Untuk istiqomah itu bukanlah perkara yang mudah. Namun, kerana nawaitu itu mengejar rahmat Tuhan, segala bebanan pasti akan terasa ringan dan berbaloi jika kita berusaha dengan sebaiknya di jalan Allah.

Berkongsi kisahnya yang sudah lebih 12 tahun berniqab, Nor Hidayah binti Abdul Wahid atau terkenal dengan nama samaran @blessinghunter94 di Instagram punyai cerita yang tersendiri mengenai pengalamannya mengenakan niqab sejak dari usianya 13 tahun lagi.

“Setelah saya selesai menduduki peperiksaan PMR, saya berpindah masuk ke Madrasah. Walaupun keputusan peperiksaan melayakkan saya untuk masuk ke kelas aliran sains,  tetapi hati saya lebih minat ke arah aliran agama.

“Kerana dari kecil saya telah terbiasa bersekolah agama, jadi apabila masuk ke sekolah harian saya rasa kekok dan hati meronta-ronta untuk kembali ke aliran agama. Jadi, saya menggunakan masa terluang untuk belajar di Tahfiz secara “part time” menghafaz Al-Quran. Setelah melakukan istikharah, saya memilih ke madrasah tanpa paksaan dari orang tua saya.

“Alhamdulillah saya telah berjaya menamatkan pengajian Alimah untuk belajar kitab hadith selama 5 tahun di madrasah tersebut,” jelasnya yang membesar di Shah Alam.

HATI RASA TENANG BILA BERNIQAB

Hidayah juga tidak lokek berkongsi cerita mengenai pengalamannya mengenakan niqab pasa usia yang sangat muda.

Ads

“Mulanya saya berniqab atau purdah ini pada tahun 2007. Waktu itu saya hanya memakainya ketika pergi ke Tahfiz untuk belajar mengaji secara sambilan selepas pulang dari sekolah. Rasa seronok dan selesa apabila memakainya kerana orang tidak dapat melihat muka saya, biarpun waktu itu banyak juga pandangan janggal dari orang sekeliling ketika itu.

View this post on Instagram

#SemogaAllahLindungiKitaSemua ? Sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak berita pergolakkan rumahtangga kita dengar di sekeliling kita… Sis akui, sis pun ada terbaca berita itu berita ini, pasal individu sana, pasal individu sini. Mula-mula sis ignore je sebab itu hal rumahtangga orang lain dan bila terbaca je berita-berita kurang baik macam tu sis hanya mampu mendoakan semoga Allah permudahkan urusan mereka ditimpa ujian sebegitu. Tapi, terdetik dalam hati… Kenapa semua ini boleh berlaku? Bila sis terbaca keratan akhbar, tentang 90% pasangan yg bercerai berpunca dari meninggalkan solat. Sis rasa sedih, rupanya masih ramai pasangan suami isteri diluar sana yg tidak bersolat. Innalillah! Solat adalah TIANG AGAMA, bagaimana mungkin sebuah rumah mampu terbina kukuh andai tiada tiang? Begitulah juga rumahtangga! Moga Allah ampunkan dosa kita yg sering lalai & leka. Sis cakap ni untuk diri sis juga, bukan untuk orang lain. Semoga kita semua dapat perbaiki solat lebih baik dari hari ke hari. Sis tahu, sis pun tak layak nak bagi nasihat tentang rumahtangga sebab sis dan suami baru nak masuk setahun bernikah & solat sis pun belum betul-betul sempurna. Masih banyak perlu belajar lagi. Tapi, sis rasa sedih bila dengar berita macam ni. Semoga kita semua diberi Taufik & Hidayat dari Allah untuk terus istiqomah mendirikan solat serta dikurniakan keturunan yg menjaga solat sehingga akhir hayat. – Apa yg sis dapat belajar & dapat kongsi sepanjang tempoh sis berkahwin ni, dalam rumahtangga perlu banyak bersabar. Kehidupan suami isteri tak selalunya indah. Lagi-lagi bila dah habis fasa “honeymoon” dan masuk ke fasa “survival” pelbagai ujian mula mendatang. Suami isteri kena ada give & take. Kena saling memahami & bertolak ansur. Kita berkahwin bukan dgn pasangan sahaja, tetapi berkahwin juga dgn keluarga serta sifat baik buruk pasangan kita. Mungkin ada tabiat baik & buruk pasangan kita yg semakin hari semakin kita nampak. Tapi kita perlu sentiasa terbuka & berusaha untuk terima pasangan kita seadanya. – Siapa nak sis cerita lebih mendalam lagi tentang topik “fasa survival” kami suami isteri dalam buku #MulaqatCinta2 ?? Kalau ramai setuju, sis proceed insyAllah?

A post shared by PUAN HIDAYAH: FOUNDER COPERTO™ (@blessinghunter94) on

“Namun, atas sebab tertentu saya tidak boleh istiqomah memakainya selalu. Saya hanya pakai niqab apabila pergi ke Tahfiz sahaja kerana ketika di sekolah tidak dibenarkan berniqab. Disebabkan itulah juga hati saya berat ke arah sambung pengajian di madrasah. Hati saya lebih senang untuk memakai tertutup seperti itu dan belajar agama dengan lebih mendalam. Saya memakainya dengan kerelaan hati, tanpa paksaan sesiapa.

“Keluarga saya sendiri juga memberikan dorongan kepada saya. Cuma mereka sering mengingatkan agar sentiasa memperbetulkan niat serta jangan paksa diri jika tidak selesa. Walaupun dalam keluarga saya ketika itu hanya saya seorang sahaja yang baru bermula ingin berniqab dan kelihatan agak ganjil, namun layanan ahli keluarga kepada saya sama sahaja.

Ads

“Tiada yang berbeza. Saya rasa lebih dihormati dan terpelihara kerana apabila berniqab, saya terasa perlu lebih menjaga tingkah laku dan adab di khalayak ramai. Saya sentiasa pesan kepada diri saya supaya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana dan menjadikan pemakaian saya ini sebagai satu dakwah kepada orang yang melihat untuk berpakaian menutup aurat juga,”jelasnya.

PERNAH DIPANGGIL HANTU

Apabila mengenakan niqab, pasti akan ada cabarannya yang tersendiri. Hidayah juga pernah melaluinya namun langsung tidak menjadikannya sebagai kudis dalam hidup.

View this post on Instagram

#SawahPadi #TeamBungaBunga ? Kisahnyaaa… Dari raya pertama lagi masa otw balik kampung belah suami, ternampak sawah padi & dok mintak kat @muhammadhanip nak berhenti tepi nak selfie kejap. Tapi sebab kami rushing, nak pi beraya. Pastu berkonvoi, so tak dapat nak berhenti-berhenti sangat. Alhamdulillah harini raya ke-11 pergi Tanjung Karang & seronok sis nampak sawah padi. Tapi dia takmau berhenti jugak… Sis dah nak merajuk. Dia pujuk balik & berhenti tepi. Sebab dia tau sis jenis kalau tak dapat makanan masih ok lagi, tapi kalau tak dapat gambar ootd bila dah pakai cantik-cantik pastu balik rumah terus. Mesti sis moody sikit. Tapi moody kejap jelah, takleh lama-lama. Nanti rindu nak manja-manja dengan suami. Hihikss?? – Weekend ni mesti ramai yang buat openhouse kan? Korang taknak jemput kami ke? Hehehhh?? – – #CopertoRaya2019 #OotdRayaCoperto2019 : •Blooming Bawal & Purdah Melrose by @coperto.my . •Fressia Mini Kebarung by @karabum.fabulous . •Handbag @sometime_byasiandesigners . •Photographer @muhammadhanip .

A post shared by PUAN HIDAYAH: FOUNDER COPERTO™ (@blessinghunter94) on

Ads

“Bagi saya, tiada halangan yang sangat berat. Sama sahaja seperti memakai tudung. Cuma apa yang masih segar dalam ingatan saya ialah saya pernah beberapa kali digelar ‘hantu’ oleh kanak-kanak apabila terserempak di pasaraya atau di tempat awam yang lain. Ada juga orang dewasa yang berbisik-bisik serta memandang sinis kepada saya serta memanggil dengan panggilan ‘ninja’ kerana waktu itu orang berniqab sangat jarang dijumpai.

“Kini untuk bertemu dengan kaum hawa yang berniqab boleh dijumpa di mana-mana sahaja. Di samping itu, antara yang paling tidak selesa bagi saya ialah apabila berjalan dikawasan yang ramai lelaki dan tiada pilihan jalan lain. Bagi saya, mereka agak biadap apabila cuba untuk mengganggu dan tidak menghormati kaum wanita biarpun telah bertutup litup dan berniqab. Ini adalah perkara yang menjadi cabaran juga buat saya. Alhamdulillah selepas berkahwin, saya kurang diganggu kerana suami sentiasa disisi,” jelas isteri kepada Muhammad Hanip ini.

Hidayah juga menjelaskan menikmati makanan berkuah juga boleh menjadi cabaran yang paling utama buat dirinya selama dia berniqab ini.

“Lebih-lebih lagi sekiranya purdah tersebut berwarna cerah selain daripada warna hitam. Saya memang sentiasa bawa niqab lebih di dalam beg tangan dan kereta sekiranya comot bagi mengelakkan hilang mod ketika berjalan-jalan di luar.

Cabaran lain ialah untuk menjaga sikap supaya orang lain tidak memandang serong pada wanita berniqab kerana bagi saya, setiap individu yang bertudung dan berniqab menggalas tanggungjawab untuk membawa identiti islamik yang baik kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

https://www.instagram.com/p/ByfW7twBOhf/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI