Tidur adalah masa untuk kita berehat dan menenangkan fikiran setelah seharian bekerja. Tahukah anda segala aktiviti yang kita lakukan dikira ibadah termasuklah tidur. Bagaimana tidur boleh dikategorikan sebagai ibadah?
Hanya dengan mengamalkan sunah Rasulullah, insyaAllah kita akan mendapat manfaat kesihatan dan pahala di akhirat kelak. Jadi mulai dari hari ini, ayuh kita amalkan amalan ini agar tidur kita dikira sebagai ibadah.
Berwuduk sebelum tidur.
Baring mengiring ke kanan dan pastikan kaki tidak menghadap ke arah Kiblat.
Mengibaskan tempat tidur terlebih dahulu sebelum tidur.
Tidur seawal yang mungkin selepas solat Isyak.
Solat Witir terlebih dahulu jika bimbang terlajak tidur dan tidak bangun malam.
Berzikir sebelum tidur.
Bacalah doa tidur.
Baca surah As-Sajadah dan surah Al-Mulk.
Baca ayat Qursi sebanyak satu kali.
Amalkan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebanyak satu kali lalu tiupkan pada tapak tangan dan sapu pada seluruh tubuh bermula muka, tangan hingga ke kaki.
Niat untuk bangun solat Tahajud kerana ia merupakan sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
Memaafkan semua kesalahan orang sekeliling dan halalkan semua hutang-hutang sebelum tidur.
Sumber: via SEBELUMTIDUR.COM & KOTAJANJI.BLOGSPOT.MY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustazah Isfadiah: Doa Paling Mustajab Dalam Solat Selain Sujud Adalah Ketika Tahiyyat Akhir
Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa. Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain sujud adalah duduk Tawaruk (Tahiyyat Akhir) sebelum beri salam. Inilah waktu yang sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk berdoa.
Ada kalangan salaf mewajibkan khusus bagi diri mereka begitu juga Tawus bin Kaisan mengarahkan pelajarnya yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
Sumber kredit: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gagal 3 Subjek Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang, Hijabi Ini Terharu Dapat Anugerah Daripada Tun M
Hijabi ini pada mulanya kecewa dengan keputusan percubaan SPM namun Izz Khalisa bangkit selepas menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM.
Setiap kegagalan pasti temui kejayaan jika ada usaha dan jalan yang betul. Kejayaan diraih itu membolehkan Izz Khalisa yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor atau lebih dikenali sebagai Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) menerima Anugerah Cemerlang daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, baru-baru ini.
Izz Khalisa berkata, dia pada mulanya kecewa dengan keputusan percubaan SPM namun bangkit selepas menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM.
Rai kejayaan bersama
Majlis sederhana tapi penuh bermakna majlis Anugerah Cemerlang SPM dianjurkan para cikgu bagi meraihkan kejayaan kami.
“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada cikgu sebab dah buatkan majlis Anugerah Cemerlang SPM untuk kami batch 04. Walaupun bagi saya 5A tu tak banyak, tapi PTTI masih nampak peningkatan saya dari G ke A. Saya sangat hargai momen dalam majlis tu.”
Demikian kata pelajar Izz Khalisa Amri, 18, yang mendapat keputusan 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G ketika percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sebelum memperoleh keputusan cemerlang 5A 4B seperti yang tular di media sosial.
Sukar untuk melalui pembelajaran era pandemik
Menurut Izz Khalisa, usahanya berbaloi apabila memperoleh 5A dan tiga subjek yang gagal sebelumnya iaitu Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+). Bukan mudah untuk menjalani pembelajaran di era pandemik, pasti pelbagai kesukaran yang dihadapi.
“Pada mulanya, saya mencuba belajar sendiri di rumah dengan mentelaah setiap muka surat buku teks dengan harapan dapat memahami setiap bait-bait perkataan. Pembelajaran era pandemik ternyata amat sukar kerana ia membawa penurunan prestasi saya kerana hilang fokus. Perkara in mengundang kerisauan kepada saya untuk meneruskan cara pembelajaran sendiri.
