Kecantikan

Langsing, Sihat & Kulit Cantik, Amalkan Jus Diet Campuran Bahan Utama Epal & Timun

Share

Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik menawan. Tubuh langsing, kulit sihat dan berseri, ini antara yang menjadi idaman setiap wanita. Namun untuk memiliki tubuh yang langsing, sihat dan kulit yang berseri, mestilah ada amalan yang perlu dilakukan dalam rutin perawatan kecantikan dan juga kesihatan.

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah melalui penjagaan dalaman. Seperti yang kita ketahui, kesihatan dan kecantikan juga berkait rapat dengan penjagaan dalaman. Amalan pemakanan yang sihat sememangnya amat membantu.

Jus diet sihat ini boleh diamalkan setiap hari. Lebih elok jika diminum ketika perut kosong. Hasilnya bukan sahaja tubuh jadi langsing, kulit pun nampak glowing.

BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, ambil jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar

CARA-CARA MEMBUAT:
1.Semua bahan di atas ini dikisar.
2.Terpulang kepada individu sama ada hendak tapis atau tidak. Rugi jika tapis sebab fiber tinggi dihampasnya.
3.Sukatan jus untuk 1 gelas.

KHASIAT TIMUN
Mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain itu timun juga boleh membuang toksin dalam badan selain menyejuk badan.

KHASIAT EPAL HIJAU
Kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau.

KHASIAT LEMON
Tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.

HIJABISTA: Boleh diamalkan setiap hari. Bagus untuk pelawasan. Apabila pelawasan bagus, kulit pun jadi cantik dan glowing.

Sumber kredit: Selera Kampung via Bertani Satu Ibadah

Published by
Norhasliza