Lama Tak Dengar Khabar, Raja Farah Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki Keduanya

Share

Lama tidak mendengar khabar pelakon yang cantik jelita iaitu Raja Farah. Rupa-rupanya pada tanggal 7 April yang lalu, dia telah melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki pada jam 6.15 petang.

Menerusi ruang instagramnya, Farah meluahkan rasa syukurnya kerana bilangan ahli keluarganya telah bertambah. Jelas sekali kelihatan Farah dan suami, Iskandar Ismail serta anak sulungnya Imran Iskandar,3, teruja menyambut orang baru dalam hidup mereka.

Terima kasih atas segala doanya!

Farah telah selamat melahirkan anak keduanya yang seberat 3.45kg secara normal.

Seronoknya timang cahaya mata! Peminat-peminat pelakon filem Salon itu juga turut membanjiri ruang komen Instagramnya dengan memberikan ucapan tahniah buat Farah dan keluarga.

kredit: instagram @rajafarahraziz

Published by
Qistina