Lakukan Ibadah Harian & Ramadan Lebih Selesa. Fenomena Abaya ‘Pleated’ Abayalubnaa Trendsetter Industri Fesyen

Share

Koleksi jubah abaya dewasa ini amat popular bukan sahaja di kalangan wanita dewasa, malah turut mendapat tempat di hati gadis remaja. Antara sebab ramai yang mengemari jubah abaya kerana ia ringkas dan cepat untuk disarungkan. Sesuai untuk pelbagai majlis!

Pada tahun 2020, Abayalubnaa menjadi trendsetter dalam industri fesyen sederhana dengan melancarkan barisan abaya eksklusif mereka dalam pilihan warna pastel yang tidak pernah ditawarkan oleh jenama lain di Malaysia. Disebabkan permintaan yang semakin meningkat untuk reka bentuk mengagumkan, AbayaLubnaa kemudiannya memutuskan untuk membawa jenama mereka ke dalam ruang runcit dengan membuka Kedai Konsep pertama di SHOPPES Four Seasons Place Hotel pada tahun 2020.

Kini, Abayalubnaa melangkah setapak ke hadapan lagi dengan pembukaan sebuah lagi butik Abayalubnaa yang terletak di NEO Damansara, Damansara Perdana.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Setiap koleksi tidak pernah mengecewakan

Abayalubnaa turut memasarkan koleksi produk terbarunya #EnchantedRaya dimana 20 pilihan rekaan abaya ekslusif khas untuk pelanggan Abayalubnaa mempunyai lebih pilihan perincian, penggunaan fabrik, pelbagai warna dan siluet yang sesuai untuk wanita dari semua saiz.

Di majlis pembukaan ini juga Abayalubna memperkenalkan rekaan koleksi baju lelaki terbaru berkolaborasi dengan jenama terbaru, Dindaakandaa. Dengan kempen “Just Be You”, Inovasi koleksi jubah dan kurta kontemporari lelaki ini direka agar boleh dipakai untuk semua golongan lelaki dari pelbagai peringkat umur juga sesuai untuk ke semua majlis atau selepas musim perayaan.

Walaupun mengalami tahun yang mencabar akibat pandemik, AbayaLubnaa mengekalkan momentum kejayaan mereka yang semakin meningkat dengan terus menghasilkan rekaan yang diminati peminat fesyen sederhana.

Selesa melakukan ibadah dalam setiap helaian

Eksklusif bersempena Ramadan di kesemua Butik Abayalubnaa (SHOPPES at Four Seasons Place & NEO Damansara), koleksi #RamadanRaya22 dilancarkan sempena pembukaan butik baharu pada 26 Mac 2022 yang lalu, dimana 10 koleksi rekaan abaya sangat sesuai dipakai ketika melakukan ibadah ramadan juga untuk berziarah raya. Koleksi ini memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan Abayalubnaa untuk merasai kualiti premium Abayalubnaa dan dapat melakukan ibadah juga kegiatan harian di bulan Ramadan dengan lebih selesa dan sempurna.

Pastinya koleksi-koleksi Abayalubna tidak mengecewakan seperti, Senorita, reka bentuk abaya berlipat mereka menjadi fenomena dan menjadi viral dalam talian pada tahun 2021 (walaupun ia dilancarkan semasa wabak COVID-19 menjejaskan banyak perniagaan di Malaysia). Pelakon, model dan usahawan, Mira Filzah turut memakai Senorita semasa majlis perkahwinannya yang menunjukkan betapa popularnya jenama itu dalam kalangan selebriti di Malaysia.

Video dan rakaman tetamu perkahwinan yang menghadiri majlis perkahwinan selebriti terkenal Malaysia, Neelofa bertemakan putih dalam rekaan AbayaLubnaa turut menjadi tular di pelbagai platform media sosial. AbayaLubnaa telah berada di tempat no.1, dengan jumlah jualan terbanyak, muncul sebagai peneraju di antara kedai yang dilancarkan semasa pandemic COVID-19.

Strategi Lokasi Butik terbaru

Peluasan perniagaan AbayaLubnaa diteruskan dengan pembukaan kedai butik konsep Damansara pertama mereka di Neo Damansara pada Mac 2022.

Untuk pembukaan butik terbaru ini, pelbagai tetamu dari kalangan selebriti, AbayaLubnaa menunjukkan penghargaan mereka kepada pelanggan yang dihargai dengan menjadikan mereka tetamu kehormat kerana AbayaLubnaa sentiasa percaya bahawa kesetiaan dan sokongan daripada pelanggan mereka adalah sebab jenama itu berjaya walaupun dalam masa yang paling sukar.

Sentiasa percaya bahawa kesetiaan dan sokongan daripada pelanggan mereka adalah bukti dan penyebab jenama ABAYALUBNAA sentiasa relevan dan lokasi yang strategi ini bagi memudahkan pengikut memiliki AbayaLubnaa.

4 Tips Beli Jubah Abaya Baru Untuk Pemula

Antara tip yang boleh dijadikan rujukan semasa membeli jubah abaya bagi pemula:

Fabrik / kain yang sesuai

Kain jubah sangat memainkan peranan penting dalam keselesaan, secara umum, pemilihan kain sangat penting sebelum anda membeli abaya baru. Pastikan fabriknya selesa, menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik. Boleh dikatakan hampir semua jenis kain sesuai untuk dibuat jubah. Asalkan ia tidak melekap pada tubuh.

  • Elakkan fabrik lycra, chiffon dan satin kerana ia agak melekap pada tubuh. Jadi bila ditiup angin boleh menampakkan susuk tubuh si pemakai.
  • Oleh kerana kain jenis lyra tergolong dalam kategori kain yang berat, ia akan jatuh mengikut tubuh. Jika sudah membelinya pastikan anda memakai inner yang tidak melekap pada badan.
  • Ini akan membantu mengurangkan sifat lycra yang melekap pada tubuh. Maklumlah, kain jenis ini memang nampak lebih kemas kerana ia sukar berkedut.

Warna dan corak jubah

Jubah abaya hitam adalah warna paling di gemari dan sering menjadi pilihan ramai muslimah. Jubah hitam juga boleh secara umumnya di kategorikan kepada jenis abaya kosong dan abaya berhias batu dan sulaman.

  • Jubah abaya hitam mudah disesuaikan dengan pelbagai warna tudung dan corak berlainan. Walaupun begitu, sekarang pelbagai warna dan corak boleh di dapati dipasaran. Jubah abaya hitam kosong sesuai digayakan bersama tudung labuh berwarna cerah dan bercorak.
  • Manakala jubah bercorak pula sesuai di pakai bersama tudung polos.
  • Pilihlah yang mana anda gemari, asalkan ianya menutup aurat.

Saiz abaya tempatan dan import

Saiz abaya import berbeza dengan jubah abaya yang dijahit di Malaysia. Jadi, untuk memastikan jubah yang dibeli sesuai saiznya dengan badan anda, seeloknya tanya dahulu penjual tersebut.

  • Dapatkan ukuran semasa dan berikan kepada penjual. Biasanya, masalah ini tidak terjadi sekiranya membeli abaya sendiri di kedai fizikal.
  • Bagi pembelian jubah abaya secara online, pastikan saiz yang diberi benar benar sesuai dengan ukuran badandan ada lebih baik anda membaca review dari pembeli sebelumnya.
  • Lazimnya, jubah dari timur tengah mempunyai ukuran yang lebih besar dari jubah jahitan tempatan atau negara asia.

Harga dan kualiti

Pelbagai kategori abaya di pasaran, bergantung kepada bajet anda. Tak semestinya yang mahal lebih bagus dari yang murah kan? Sebab harga abaya mahal dipengaruhi perhiasan. Jubah yang terlampau mahal amat sukar penjagaannya.

Mungkin untuk acara istimewa, tidak salah untuk berpakaian cantik. Tetapi jubah abaya yang digunakan untuk majlis ilmu dan bersilaturahim kebiasaanya lebih sesuai dengan abaya yang sederhana.

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
SH