Setiap bait lirik lagu Allahyarham Dato’ Sudirman pastinya memberi kesan kepada kita semua pada saat ini. Masih terkesan dengan kehilangan sebutir permata, anak seni Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos 2021 seakan-akan memberi impak besar pada kita semua. Ternayata ALLAH S.W.T lebih menyayanginya. Pemergiannya diratapi ramai dan semuanya mendoakan kebaikan pada arwah.
Ramai dikalangan artis yang turut memuat naik ‘posting’ menyampaikan salam takziah kepada Shuib sekeluarga serta memberi sokongan kepada Shuib dan anak-anaknya demi mengharungi berita sedih ini. Selain daripada selebriti Fasha Sandha, Ustaz Ebit Lew dan juga Uqasha Senrose yang bercerita tentang kebaikan Siti Sarah, penyanyi dan juga komposer terkenal, Naim Daniel turut memuat naik ‘posting’ tentang hajat yang tidak kesampaian untuk membuat lagu kepada arwah.
Menerusi laman Instagramnya, Naim Daniel sempat menyifatkan Allahyarhamah Siti Sarah seorang insan yang baik dan disenangi oleh semua orang.
Melihat dari perbualannya dalam ‘Direct Message’ di akaun Instagramnya bersama arwah, ternyata arwah sentiasa memberi pujian kepada orang lain dan kerana itulah ia menjadi salah satu sebab ramai selebriti mendoakan kebaikan buat dirinya sehinggalah ke nafasnya yang terakhir.
Ads
‘Posting’ yang mendapat ‘likes’ hampir lebih dari 196K itu ternyata memberi kesan kepada netizen yang turut bersama-sama berdukacita di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.
Team Hijabista mengucapkan salam takziah kepada Shuib sekeluarga dan sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarhamah Siti Sarah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sesungguh, pemergiannya adalah pemergian yang dicemburui.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi nada tinggi terkenal dengan jolokkan ‘Katty Perry’ Malaysia, Aina Abdul memukau netizen dengan penampilannya ketika membuat persembahan di Konsert 10Q meleTOP, di MBSA Shah Alam baru-baru ini.
Aina yang gemar memberikan kelainan dalam setiap penampilan tampil berseri, elegan, versatil dan mempunyai ‘kelas’ tersendiri menggayakan gaun mewah hasil air tangan Daniel Zharif.
Sewaktu membuat persembahan duet bersama Amir Masdi mendendangkan lagu ‘Senja Nan Merah’ Aina terlihat ‘classy’ dalam gaun jenis Brocade Dress, bertanah hitam dan bercorak dedaun berona merah yang berseri dan menonjol dari kombinasi warna hitam itu.
Meninjau keruangan komen pada hantaran Instagam milik Aina, rata-rata rakan artis dan netizen memuji penampilan Aina itu yang disifatkan terlalu cantik dan sesuai dengannya penampilannya yang menyerlahkan sisi lain Aina Abdul.
Selain itu, tidak kurang juga yang meninggalkan komen dengan kata-kata positif serta pujian terhadap penampilan Aina yang serba sederhana namum masih menonjolkan elemen elegan.
Sebagai rekod, pada 8 November lalu, Aina Abdul membuat persembahan dipentas Meletop berduet dengan Amir Masdi bertujuan untuk mempromosikan konsert ‘Night With Aina Abdul 2.0’ yang disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro First.
Setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, cerah dan berseri. Demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, tentunya anda sanggup mencuba dan melakukan apa sahaja rawatan yang disarankan oleh rakan-rakan anda.
Tetapi tahukah anda sebenarnya hanya dengan mengamalkan doa, anda pun boleh nampak cantik dan berseri. Bukan sahaja cantik, malah dapat pahala lagi. Antara doa yang sering dikaitkan dengan kecantikan adalah doa Nabi Yusuf. Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri-seri wajahnya.
Seperti yang kita semua tahu, doa Nabi Yusuf memiliki banyak keistimewaan dan salah satunya adalah menjadikan wajah anda tampak lebih cantik dan berseri. Tetapi, kecantikan hati juga perlu dijaga. Jangan hanya pentingkan penjagaan luaran sahaja.
Buat anda yang mahukan wajah yang cantik berseri, cuba amalkan potongan ayat 4 dari Surah Yusuf ini:
Maksud surah Yusuf, ayat 4:
“(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”
Setelah membaca surah, teruskan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa, ayat 39.
Maksud surah Thaahaa ayat 39:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu pada wajah.
Amalan ini sesuai untuk mereka yang berat jodoh.
Amalkan doa penyeri wajah ini dengan niat yang baik terutama bagi isteri yang mahukan suami menyayanginya.
Soal jodoh pasti menjadi bualan harian, terutamanya bila tengok rakan-rakan lain semua dah berkahwin. Ada yang terus-menerus mencari, ada juga yang berserah sepenuhnya. Jodoh itu rahsia Allah.
Namun, perlu ada doa seiring usaha termasuklah 13 amalan rahsia ini yang boleh anda cuba amalkan untuk ditemukan jodoh.
1. Jaga solat di awal waktu
Kadang kala terfikir jugak bila nak kahwin ni. Oh lambatnya. Tapi pernahkah kita bila kedengaran azan, terus bangkit untuk menunaikan solat tapi yang selalu kita buat melengah-lengahkan tuntutan solat tu. Sama jugak lah dengan jodoh kita.
Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah ”Riwayat al-Tirmizi
2. Betulkan niat perkahwinan
Kita kena betulkan niat kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita.
3. Baca surah Yasin setiap pagi
Surah Yaasin merupakan hati atau jantung al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. InsyaAllah.
4. Baca surah Al-Waqiah setiap malam
Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.
5. Berterus-terang
Bila kita hendak hilangkan bebanan dihati kita, rasanya tidak salah untuk kita berterus terang kepada lelaki yang kita suka. Jika ada jodoh Insya Allah kita akan membina cinta yang halal. Selebihnya serahkan saja pada Allah. Jika tak berjaya, ingatlah bahawa ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.
6. Jangan terlalu memilih
Sikap memilih ni penting juga tapi jangan berlebih-lebihan kerana tiada yang sempurna. Ini juga penyebab melambatkan jodoh kita untuk datang. Ada yang sudah dirisik oleh calon yang sesuai dan dia bersedia untuk terus menikah, namun ditolak disebabkan faktor-faktor tertentu. Jodoh kita sebenarnya cerminan diri kita. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Asalkan agamanya dan akhlaknya baik dan mereka datang dari keluarga yang baik-baik, itu sudah cukup untuk dijadikan pilihan.
7. Cari kebaikan orang lain
Kita semua tiada apa-apa kerana semuanya milik Allah. Jauhi sikap memandang rendah kepada orang lain dan berbangga dengan apa yang kita ada. Kita semua sama. Allah boleh beri dan ambil bila-bila masa yang Dia mahukan.
8. Tahajjud setiap malam
Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat. Beberapa minit sebelum Subuh masih sempat untuk kita amalkan. Itu juga sudah dikira sebagai tahajjud. Dan berdoalah. Doalah apa saja. Allah sayang hamba-Nya yang sentiasa bertahajjud dan meminta doa kepada-Nya. Di saat insan lain terlena, kita bangun dan beibadah kepada-Nya. Dan cubalah untuk menangis setiap kali kita bertahajjud. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya.
9. Bannyakkan senyum dan sedekah
Selain dari sedekah berupa wang ringgit, senyuman juga sebenarnya sudah sebahagian daripada sedekah. Senyum juga menarik orang di sekeliling untuk sukakan kita. Senyum-senyum jugak tapi pandangan tetap perlu dijaga. Hatinya tenang tanpa resah, malah rezekinya pasti berlipat kali ganda. Jodoh itu juga sebahagian daripada rezeki. Bersedekahlah!
10. Menjauhi perkara haram & maksiat
Kita tidak bahagia saat kita berbuat dosa. Dosa kita itulah sebenarnya yang membuatkan kita jauh daripada Allah. Sebenarnya hidup kita akan bahagia saat kita sentiasa ingat akan Allah. Tidak semestinya saat kita sudah ada pasangan, barulah kita bahagia. Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Hidup ini juga akan mudah saat kita kenal Allah. Bahkan perkahwinan juga akan mudah bila kita kenal Allah. Itulah kuasa Allah. Subhanallah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!