Lebih 150k Pengikut Di IG, Ini ‘Kakak’ Aafiyah Yang Disayangi Tok Ti & Keluarga. Cantiknya!

Share

Jika anda mengikuti perkembangan anak kesayangan Dato Sri Siti Nurhaliza  iaitu Siti Aafiyah, anda pastinya familiar dengan pengasuh Aafiyah yang mesra dipanggil ‘Kakak’.

Cantik manis orangnya, ‘Kakak’ ataupun nama sebenarnya Dayah Zubit,24, sering berkongsikan aktiviti harian Aafiyah di laman Instagram sewaktu mengasuhnya. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dilakukan bersama hingga Aafiyah rasa sunyi jika dia tiada bersama.

Dipetik daripada portal InTrend, ini merupakan 10 fakta menarik mengenai Dayah dan pengalamannya sewaktu diterima menjadi pengasuh Aafiyah.

1.Dayah berusia 24 tahun dan merupakan gadis utara yang berasal dari Padang Serai, Kedah.

  1. Dia mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Dato Sri Siti waktu itu sedang mencari jururawat peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasannya adalah untuk menjaga Aafiyah.

 

  1. Seterusnya, Dayah menghubungi pengurus Dato Sri Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra untuk Dato Sri Siti) bagi sesi temuduga.

  1. Gementar! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Mak Iti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.

5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” jelasnya.

  1. Bermulalah tugas baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah pada tanggal 21 Mei 2018.

 

  1. “Tidak dinafikan, perasaan berampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan. Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” katanya.

8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Mak Iti dan Datuk K. Jelas Dayah, Mak Iti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa umpama keluarga sendiri dan tidak terasing.

 

9.Menurut Dayah, Mak Iti merupakan seorang ibu yang lembut, sama sahaja seperti mana yang kita lihat di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah.

10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana sayangnya terhadap Aafiyah.

KREDIT: INTREND, ASTRO GEMPAK

Published by
QIST