“Namun, ketika keputusan percubaan SPM diumumkan, saya berasa amat kecewa dengan keputusan yang amat membimbangkan iaitu 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G. Sehinggalah saya menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM dan mengenal erti sabar dalam setiap usaha. Seman- gat yang berkobar-kobar, sanggup bersengkang mata untuk belajar bersama guru-guru PTTI tidak mematahkan semangat saya untuk ke peringkat akhir,” katanya.
Menurut Izz Khalisa, usahanya berbaloi apabila memperoleh 5A dan tiga subjek yang gagal sebelumnya iaitu Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+).
“Saya dapat tahu PTTI memilih lebih 5,000 pelajar cemerlang keputusannya. Jadi, saya rasa macam tak ada harapan sebab saya 5A saja. Selepas itu, saya dapat mesej daripada PTTI dan dijemput untuk datang ke majlis. Saya rasa gembira sebab daripada dulu saya gagal dan sekarang boleh bangkit dengan keputusan lebih baik dan itu bukan senang.
“Saya rasa amat terharu sebab PTTI nampak yang saya meningkat dengan drastik jadi saya sangat gembira. Perkara paling seronok apabila dapat pergi majlis itu adalah saya dapat ambil ‘plaque’ yang diserahkan oleh Tun Dr Mahathir.
“Syukur Alhamdulillah, segala pengorbanan saya berbaloi apabila melihat slip keputusan SPM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PTTI yang banyak memberi didikan dan kata-kata motivasi. Kepada batch 05 dan 06 yang bakal menduduki SPM, Allah SWT tak kejam, sampai masa kita akan berjaya, percaya pada proses, konsisten adalah kunci kejayaan dan ingat usaha takkan pernah mengkhianati kamu,” katanya.
Kunci kejayaan doa dan usaha yang konsisten
Dalam masa sama, Izz Khalis berkongsi doa dan dorongan daripada ibu bapa antara kunci kejayaan dirinya selain tidak mudah putus dan konsisten dalam kelas.
“Apabila ada kelas jangan tak masuk sebab bila ketinggalan satu kelas kita akan susah nak dapat dalam kelas seterusnya. Jadi, saya rasa konsisten dengan usaha, kemudian kita kena sabar juga. Memang susah nak konsisten tapi apa yang saya buat adalah bila balik sekolah saya akan masuk juga kelas dalam talian dengan menggunakan telefon semasa dalam kereta.
“Jangan bandingkan keputusan kita dengan kawan lain sebab itu dia. Kita tengok keputusan kita sama ada ia meningkat atau tak. Kalau meningkat walaupun sikit maksudnya ada kita tetap peningkatan dan percaya ia boleh jadi lebih baik. Apa yang penting jangan mudah putus asa,” katanya.
Teknologi secara berkesan guru faktor pelajar cemerlang
Izz Khalisa juga antara 335 pelajar SPM PTTI yang diraikan pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021. Pada majlis sama, pelajar dan tetamu juga berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir.
Menerusi wacana yang dikendalikan moderator Muhd Habibunajjar Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang selain penggunaan teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting dalam memastikan cara penyampaian yang lebih berkesan.
“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu. Menjadi keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter. Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan.
“Kita perlu akur bukan semua guru terbaik dalam negara dan kesannya ke atas pelajar jika guru-guru ini tidak dilengkapi dengan ilmu. Apa yang boleh kita buat adalah melalui bantuan teknologi yang akan membantu guru-guru terbaik ini menyampaikan bahan pengajaran secara meluas sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat peluang belajar dengan guru yang sama.
“Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan membantu. Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke atas guru kerana tidak semua guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan memberi impak kepada pelajar,” katanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Makin Tenang Lepas Berhenti Kerja di ‘Bar’, Wanita Ini Tak Sangka Allah Kurniakan Rezeki Lebih Baik!
