
Momen hari raya sentiasa sinonim dengan kebersamaan dan penampilan terbaik. Pastinya ramai memilih pakaian yang bukan sahaja selesa bahkan stylish Ketika menyambut lebaran bersama keluarga.
Selebriti Indonesia, Lesti Kejora merupakan salah seorang figura yang sering menarik perhatian dengan gaya fesyennya.

Sebagai penyanyi berbakat dan ibu muda, Lesti sering tampil dengan pilihan pakaian yang anggun namun tetap berlandaskan syariat.
Lesti membuktikan hijabi masih boleh tampil bergaya dengan busana Muslimah dengan memilih warna, motif dan aksesori yang sesuai.
Daripada nuansa klasik sehingga ke moden, gaya lebaran Lesti boleh dijadikan inspirasi.
Berikut beberapa pilihan gaya Lesti Kejora yang boleh dijadikan rujukan untuk tampil menawan di hari lebaran nanti.
Anggun Dengan Sentuhan Batik
Dalam foto ini, Lesti tampil anggun dengan gaun bercorak batik biru gelap yang memberikan kesan elegan dan klasik.
Tudung biru laut menyempurnakan penampilan, ditambah dengan aksesori kerongsang sebagai penyeri.
BACA JUGA: Lesti Kejora & Rizky Billar Umum Nama Anak Kedua, Makna Leshia Tivana Sangat Indah
Untuk mengimbangi warna, Lesti memilih seluar putih dan beg putih yang memberikan kesan bersih serta berkelas.
Sedondon Dengan Keluarga Dalam Nuansa Merah
Tampil sedondon dengan suami dan anak, Lesti memilih pakaian berwarna merah dengan sentuhan labuci ang memberi kesan glamor.
Pilihan warna ini memberikan kesan berani. Selain itu, Lesti melengkapkan gayanya itu dengan memakai sandal Dior.
Penampilan Serba Hitam
Bagi yang ingin kelihatan lebih berani dan eksklusif, gaya serba hitam Lesti ini boleh dijadikan inspirasi. Lesti memakai gaun Muslimah hitam labuh yang memberikan kesan elegan.
Warna monokrom seperti ini juga sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan ringkas tetapi tetap bergaya di hari raya.
Nuansa ‘Shimmer’
Pemilihan pakaian berwarna turquoise dengan kesan shimmer adalah salah satu gaya yang mencuri perhatian. Dalam foto ini, Lesti sekali lagi tampil sedondon sekeluarga.
Warna ini memberikan kesan segar dan moden. Perincian fabrik yang berkilauan menjadikan penampilan lebih anggun dan menawan.
Feminin Dengan Kemeja Berlabuci
Bagi yang menggemari penampilan kemas dan feminin, gaya Lesti dengan baju labuci ini boleh menjadi pilihan.
Gabungkan dengan tali pinggang yang menyerlahkan susuk badan, dan selendang yang ringkas. Solekan beraninya menyempurnakan lagi penampilan mencetuskan kesan keanggunan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI