“Lalui Ujian Sebelum Terima Yang Lebih Baik” – Mawar Karim Beri Tip Untuk ‘Move On’ Dari EX!

Share

Usahawan tudung terkenal, Mawar Karim menjawab desas-desus mengatakan dia sudah berkahwin adalah tidak benar. Tetapi dia tidak menafikan sedang mengenali seseorang pada ketika ini.

Dia juga tidak segan untuk berkongsi apa-apa berita tentang status perkahwinannya bila tiba masa yang sesuai. Tambahan pula, dia akui dirinya bukanlah seorang selebriti dan tidak selesa berkongsi soal peribadinya di sosial media.

Artikel berkaitan: Bersyukur Urusan Dipermudahkan, Mawar Karim & Maryam Kini Bebas Covid-19

“Hargai Apa Yang Ada Di Depan Mata…” – Mawar Karim

Apabila disoal bagaimana dirinya ‘move on’ ataupun ‘biarkan perakara yang lalu’ tentang pasangannya sebelum ini. Mawar mengatakan dirinya tidak cukup berpengalaman untuk membincangkan hal itu namun sedikit sebanyak boleh berkongsi sedikit bersama orang ramai.

 “Kalau nak ikutkan tip nak move-on ini tak adalah banyak boleh saya kongsikan. Pengalaman pun tidaklah banyak,

“Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah hargai apa perkara di sekeliling,

“Kita pula tidak tahu pula nasib apa yang ada depan mata ini sampai bila.” katanya.

Bagi usahawan berusia 34 tahun itu, jangan menyesal dengan setiap apa yang terjadi, malah jadikan ia satu iktibar. Dia juga akui Allah SWT ada aturan yang lebih baik pada masa akan datang.

Artikel berkaitan: Berpisah Lepas 6 Tahun Bersama, Ini Nasihat Berguna Netizen Pada Mawar Yang Kongsi Pengalaman Sama

“Apa yang jadi kita jangan menyesal. Ambil perkara itu sebagai muhasabah diri,

“Jangan juga kita lupa untuk belajar dari apa yang terjadi dan ulangi semula perkara yang sama pada masa akan datang,

“InsyaAllah, Tuhan itu Maha Adil, setiap aturanNya dalam ujian yang di berikan pasti akan membuahkan satu perkara yang ‘baik’ pada masa akan datang.” ujarnya.

Mawar Karim telah menjadi duta kepada syarikat kecantikan V Ultimate yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

@hijabistamy Biarlah dia bahagia, kita pun boleh bahagia betul? Jom move on! ikut tip Mawar Karim #iamhijabi
#hijabistamagazine ♬ Motivation Music – Oleg Kirilkov

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee