Mengerjakan ibadah haji merupakan satu kewajipan dalam rukun Islam yang amat dituntut. Beruntung bagi sesetengah daripada kita yang dipanggil menjadi tetamu Allah. Biarpun perlu mengharungi lebih 30 hari berada di tanah suci, namun pengalaman berada di tanah suci itu pastinya meninggalkan seribu makna dalam diri seseorang. Salah seorang adalah Datuk Nassier Wahab yang dipilih menjadi tetamu-Nya tahun ini.

Dalam satu temu bual bersama Mstar Online, Nassier memberitahu dia cukup terharu apabila ada jemaah haji Malaysia yang menitiskan air mata ketika mendengar azan di tanah suci. Menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika mengerjakan ibadah haji.

“Mungkin selama ini mereka dengar suara saya menyanyi tapi pada hari kejadian mereka berpeluang mendengar saya melaungkan azan menyeru kebesaran Allah.

“Hati saya tersentuh apabila melihat ada jemaah yang menangis terharu dan sebak kerana mendengar saya melaungkan azan,” katanya.

Menurut Nassier kejadian itu berlaku ketika dia menjadi bilal semasa khutbah Arafah ketika mengerjakan ibadah wukuf di Padang Arafah.

Ads

“Bayangkan saya tak pernah laungkan azan di hadapan orang ramai dan itu kali pertama diberi tanggungjawab melakukannya.

“Apabila mutawif tawarkan peluang ini, saya tak boleh menolak sebab mereka bersungguh-sungguh mahu saya yang azan.

“Saya yakinkan diri dan anggap itu rezeki yang tak semua orang dapat,” katanya yang mengerjakan ibadah haji 26 Ogos dan hanya pulang 30 September lalu. Turut sama rakan artis yang pergi ke sana adalah penyanyi Fauziah Latiff.

Ads

Menurut pelantun lagu Memori Cinta Luka ini dia bersyukur dapat merealisasikan ibadah haji tanpa sebarang masalah kesihatan.

Walaupun cucaca panas dan jemaah yang ramai, namun tidak mengganggu perjalanan ibadahnya. Nassier juga turut berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang diberi.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tiada sebarang kesulitan, lancar mengikut jadual dan sangat berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang diberi.

Ads

“Walaupun cuaca ketika itu hampir 50 darjah celsius tapi kesihatan saya baik dan ini pun salah satu rahmat daripada Allah.

“Bila balik Malaysia, baru mula sakit tekak dan rasa seperti mahu demam, mungkin rindu Kota Makkah agaknya” ujarnya.

A post shared by Nassier Wahab (@nassierwahab) on

SUMBER: MSTAR ONLINE

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NASSIER WAHAB

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI