Lantang Suarakan ‘Isu Rumah Tangga’, Puteri Sarah Lega Dapat Bantu Ramai Pihak

Share

Siapa tidak kenal dengan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah yang lantang menyuarakan isu kehadiran orang ketiga dalam rumahtangganya.

Baru-baru ini ketika menjadi tetamu jemputan bagi progrm MeleTOP, Sarah mendedahkan bahawa ‘kelantanganya’ itu bukan suka-suka dan mempunyai maksud tersendiri.

Sarah Bersyukur ‘Kelantangan Isu Rumah Tangga’ Bantu Orang Ramai Atasi Isu Sama

Sumber: Youtube MeleTOP

Menurut Sarah, dengan bersuara lantang mempertahankan rumah tangganya dari gangguan orang ketiga, dia bukan sahaja diberi kekuatan untuk menolong diri sendiri.

Malah, dalam masa sama membantu menyelamatkan rumah tangga orang lain yang dilanda masalah sama untuk terus bangkit dalam menghadapi masalah tersebut.

“Saya lantang sebab saya ada maksud. I rasa I ada kekuatan untuk bukan sahaja untuk tolong diri I, tetapi untuk tolong orang ramai dekat luar.

“So, bila I lantang makin ramai yang bangkit. Ramai yang memerlukan I untuk nasihat, untuk guide dan I rasa I happy untuk guide mereka-mereka ni yang tak tahu,” ujarnya.

Laporan Rumah Tangga Melibatkan Orang Ketiga Meningkat Kerana S

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Jelas Sarah lagi, asbab dari sikap lantang yang dipaparkan itu demi menyelamatkan masjid yang dibina, kini laporan mengenai isu rumah tangga melibatkan orang ketiga, telah meningkat sebanyak tiga kali ganda.

“And you know what, I dengar cerita yang sekarang ni dah 3 kali ganda laporan kejadian orang ketiga,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Masa Inilah Ada Rumahtangga Yang Gagal”- Diuji Dengan Pelbagai Dugaan, Puteri Sarah Titip Rasa Syukur Tanda Allah Masih Sayang!

Sehubungan itu, Sarah memanjatkan rasa syukur dengan penuh kegembiraan apabila perkongsiannya berkenaan ‘orang ketiga’ itu dapat membantu ramai orang.

Tambahnya lagi, dirinya percaya sekiranya dia membantu untuk memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan mempermudahkan pula setiap urusanya.

“I am happy to do that. Bila tolong orang dengan memberitahu first step bukan susahpun. I rasa lega, pahala pun dapat.

“Bila kita mudahkan, Allah akan mudahkan kerja kita,” jelasnya.

Untuk rekod, pada 8 Mac 2014 Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof telah diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Hasil perkahwinan selama lapan tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Syaikhul Islam Mohd Syamsul dan Sumayyah Mohd Syamsul.

Artikel Berkaitan: ‘Anak Soleh Mama Nanti Jaga Mama Ok’- Ramai Sayu Baca Ucapan Puteri Sarah Buat Anak Tersayang

Sumber: Youtube MeleTOP & Instagram Puteri Sarah Liyana

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

Published by
Haifa Nasir