Isi Kandungan
ToggleMulai 1 April laman sesawang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibanjiri dengan pencarum-pencarum. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan tiada siapa dibenarkan keluar untuk membuat permohonan, Namun, pemilk akaun boleh memohon secara online tanpa perlu menghadirkan diri di kaunter KWSP.
Mohon pengeluaran I-Lestari dengan mudah dengan ikuti perkongsian lelaki ini Luqman Hariz di facebook mudah dan cepat faham. Jom ikuti langkah ini!
1.Pergi ke laman web www.kwsp.gov.my
2.Masukkan user id dan password
3.Setelah masuk di homepage: Tekan option withdrawal dekat atas sebelah kanan tu
4.Tekan New Application
5.Tekan pada withdrawal type
6.Pilih i-lestari
7.Tekan (x) pada popup message ni.
8.Kemudian tekan pada butang next.
9.Masukkan amaun min RM50- max RM500 di ruangan Applied Amount.
10.Pilih Jenis bank dan masukkan no akaun bank
Tekan Next
11.Kemaskini maklumat peribadi di ruangan ini jika perlu.
12.klik ☑️ di checkbox
13.klik request TAC
14.Dapat TAC no dihantar ke no fon melalui sms.Masukkan di ruangan TAC No kemudian tekan submit.
15.SIAPPP!!
Semoga dengan perkongsian ini memudahkan semua pencarum selamat mencuba dengan tenang yang penting anda patuhi arahan kerajaan duduk di rumah. Sebarang pertanyaan dan kemusyikilan sila layari www.kwsp.gov.my
SUMBER: Luqman Hariz
BACA JUGA ARTIKEL INI: Ketahui Langkah Mudah Daftar & Keluarkan Wang I-Lestari KWSP COVID-19 Dari Akaun 2. Jangan Sampai Tertipu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yatie Kitchen Kongsi Resipi Menu Daging Masak Harimau Menangis, Boleh Cuba Masak Di Rumah
Isi Kandungan
ToggleDaging harimau menangis, walaupun harganya agak mahal namun ia memberikan kepuasan yang tersendiri bagi mereka yang gemarkan sajian berasaskan daging. Bahagian daging harimau menangis ini adalah bahagian yang paling lembut.
Penggunaan daging adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Di Asia termasuk Malaysia, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang.
Berikut bahagian-bahagian daging mengikut kegunaan menu masakan:
Chuck
Chuck atau lebih dikenali sebagai shoulder (bahu) lembu antara bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian Rib, Short loin atau Sirloin.
Biasanya sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled). Untuk potongan yang agak tebal, boleh dimasak dengan cecair menggunakan periuk seramik.
Rib (Tulang Rusuk)
Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Antara potongan yang sesuai untuk masakan steak adalah Ribeye, Back Ribs dan Ribeye Filet. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.
Short loin
Terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. Antara potongan steak yang digunakan dibahagian ini adalah Porterhouse Steak, T-bone steak dan Strip Steak.
Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu Terderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’. Mempunyai tekstur daging yang lembut dan tiada lapisan lemak.
Sirloin
Bahagian ini merupakan antara bahagian daging paling lembut. Otot ini paling kurang bergerak menyebabkan bahagian ini merupakan daging yang paling lembut. Antara potongan yang terbaik untuk membuat steak dari bahagian ini adalah Tri-Tip Steak, Top Sirloin Filet, Top Sirloin Steak dan Sirloin Steak.
Terdapat bahagian unik di mana daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu yang membuatkan daging ini mempunyai rasa lemak (buttery) setelah dimasak. Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’. Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.
Round
Merupakan potongan daging di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini selalu bergerak dan dagingnya agak pejal dan liat sedikit berbanding potongan bahagian lain.
Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak. Daging dimasak dengan kaedah masak di dalam ketuhar (broiled).
Plate
Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah rib seperempat bahagian perut lembu. Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain. Sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.
Brisket
Bahagian ini terletak di bawah bahagian bahu hingga bahagian dada lembu. Ini juga otot yang banyak bergerak dan dagingnya agak liat berbanding bahagian lain. Sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.
