Lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana Al-Quran diturunkan pada malam berkenaan.
Pada malam itu juga, Allah SWT menurunkan pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan penuh khusyuk serta berdoa penuh keikhlasan.
Malaikat turut turun bersama membawa berkat dan rahmat Allah SWT yang dikhaskan untuk malam itu.
Selain itu, Al-Qadr juga membawa maksud ‘penetapan’. Pada malam itu, berlaku penetapan segala urusan hamba-Nya yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Ingatlah, Allah SWT menjanjikan sesiapa yang beribadat bertepatan dengan malam Al-Qadr, maka dia akan diberi ganjaran pahala melebihi ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan.
LAILATUL QADAR UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG BERUSAHA
Setiap dari kita amat berharap untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar kerana banyak kebaikan di dalamnya. Bagaimanakah ciri orang yang akan mendapat Lailatul Qadar?.
Berikut adalah 3 Ciri orang yang mendapatkan lailatul Qadar dikutip dari berbagai sumber.
1. Orang yang mendapatkan Lailatul Qadar akan lebih berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Kebaikan yang didapat dari malam Lailatul Qadar bila didapatkan oleh orang yang ikhlas beribadah kepada ALLAH, setelah Lailatul Qadar orang itu akan sentiasa selalu berusaha terbaik dimata ALLAH dan berbuat baik sesama umat muslim. Dia juga akan selalu mengerjakan perintah ALLAH SWT.
2. Orang itu akan takut dengan dosa
Keberkahan orang yang mendapat dari malam Lailatul Qadar ialah dia akan takut dengan perbuatan dosa. Semua perbuatan yang menghasilkan dosa dia akan jauhkan. Sebab sebagaimana yang diketahui bahwa perbuatan yang menghasilkan dosa sangat tidak disukai oleh ALLAH SWT.
3. Orang yang mendapatkan dia selalu ingin beribadah dan merasa sangat kurang dalam hal beribadah.
Orang yang mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu akan sentiasa menjalankan ibadah 5 waktu dan juga menjalankan sunnah-sunnah nabi Muhammad SAW sebab dia akan selalu merasa sangat kurang ibadahnya.
Tidak ada amalan khusus untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Hakikatnya Lailatul Qadar itu untuk SESIAPA sahaja yang berusaha untuk memberikan commitment untuk berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadan dan clue yang diberikan oleh Rasulullah Saw adalah pada malam-malam ganjil.
Jadi pada malam-malam ganjil pada 10 malam yang terakhir Ramadhan nanti, bangunlah pada jam 2.00 pagi, sama ada kalian memperbanyakkan solat atau membaca Al Quran atau berzikir sehingga waktu sahur. Kejarlah Lailatul Qadar semasa masih ada kesempatan ini.
Sumber kredit: Rohana Saad