Berbaki beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam di dunia bakal menyambut ketibaan Syawal yang dinantikan dan Ramadan bakal berlalu meninggalkan kita.
Umum sedia maklum bahawa, Aidilfitri tidak akan lengkap dengan juadah rendang. Tidak kiralah rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, udang mahupun sotong. Tetapi hijabi mesti pernah hadapi masalah untuk menyediakan hidangan berasaskan daging bukan?
Ini kerana jika tersalah langkah memotong dan merebus daging itu, ia berpotensi menjadi liat sekaligus merencatkan selera serta keenakkan juadah Hari Raya. Justeru, Hijabista tergerak untuk berkongsikan semula beberapa tip melembutkan daging walaupun tanpa menggunakan peralatan zaman moden seperti periuk tekanan (pressure cooker)
Tip melembutkan daging ini telah dikongsikan oleh Petua Malaya. Rupanya mudah saja untuk melembutkan daging tanpa menggunakan pressure cooker. Rugi betul selama ini tak tahu.
Tip Pertama: Rebus Bersama Daun Nangka
1. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.
2. Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus
Tip kedua: Rebus Dengan Daun Pisang Abu
1. Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih.
2. Carik-carikkan daun pisang abu.
3. Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.
Artikel berkaitan: Jangan Rendam Daging Beku Lama-lama Untuk Cairkan Ais, Ada Cara Yang Lebih Selamat
Tip ketiga: Rebus Bersama Sebiji Pinang Tua
1. Ambil setengah atau sebiji pinang tua.
2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua.
3. Masukkannya ke dalam periuk atau kuali untuk dimasak sekali dengan daging
Tip keempat: Perap Daging Dengan Baking Soda Sebelum Di Rebus
1. Perap daging yang dipotong kecil dengan baking soda.
2. Perap selama sekurang-kurangnya 15 minit.
3. Bilas daging bersih-bersih sebelum dimasak.
Tip kelima: Perhatikan Urat Daging Sebelum Memotong
1. Perhatikan urat daging sebelum memotongnya.
2. Potong daging mengikut arah berlawanan dengan urat.
3. Apabila memasak, pastikan tutup periuk
Haa.. Dah tau tricknya? Mudah sahaja bukan. Jangan lupa aplikasikanya ketika memasak juadah Hari Raya nanti. Selamat Mencuba!
Artikel berkaitan: Daging Lembu Dan Khinzir Nampak Sama, Ada Cara Untuk Pastikan Perbezaan Kedua-duanya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.