Perkongsian dan pendedahan seorang wanita bernama Natrah di laman Tik Tok mengejutkan orang ramai apabila dia pernah mencari rezeki sebagai juruwang di sebuah pusat hiburan atau bar.
Memetik laporan Mstar, pemilik nama Khairun Natrah Md Toho berkata, sewaktu melakukan pekerjaan itu, dia terpaksa berdepan pelbagai tomahan dan cacian daripada masyarakat.
Sebelum akhirnya dia membuat keputusan nekad, berhenti kerja demi memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Pengalaman Sebagai ‘Cashier’ Bar Mematangkan Saya
Tambah Natrah, 25 tahun pengalaman yang diperoleh sebagai juruwang di tempat terkutuk itu, sedikit sebanyak memberi satu pengajaran dan pengalaman yang mematangkan baginya.
“Saya sempat kerja cashier dekat bar club selama 2 tahun 3 bulan.
“Gaji sebulan boleh cecah RM3,000 hingga RM4,000,” katanya.
Ketika dipersoalkan mengapa dia memilih cabang kerjaya yang disifatkan sebagai ‘kotor’ itu, Natrah berkata dahulu dia bekerja dalam bidang akaun, sebelum berasa bosan terperap di pejabat dengan gaji yang tidak memberangsangkan.
“Saya berkahwin pada tahun 2019, ketika itu saya berumur 21 tahun. Umur 23 baru kerja dekat bar,” jelasnya.
Menurut Natrah, suaminya cakna berkenaan pekerjaan yang dilakukannya itu, dan sudah menasihati dirinya agar mencari pekerjaan yang lebih baik, cuma Natrah bersikap ‘keras kepala’ ketika itu.
“Dia cakap nak kerja boleh, tapi bila sampai masanya, berhentilah.
“Kerja macam ni tak berkat, tapi masatu saya ikut kepala sendiri je,” tegasnya.
Artikel berkaitan: Graduan Kejuruteraan Terjun Ke Dalam Bidang Content Creator, Hijabi Ini Bina Kerjaya Jual Sambal Acar Tapi..
Natrah turut mengakui seoanjang mencari rezeki di pub itu, dia tidak pernah merasa ketenangan hati. Malah, setiap wang yang diperolehi sentiasa tidak merasa cukup.
“Walaupun seronok kerja, tapi saya rasa tak tenang. Suami paling seronok bila saya ambil keputusan untuk berhenti kerja,” kata Natrah.
Lepas Berhenti Kerja Allah Bagi Rezeki Lain, Allah Tiupkan Nyawa Dalam Rahim
@bynattyyy_ Due bulan 9 ☺️ Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏻🥰 Geng bulan 9 ada ke? 😍 #fypシ #bumil #33weekpregnant #foryou ♬ original sound – Cik Puan Manis @ Miela – Miela Shukor
Apa yang membuatkan Natrah begitu bersyukur dan merasakan dia membuat keputusan tepat apabila dia disahkan hamil selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja.
“Rupa-rupanya baby dah ada dalam perut masa saya berhenti tu. Saya kata ini rezeki tuhan. Allah betul-betul dengar permintaan saya.”
“Saya hanya nak kongsi pengalaman. Saya terkejut kisah ni viral.
“Mungkin ada yang baik, anda boleh ambil. Yang buruk jangan diikut,” ujarnya.
Natrah juga memaklumkan bahawa dia kini berhasrat dan sedang mencuba berjinak-jinak untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna setelah selamat melahirkan bayinya, yang kini mencecah usia 3 bulan.
Sumber: Mstar & Tik Tok @ntrahmuhd
Artikel berkaitan: Aktif Melakukan Kerja Amal, Fauzi Nawawi Akui Pengalaman Ajar Merendah Diri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI