Antara anak selebriti yang paling terkenal di Malaysia semestinya adalah Yusuf Iskandar. Cahaya mata sulung kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini sudah meraih jutaan pengikut di laman instagramnya.
Bukan sahaja comel, namun keletahnya yang melucukan serta bijak sentiasa menawan hati semua yang melihatnya. Memuat naik di laman instagramnya, Hanis yang baru sahaja melahirkan anak keduanya iaitu Alisa Aisyah berkongsikan sisi manis Yusuf yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya. Aww, you are such a good boy, Yusuf!
I want to keep this forever. My firstborn, my eldest son, Yusuf. You have so much love and care for those around you, may Allah always protect you. Kalau nak tengok Mommy start muka resah tengok jam dinding, dia tanya “Do you need to pump?” sebab dia nak berlari fix the pump set. If I am already pumping and he wants to enter the room, ada empat soalan dia selalu tanya, “are you pumping” “can I come in” “are you shy” “are you covered”? Bila dah benarkan masuk dia buat muka paling kesayangan tanya bila nak habis pam sebab nak suruh baca planets dengan dia.
kredit: instagram Hanis Zalikha