Rata-rata rakyat Malaysia melakukan kerja di rumah, dan penggunaan internet adalah satu keperluan seiring dengan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP). Bukan satu yang memudahkan sekiranya talian internet di kongsi dengan pelbagai peranti di rumah.
Namun bukan admin hendak memusingkan fikiran anda semua, malah perkongsian hari ini untuk memudahkan perkerjaan anda yang semunya berlaku di rumah sekarang dan sehingga tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mungkin ada di antara anda terlepas pandang, langkah-langkah ini sangat mudah dan setelah mengikutinya nada pasti akan terasa kelainan menggunakan internet. Kerja pun berdesup!
Kedudukan router memang mainkan peranan yang sangat penting untuk kelajuan WiFi. Untuk meminimumkan gangguan sambungan WiFi, anda boleh cuba letakkan router di tengah-tengah rumah, di kawasan tanpa dinding, objek logam atau peralatan tanpa wayar lain.
Boleh letakkan router di tempat tinggi seperti di atas rak kerana router
menyalurkan isyarat Internet ke bawah. Bagi yang tertanya-tanya apa perbezaan antara WiFi 5GHz dan 2.4GHz, jom ikut tips yang admin nak bagi ni:5GHz: Pilih jalur 5GHz apabila anda bekerja rapat dengan router.
2.4GHz: Pilih 2.4GHz apabila anda bekerja jauh dari router ataupun berada di dalam bilik lain.
Salah satu lagi cara untuk mengurangkan penggunaan jalur lebar internet adalah dengan menyekat iklan di browser telefon pintar anda. Penyekatan iklan dapat membantu menjimatkan penggunaan data, terutamanya apabila anda menggunakan hotspot mudah alih ketika melakukan kerja atau menggunakan aplikasi lain, ini caranya:
Untuk pengguna Android:
Cari ‘Google’ dalam Settings> Klik pada ‘Google’> Klik pada ‘Ads’> Setkan ‘Opt out of Internet-based ads / Opt out of Ads Personalisation’
Untuk pengguna iPhone:
Matikan ‘Ad Personalisation’ di bawah ‘Ad Personalisation panel and settings’
Ada beberapa aplikasi yang menggunakan data walaupun semasa anda tak menggunakannya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengambil memori yang banyak dalam telefon pintar anda.
Cuba anda check balik aplikasi dalam telefon pintar yang memang jarang sangat guna dan kalau aplikasi tu boleh diakses di laptop atau PC, baik anda delete sahaja. Jimat data dan ruang!
Ramai sebenarnya yang suka Auto-Sync laptop atau telefon pintar kepada aplikasi yang sering digunakan di tempat kerja, tapi sebenarnya ia boleh melambatkan internet anda.
Jadi, pastikan anda matikan fungsi Auto-Sync di aplikasi-aplikasi yang anda jarang guna seperti iCloud, Dropbox, Google Drive, Slack dan Todoist.
Pernah tak bila ada meeting atau presentation melalui Zoom, tiba-tiba connection anda terputus ataupun tersekat-sekat? Leceh kan macam ni? Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ni adalah dengan menggunakan kabel ethernet untuk sambungan ke internet.
Kabel ethernet menyambungkan peranti seperti komputer, laptop, tablet, dan lain-lain ke rangkaian, yang membolehkan anda mempunyai akses internet. Di samping itu internet lebih stabil dan konsisten, sambungan kabel ni boleh meningkatkan kelajuan internet sehingga dua atau tiga kali ganda.
Aplikasi yang ada fungsi offline mode, dimana ia membolehkan kita menonton siri TV kegemaran atau mendengar playlist lagu tanpa disambungkan ke Internet, contohnya, YouTube, Spotify Premium, atau Netflix. Lebih jimat data bila strim secara online.
Sebelum tidur, bolehlah anda download siap-siap movie pilihan anda dan esok boleh terus tengok je. Jimat masa tidak perlu tunggu buffering.
Lagi satu, jangan lupa untuk matikan fungsi auto play, auto download dan auto save di telefon pintar anda, sama ada di platform penstriman atau aplikasi media sosial, sebab ia dapat menyekat kelajuan internet anda.
Memandangkan internet dah jadi suatu keperluan buat masa sekarang, penting untuk memastikan anda sentiasa dilindungi dan elakkan dari menjadi mangsa scammers di luar sana!
Begitu juga dengan virus internet dan malware dengan memuat turun perisian antivirus sepeti Avira, Mcafee, Bitdefender dan lain-lain, serta sentiasa memadam cache. Bagi anda yang ada anak, pastikan peranti mereka mempunyai fungsi kawalan ibu bapa dan sekat laman web yang tidak bersesuaian.
Sebaik-baiknya reset router 2 atau 3 kali seminggu kerana sambungan WiFi anda boleh terganggu selepas digunakan terlalu lama ataupun apabila disambungkan kepada banyak peranti.
Lepas reset router, mesti anda akan rasa kelainan terhadap kelajuan sambungan WiFi dan secara tak langsung, dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja anda!
SUMBER : OH BULAN