‘Lain Kali Selidik & Tanya Dulu…’- Jovian Mandagie Perjelas Isu Mask ‘Hauk’ Dan SIRIM

Share

Tidak mahu masyarakat terus salah faham, Datuk Jovian Mandagie tampil memberikan penjelasan di laman Instagram berhubung isu keperluan perakuan cop SIRIM di pelitup muka yang sangat dibincangkan netizen.

Jelas Jovian, ramai yang telah salah anggap mengenai terma pelitup muka ‘hauk’ yang digunakannya tempoh hari.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka ‘Jovian Mask Tiruan’ yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna,” ujarnya.

Ujar suami kepada Datin Nina Sabrina Ismail Sabri ini, beliau langsung tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak dan hanya memaksudkan terma tersebut buat mereka yang menciplak jenama pelitup mukanya itu sahaja.

“Saya rasa sesuailah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda.

“Issue sirim, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. FYI, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers? Dari mana pulak saya akan untung lebih?

And I can guarantee you all that my brand is not the first to have sirim stamp. Banyak brand di luar yang dah ada sirim stamp. Kita ni baru je nak apply. 😅

“Ramadhan bulan suci ni, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang business saya. Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.”

Di samping itu, beliau turut meluahkan rasa syukur di atas sokongan yang terus diberikan oleh pengguna setia pelitup muka jenamanya dan berharap mereka yang mengejinya dapat menyelidik dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.

“Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualitinya yang memang bagus. Anti jerawat dan mudah bernafas tu tak boleh dinafikan.

“Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6000 pengedar; 7 Eleven, Aeon Mall/Big, Watson, Lotus, Shopee, Jstore, Jovian VIPPS, Dropshippers, Shell, @jovianselcare dan banyak lagi farmasi di pasaran.

“Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu.. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” coretnya di laman Instagram.

Sebelum ini, netizen mengecam Jovian kerana mengatakan pelitup muka lain hauk dan dalam masa yang sama mempromosikan pelitup mukanya yang bakal mendapat kelulusan SIRIM.

Published by
QIST