Tercari-tercari stail hijab untuk ke pejabat. Ada yang antara Hijabi rajin bergaya dan ada juga yang masih mengekalkan stail tudung yang selesa dipakai tetapi dalam pada kekalutan nak pergi kerja macam-macam terjadi dengan tudung kita yang membuatkan hilang mode nak pergi kerja.
Admin ingin berkongsi tip-tip untuk hijabi-hijabi di luar sana untuk memudahkan dan cara mengayakan tudung yang lebih mudah dan menarik ke kerja tanpa kedatangan merah. Selamat mencuba!
HIJAB HACK UNTUK MEMUDAHKAN SIHIJABI
CARA MUDAH MENGAYAKAN SANGGUL (BUN)
GAYA RINGKAS KE PEJABAT
GAYA RINGKAS DENGAN INSTANT SCARVE
OOTD GAYA RINGKAS MELANGKAH KE PEJABAT LEBIH CONFFIDENT
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Boleh Move On, Ini Rahsia Awning Hijab Ayda Jebat Terletak Cantik Je Di Majlis Nikahnya
Majlis pernikahan di antara dua selebriti terkenal iaitu Ayda Jebat bersama pasangannya, Nabil Mahir yang berlangsung pada tanggal 1.1.2021 lalu memang mencuri tumpuan rakyat Malaysia khususnya peminat industri seni tanah air.
Manis dalam busana berona putih daripada Lynda Rahim, tudung yang pakai Ayda pada hari itu juga turut mendapat perhatian ramai kerana ‘awning’ hijab tersebut yang memang on point apatah lagi ia diperbuat daripada material satin yang kita semua maklum memang sukar untuk menggayakannya.
Membongkar rahsia, jurusolek Ayda pada hari itu Alha Alfa telah mededahkan bahawa dia telah menyembur ‘hairspray’ di tudung Ayda agar ia terletak cantik di kepala penyanyi lagu Temberang itu.
Kalau sembur di rambut boleh, takkan di hijab tak boleh pula kan?
Cubaan pertama pakai tudung dengan kemasnya GAGAL~ lepastu macamna boleh kemas?? Baca smpi habis👇🏻👇🏻😂😂nak pakai tudung jenis BAWAL ni memang susah guys! lagi-lagi material SATIN SILK 😅😰 tapi sbb nak nampak exclusive dan FLOW dia mmg cantik..kalau pakai COTTON kang tak nampak macam kawen sangat betul tak??
Nasib baiklah otak jenis tak duduk diam😂😂 terus terfikir! “KALAU RAMBUT AKU BOLEH BERDIRI DARI PAGI KE MALAM!! MESTI TUDUNG PUN BOLEH!!” Ape lagikkk~~ SEEPEEERRAAYYYY RAMBUTTTY jelahhh~~ zassss!! Alhamdulillah TERLETAK! Isu tudung @aydajebat hangat diperkatakan KEMAS! Syukurrrr~ ini MAGICnya! Hehehe..tapi jangan tak tau! SPRAY RAMBUT sajeee 💃🏻💃🏻💃🏻💃🏻.
Jika sebelum ini kita sering menggunakan starch bagi mengekalkan awning cantik di tudung, selepas ini hijabi bolehlah mencuba teknik ini pula yang jika berada dalam keadaan terdesak. Jangan runsing… bila hijab on point barulah mood pun akan baik! Betulkan sis?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Eggan Dahi Nampak Luas Ketika Pakai Tudung, Ini Tip Penggayaan Sorok ‘Jendul’ Dan Ikut Bentuk Muka.
Setiap daripada kita mempunyai raut wajah berbeza. Ada yang dianugerahkan wajah tirus, lonjong dan juga berpipi tembam. Bagi yang berwajah sempurna pasti tiada masalah untuk menggayakan apa juga hijab yang bersesuaian.
Ada juga yang tiada masalah bentuk muka tetapi mempunyai dahi yang luas dan lebih sinonim di panggil ‘jendul’. Namun sesetengah hijabi tiada masalah untuk menampakkan sebahagian dahi dan ada juga masih kusut untuk mencari yang sesuai. Jom kita lihat tip menggayakan hijab mengikut raut wajah masing-masing.
1. Bentuk Muka Bujur
Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!
2. Bentuk Muka Bulat
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tip untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:
Jika anda lebih gemar memakai tudung awning
Pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
Apabila anda memilih untuk memakai selendang
Gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
- Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
- Agar wajah kelihatan bujur, pakai selendang dengan sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.
3. Bentuk Muka Panjang
Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tip utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.
- Gunakan tudung atau jenis anak tudung yang melekap di dahi agar bahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Ia juga merupakan pilihan tepat untuk menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.
- Usah tutup bahagian pipi anda kerana bahagian ini adalah sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi agar bentuk wajah sebenar anda tersembunyi.
- Jika anda ingin memilih fesyen tudung yang sesuai, selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning. Anda juga bebas memakai jenis selendang yang anda inginkan mengikut gaya idaman anda.
4. Bentuk Muka Segi Tiga / Bentuk Hati
Ciri utama wanita dengan bentuk wajah seperti ini adalah dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini, ikuti tip berikut agar tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan sekali gus menjadikan diri anda kelihatan lebih menawan.
Antara tip-tip yang perlu diketahui adalah:
- Pilih tudung yang boleh ditarik sebanyak mungkin ke belakang dan bertemu di bahagian leher agar untuk menyerlahkan lagi bahagian rahang anda.
- Sebelum memakai anak tudung, gunakan cekak rambut untuk membolehkan kening anda terangkat.
- Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong di sebelah kiri dan kanan anda kelihatan lebih terisi.
- Anda boleh memakai selendang namun pastikan pemakaian selendang tersebut dapat menutupi kekurangan bentuk wajah anda. Hanya ikuti tip ini dan anda sudah bersedia untuk tampil menawan!
- Gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wanita berbentuk wajah seperti ini adalah gaya pintalan dan gaya sanggul kerana ia dapat membuat rahang kelihatan lebih terbuka.
5. Bentuk Muka Petak
Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.
Mari lihat tip memakai tudung untuk bentuk muka ini:
- Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah yang nampak panjang.
- Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
- Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang.
- Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian rahang yang lebar.
- Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yang luas seperti gaya Turban.
- Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.
Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik.
Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shawl Kesayangan Melekat Kesan Solekan? Wanita Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan Semudah A,B, C
Solekan menjadikan wajah seseorang hijabi tampak lebih berseri. Bagi hijabi yang gemar bereksperimen dengan gaya hijab, tentunya anda gemar bersolek agar penggayaan hijab jadi lebih menyerlah .
Namun sebagai hijabi, anda tentunya tidak dapat lari daripada masalah kotoran yang terlekat pada fabrik hijab yang dipakai. Jika tidak terkena solekan pada wajah selalunya kesan bedak asas, mungkin juga shawl terkena percikan makanan yang dimakan. Tentu sukar untuk menghilangkannya bukan?
Berikut perkongsian Lyss Ali dan Tyma Sadini. Moga ia menjadi solusi bagi mengatasi masalah yang menjadi satu kebiasaan di kalangan para hijabi.
Saya ingin kongsikan tip untuk mencuci shawl yang ada kesan-kesan minyak muka dan solekan. Tidak dapat dinafikan wanita memang suka bersolek namun apabila cuaca panas, mekap pada wajah mula pecah minyak. Kesannya minyak krim bedak asas pun melekat pada shawl. Ya! Memang sangat susah untuk menghilangkan sisa kotoran ini.
Kita bukan sahaja ingin membuang kotoran yang melekat pada shawl itu semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu memastikan fabrik shawl tidak terjejas sama ada turun warna, warna berbelak-belak dan sebagainya. Sebagai hijabi tentunya masalah ini merupakan perkara biasa. Dan mungkin juga hijabi-hijabi sedang tercari-cari ‘penawar’ untuk mengatasi masalah yang satu ini.
CARA 1
Ambil bedak baby dan taburkan pada area yang terkena minyak dan biarkan minyak diserap selepas itu basuh seperti biasa.
CARA 2
Ambil sabun mandi dan gosok dekat kawasan berminyak gunakan berus gigi yang dah tak pakai dan basuh macam biasa.
Jangan gosok terlalu kuat boleh rosak fabrik tudung nanti dan nak tudung wangi pakai sabun berbau bunga/floral.
CARA 3
Beli cecair Vanish untuk fabrik berwarna dan rendam tudung semalaman dan basuh macam biasa.
TIP MEMELIHARA FABRIK HIJAB:
1.Perhatikan jenis fabrik hijab. Jika menggunakan material yang lembut, elok guna cara cucian tangan sahaja bagi mengelakkan fabrik hijab rosak.
2. Gunakan cecair pencuci yang bersifat lembut. Hal ini kerana detergen yang terlalu kuat boleh merosakkan fabrik hijab.
3. Jika mahu mencuci hijab menggunakan mesin basuh, masukkan hijab di dalam karung khas. Ia bagi memelihara fabrik hijab daripada tercarik.
4. Jangan sesekali menggunakan berus. Hal ini kerana berus akan merosakkan permukaan fabrik hijab.
5. Ketika menjemur hijab, pastikan hijab tidak dikepit dengan penyepit baju yang berbahan besi sebaliknya pilih penyepit baju berbahan plastik.
6. Ketika menggosok hijab, pastikan suhu seterika sesuai dengan jenis fabrik hijab. Anda tetu tidak mahu bukan hijab kesayangan anda berlubang.
BERIKUT DIKONGSIKAN JUGA VIDEO CARA MENGHILANGKAN KOTORAN SISA MEKAP YANG TERLEKAT PADA SHAWL PERKONGSIAN DARI TYMA SADINI:
LANGKAH PERTAMA:
Rendam shawl dengan serbuk pencuci.
Posted by Tyma Sadini on Sunday, 11 June 2017
LANGKAH KEDUA:
Masukkan bedak bayi (tidak kisah apa-apa jenama)
Posted by Tyma Sadini on Sunday, 11 June 2017
Bagi mendapatkan pilihan produk pencuci hijab, boleh KLIK di sini.
Sumber kredit: Lyss Ali dan Tyma Sadini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI