun perkongsian di laman facebook yang mendapat sehingga 71 butang ‘share’ pelbagai resipi air desert gerenti sedap ini sebagai penyejuk badan.
Air desert ini boleh dibuat sendiri menggunakan bahan campuran terpilih, seperti buahan, jelly, biji selasih, lemon dan juga cendol.
Bukan sahaja baik untuk kesihatan kerana menggunakan buahan yang mengandungi pemanis semulajadi, tetapi juga dapat memberi kesegaran anda setelah seharian berpuasa.
1. Cendol dan potongan mangga harum manis, beri kuah santan gula merah, tambahkan ais