Shank
Potongan bahagian ini merupakan daging bahagian kaki. Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Juga sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.
Flank
Bahagian ini terletak di sebelah bawah di antara perut dengan bahagian kaki belakang lembu. Lapisan permukaan lemak telah diasingkan pada bahagian kanan. Potongan ini agak panjang dan rata.
Antara hidangan yang menggunakan potongan ini adalah London Broil atau alternatif daging yang digrill yang dimakan bersama fajitas atau wrap. Dagingnya juga setanding potongan premium yang lain.
Berikut perkongian Yatie Kitchen tentang resipi dan cara-cara memasak daging masak harimau menangis.
Menu PKP 2.0 Day 2: satu hari satu resipi, boleh? Resipi Daging Masak Harimau Menangis ada dalam Buku Resipi Edisi 1, saya tulis resipi ni pada tahun 2018, ketika tu saya makan di kedai siam tepi jalan aja, sedap sungguh , saya pon kaji la apala dia letak dalam masakan daging tu, ada masam-masam, ada rasa black pepper, rasa halia sikit ,saya pon cubalah masak dekat rumah.
Alhamdullillah menjadi cara saya, kenapa nama resipi ni Harimau Menangis , tukang masak tu cakap bahagian Daging yg digunakan adalah bahagian Yg dinamakan Harimau Menangis – bahagian yg lembut, kita menangis kan selalu letak di bahu … A shoulder to cry on , oh gitu ceritanya. Selamat Mencuba.
HIJABISTA: Walaupun harga daging bahagian ini agak mahal namun ia paling cepat empuk. Tidak perlu masak lama-lama. Sesekali ‘labur’ sedikit duit untuk kepuasan selera tiada salahnya.
Sumber kredit: Yatie Kitchen Alaf 21
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunai Solat Jenazah Ibu Tanpa Keluarga Di Sisi, Aaron Aziz Luahkan Rasa Sedih
Pelakon Ombak Rindu, Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya berasa sedih kerana dirinya sahaja berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah buat ibu tercinta tanpa kehadiran ahli keluarga yang lain.
Langkah itu terpaksa diambil bagi mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikut penularan wabak covid-19 pada masa ini.
Menurut Aaron, hanya Tuhan sahaja yang mengerti perasaannya pada ketika ini.
“Kesedihan apabila tidak dapat menunaikan solat jenazah bersama insan tersayang, hanya Tuhan sahaja yang tahu rasanya.
“Semoga Allah pelihara arwah bonda tercintaku dalam urusannya di alam kubur agar sejuk, lapang dan ditemani seseorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yang bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum dapati masalah mata.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha. Love you Mummy. Forever and ever…,” luah suami kepada Diyana Halik itu di laman instagramnya.
Di ruang komen, ramai rakan artis serta peminat yang menitipkan ucapan takziah buat Aaron dan keluarga. Difahamkan, arwah ibunya iaitu Hajah Juriah Jaafar meninggal dunia di pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung pada hari Sabtu lalu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masalah Pori dan Tompok hitam Boleh ‘Settle’, Dengan Cara Bajet Kiub Ais Betik Dan Kentang.
Isi Kandungan
Toggle“Bertenang” mungkin merupakan kunci kepada kulit berseri, menenangkan jerawat dan mengurangkan lingkaran hitam. Malah, menggunakan kiub ais untuk wajah anda mempunyai beberapa faedah yang menakjubkan dan mengejutkan.
Ya betul! Selain menggunakan produk penjagaan kulit biasa, gosok kiub ais ke seluruh leher dan kawasan muka anda sekali sehari mempunyai faedah yang luar biasa dan boleh membantu produk penjagaan kulit anda menghasilkan hasil yang lebih cepat.
Kiub ais adalah pilihan optimum untuk semua masalah anda, sama ada cuba menghilangkan jerawat atau membuat kosmetik anda bertahan lama pada hari cuaca panas. Kiub ais di muka anda, tanpa mengira keadaan kulit anda, boleh melakukan keajaiban. Jadi, mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.
Kiub ais yang diisi dengan jus Kentang dan jus Betik ialah teknik kecantikan yang menakjubkan yang boleh membantu anda menghilangkan bintik hitam dengan mudah dan pasti anda menyukainya. 2 resipi yang sangat mudah untuk dibuat yang bukan sahaja akan menghilangkan bintik-bintik gelap tetapi juga akan menyejukkan kulit yang merengsa.
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Glowing Berseri Dengan Guna Kiub Ais Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun
Ais kiub kentang
Kentang berfungsi dengan baik dalam mencerahkan pigmentasi kulit dan dianggap terbaik dalam merawat masalah kulit.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kentang kecil (saiz sederhana)
- 1 sudu teh jus lemon
- Dulang kiub ais
Cara membuat dan menggunakan:
- Kupas kentang dan parut. Masukkan kentang parut anda ke dalam pengisar atau pemproses makanan dan tambah 1 sudu teh jus lemon.
- Kisar dan tuang adunan anda ke dalam dulang ais kiub.
- Bekukan selama 5-6 jam atau sehingga mengeras.
- Pilih satu kiub ais dan tutup dengan kain nipis.
- Gosok perlahan pada muka anda selama beberapa minit.
- Bilas muka anda dengan air sejuk. Keringkan dan sapukan pelembap yang baik. Gunakan 1 -2 kiub ais setiap hari untuk hasil terbaik.
Anda juga boleh menggunakan kiub ais di bawah mata untuk menghilangkan lingkaran hitam dan melegakan mata yang letih. Ia adalah salah satu penyelesaian terbaik untuk menghilangkan mata bengkak dan kantung mata. Ia mempunyai kesan penyejukan yang akan menenangkan kulit yang merengsa, manakala bahan-bahannya akan menyembuhkan dan menyembuhkan bintik-bintik gelap.
Faedah:
- Berfungsi dengan berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik gelap, menghilangkan hiperpigmentasi dan merawat cela.
- Membetulkan tona kulit yang tidak sekata dan mengecilkan pori-pori besar.
- Boleh juga membantu menanggalkan sel kulit mati dan meremajakan kulit supaya kelihatan berseri.
- Kentang sarat dengan kalium, serat dan kaya dengan vitamin B & C, yang mencerahkan dan menyerikan kulit anda dan juga dikenali untuk menangkis kedutan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecutkan Jerawat & Jadikan Kulit Lebih Licin & ‘Flawless’ Hanya Dengan Kiub Ais Aloe Vera. Ini Caranya
Ketulan ais betik
Betik terkenal dengan kebaikan kecantikan dan kesihatannya. Terdapat beberapa komponen yang terdapat dalam betik yang bagus untuk kulit anda. Inilah sebabnya enzim buah ini terdapat dalam banyak produk kecantikan.
BAHAN-BAHAN:
- 1 – 2 keping betik
- Dulang kiub ais
Cara membuat dan menggunakan:
- Kupas hirisan betik dan potong kecil. Masukkan kepingan betik ke dalam pengisar atau pemproses makanan.
- Tuangkan adunan ke dalam dulang kiub ais dan beku selama beberapa jam atau sehingga mengeras.
- Pilih 1 kiub ais dan tutup dengan kain nipis, gosok perlahan-lahan ke seluruh muka anda selama beberapa minit. Bilas muka dengan air sejuk.
- Keringkan dan lembapkan kulit anda dengan pelembap yang baik. Gunakan 1- 2 kiub ais setiap hari untuk hasil yang baik.
Ia mempunyai kesan penyejukan dan menyegarkan serta-merta yang akan memberikan anda kulit paling sempurna yang pernah anda miliki.
Faedah:
- Ia membantu mengurangkan pigmentasi, mengawal jerawat dan pembentukan kedutan.
- Betik membantu dalam mencerahkan kulit kusam anda dan membersihkan cela.
- Enzim papain dalam betik mempunyai ciri-ciri pembersihan kulit yang membantu menghilangkan pori-pori tersumbat dan seterusnya mencegah jerawat dan jerawat. Sifat pengelupasan betik menanggalkan sel kulit mati.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI