Lari Daripada Kebiasaan, Raya Ernie Zakri & Kilafairy Kali Ini Lebih ‘Lit’ Dengan Koleksi ‘Summer Stories’ H&M

Share

Pejam celik pejam celik hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, anda tetap boleh bahagiakan diri dengan melaram sakan di pagi raya nanti. Bukan hanya cantik dipandang, malah selesa dipakai di tubuh. Busana apakah itu? Tak lain tak bukan mestilah koleksi pakaian menarik terkini daripada H&M iaitu ‘Summer Stories’.

Selepas seharian berpeluh menyarungkan baju tradisional seperti baju kurung mahupun kebaya, pastinya anda mahu mengenakan busana yang lebih selesa untuk beraya. Tak semestinya kena pakai baju kurung je, anda juga boleh mencuba kelainan dengan mengenakan busana kasual daripada koleksi H&M ‘Summer Stories’ ini.

Turut digemari selebriti terkenal iaitu Ernie Zakri dan Kilafairy, mereka telah berkongsikan sebab mengapa koleksi H&M ini menjadi pilihan mereka di Hari Raya nanti.

“Sangat selesa, our second baju. Bolehlah melawa-lawa sebab kalau dulukan orang kata nak tolong mak kat dapur kena pakai kain batik tapi sekarang ini sudah moden dan fashionable,” jelas Ernie.

Kila juga sangat menyukai koleksi ini kerana ia diperbuat 100% daripada material kapas yang pastinya membuatkan dirinya sentiasa berasa nyaman dan selesa terutama sekali di kala cuaca yang panas.

“Sejujurnya sebelum ini Kila skeptikal juga terhadap pembelian online kerana Kila lebih suka merasai material baju itu sendiri di kedai. Namun, disebabkan Kila lihat foto busana H&M ini sendiri sungguh selesa, jadi Kila yakin untuk terus beli saja,” tambah Kilafairy.

Tampil dengan rona lembut yang sesuai untuk semua, anda juga boleh menyaksikan sendiri dan mengetahui lebih lanjut bagaimana Ernie dan Kilafairy memadankan koleksi ‘Summer Stories’ ini sewaktu beraya dengan penuh bergaya.

Bukan itu sahaja, hos The Hijabista Show iaitu Qila dan Mellya juga diberi peluang untuk melaram bersama koleksi ini sambil dibantu oleh penata gaya terkenal, Tym Fatimah. Selain itu, anda pasti akan terhibur apabila melihat telatah masing-masing bercerita mengenai nostalgia raya mereka yang tersendiri. Memang menggamit memori!

Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html

Published by
Team Hijabista