Sememangnya susah untuk kita kekalkan baju kita supaya sentiasa berwarna putih. Macam-macam cara digunakan untuk memastikan warna kekal namun tetap tak sama seperti asalnya.
Usah risau hijabi! Menerusi perkongsian Leena Hassan di facebook yang mendapat lebih 150 ribu shares, dia telah berkongsi rahsia bagi menjadikan pakaian sentiasa berwarna putih seperti baju jururawat.
Mudah dan murah!
Ikuti saja langkah-langkah mudah ini.
Kikis sabun buku tersebut. Tak kisahlah jenama apa pun. Kemudian masukkannya ke dalam mesin basuh sekali dengan baju yang hendak dicuci.
Banyak buihnya!
Tadaaa dah siap! Bersih macam baru bukan?
kredit : facebook Leena Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 1 Juta Viewers, Akhirnya Mira Filzah Buat Tutorial Gaya Tudung Putri Sweet Dreams!
Sekarang ini, memang ramai orang yang sedang dilanda demam drama Sweet Dreams. Ramai yang menonton drama itu dan bercakap mengenainya. Selain suka dengan plot dramanya yang menarik, penonton juga suka melihat keserasian di antara dua pelakon utamanya iaitu Mira Filzah dan Ben Amir.
Bukan itu sahaja, fesyen Mira Filzah yang memegang watak Putri dalam drama itu turut mencuri perhatian. Ramai yang tertarik dengan gaya tudungnya yang lain daripada yang lain.
Memahami kehendak para peminatnya, Mira Filzah akhirnya berkongsi tutorial hijab ala Putri di laman instagramnya khas buat semua. Let’s try this sis!
Baru beberapa hari sahaja dimuat naik, video tutorial yang dikongsikan oleh Mira ini sudah mendapat lebih daripada 1 juta penonton dan juga ribuan komen. Wow, memang dahsyat penangan watak Putri ini ya!
Ramai yang terpesona dengan tutorial yang ditunjukkan oleh Mira ini hinggakan yang tak pernah tengok video tutorial pun jadi leka dibuatnya!
Trademark oleh Mira, ‘Dah Siap!’
Lepas tengok video ini, mesti ramai yang terus rasa nak cuba stail macam ini. Sekali sekala mencuba stail baru, apa salahnya bukan?
View this post on InstagramA post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on
View this post on InstagramOkay, no more fighting . . #DramaSweetDreams
A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Runsing, Ini Rahsia Bagi Hilangkan Kesan Lipatan Pada Pleated Shawl Dengan Mudah
Kewujudan tudung pleated memang memudahkan kehidupan seorang hijabi. Materialnya yang tidak perlu digosok menjimatkan masa kita untuk bersiap namun tetap membuatkan penampilan kita nampak berseri.
Namun, kadang kala timbul masalah juga apabila tudung tersebut meninggalkan kesan garisan lipatan terutama sekali ketika baru dibeli ataupun selepas dicuci.
Bagi mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba teknik yang disarankan oleh Kamalia ini. Berkongsi video di tiktok, dia telah menunjukkan bagaimana dengan hanya menggunakan pengering rambut sahaja boleh menghilangkan kesan lipatan tersebut.
Pengering rambut menjadi penyelamat situasi! Pastikan ia tidak bersentuhan ya dengan tudung kerana ia boleh merosakkan tekstur pleated tudung tersebut.
Kini semua kesan lipatan tersebut telah hilang! Mudah bukan? Jadi tak perlulah anda risau lagi mengenainya selepas ini. Ikut sahaja tip ini pasti menjadi!
Teknik ini tidak hanya terhad pada tudung malah boleh dicuba juga pada pakaian anda. Untuk video penuh tutorial tersebut, anda bolehlah melihatnya di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jaga’ Tudung Supaya Tahan Lama Macam Baru Keluar Kedai Salah Satunya Gantung@Lipat Tudung Teknik Gulung
Penjagaan tudung sememangnya menjadi faktor fabrik-fabrik tudung lebih terjaga. Dengan cara itu, tudung-tudung kesayangan anda akan lebih tahan lama dan kelihatan seperti baru.
Oleh itu amat penting para hijabi mengetahui teknik yang betul menjaga tudung. Tidaklah nanti tudung-tudung yang dibeli cepat rosak dan warna pudar dan kusam.
Berikut perkongsian Elsajida
KETAHUI 7 RAHSIA TUDUNG TAHAN LEBIH LAMA MACAM BARU KELUAR KEDAI
Tudung ni sifat material nya lebih lembut dan ada yang agak nipis berbanding material pakaian yang lain tau contoh macam material chiffon. Jadi penjagaannya memang kena EXTRA CAREFUL sikit. Tak boleh main ikut dan jer especially bila tang nak basuh tudung. Meh ikut Elsa, ketahui rahsia tudung tahan lebih lama macam baru jer keluar kedai.
1. Jadikan HABIT untuk asing tudung dan baju dalam bakul yang berbeza. Ini juga bertujuan nak elakkan ada warna yang mudah luntur kena pada materia tudung korang dan memudahkan proses nak membasuh tudung.
2. Gunakan PELEMBUT FABRIK yang bersesuaian dengan tudung di pasaran. Kalau boleh rendam seketika dalam 1-2 jam untuk pastikan pelembut fabrik meresap ke dalam helaian tudung korang. Lagi lama lagi bagus, nanti tudung korang berbau harum je sepanjang hari tau.
3. Material tudung ni bersifat lembut dan sensitif terutamanya untuk material sutera. Cukup korang gosok sesikit je, tak perlu sental terlalu kuat takut ianya boleh merubah tekstur tudung korang pulak nanti. Lagipun tahap kekotoran tudung tak kotor sangat macam baju.
4. Kalau boleh elakkan masuk dalam mesin basuh. Rendam celup celup je dah memadai.
5. Jemur helaian tudung di kawasan redup dan tak terlalu panas. Suhu sekeliling yang terlalu panas boleh rosakkan material tudung tau.
6. Bila nak menggosok, makesure suhu nya minima atau paling rendah. takut takut kalau terlalu tinggi , tak pasal terlubang pulak tudung yang korang nak pakai tu nanti , hati hati ya
7. Elsa suggest untuk korang gantung ataupun lipat dengan TEKNIK MENGGULUNG tudung dan susun ikut warna yang senada. Material tudung pun tak rosak, pandangan kita pun nampak cantik je bila susun molek macam tu.
Moga-moga tip yang dikongsikan ini dapat membantu para hijabi semua memelihara tudung kesayangan agar lebih tahan lama. Bukankah ianya menjimatkan? Selamat mencuba!
Sumber kredit: Elsajida
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI