Lebih 1 Juta Viewers, Akhirnya Mira Filzah Buat Tutorial Gaya Tudung Putri Sweet Dreams!

Share

Sekarang ini, memang ramai orang yang sedang dilanda demam drama Sweet Dreams. Ramai yang menonton drama itu dan bercakap mengenainya. Selain suka dengan plot dramanya yang menarik, penonton juga suka melihat keserasian di antara dua pelakon utamanya iaitu Mira Filzah dan Ben Amir.

Bukan itu sahaja, fesyen Mira Filzah yang memegang watak Putri dalam drama itu turut mencuri perhatian. Ramai yang tertarik dengan gaya tudungnya yang lain daripada yang lain.

Memahami kehendak para peminatnya, Mira Filzah akhirnya berkongsi tutorial hijab ala Putri di laman instagramnya khas buat semua. Let’s try this sis!

Baru beberapa hari sahaja dimuat naik, video tutorial yang dikongsikan oleh Mira ini sudah mendapat lebih daripada 1 juta penonton dan juga ribuan komen. Wow, memang dahsyat penangan watak Putri ini ya!

Ramai yang terpesona dengan tutorial yang ditunjukkan oleh Mira ini hinggakan yang tak pernah tengok video tutorial pun jadi leka dibuatnya!

Trademark oleh Mira, ‘Dah Siap!’

Lepas tengok video ini, mesti ramai yang terus rasa nak cuba stail macam ini. Sekali sekala mencuba stail baru, apa salahnya bukan?

 

Published by
Qistina