Lagu Pertama Dihasilkan Sambil Berjalan Kaki, ‘Terus Hidup’ Karya Peribadi Aina Abdul!

Share

Barangkali saat penulis mencoret bingkisan artikel tentang single terbaru penyanyi ini, dia sedang sibuk menjalankan proses persiapan konsertnya yang bakal tiba. Dimulakan dengan alunan gemersik melodi biola sebagai susur intro lagu terbarunya, Terus Hidup. Maka, bermulalah segala gabungan vokal terbaik, irama merintis jiwa, lirik yang menyentuh hati, deruan muzik berkarisma tinggi menghantui penulis untuk mendengarnya berulang kali.

Aina Abdul. Kita berbicara tentang seorang figura yang punya aura dan magisnya sendiri. Jika diteliti satu persatu sentuhan karya agungnya, Sepi, Semalam dan Nafas Cinta, semuanya umpama bunga yang kembang semerbak indah di halaman taman yang menghijau. Maksudnya, corak lagu yang dihasilkan penghidup landskap industri muzik tempatan.

Terus Hidup, yang baru sahaja dilancarkan pada hari ini jam 12 pagi tadi, umpama sebuah diari hidupnya yang punya ceritera sendiri. Menurut Aina, ia merupakan bingkisan peribadi yang dihasilkan bersama Jenny Chin, yang dianggap sebagai ‘balik gim idea’.

Kongsinya, idea untuk mendapatkan lagu ini muncul saat dia pulang dari gim. Bahagian korusnya dapat apabila dia menaiki tangga untuk pulang ke rumah  namun masih samar. Memberi masa dan ruang untuk inspirasi mengalir di minda, sehinggalah menjadi Terus Hidup.

The day that I just got back home from gym, hence why Aina label the melody as ‘balik gym idea’ cause literally was walking from my packing spot then jalan naik tangga nak balik rumah, i got the chorus idea.

Well, originally tak dapat the exact flow how to end the chorus but things need proses.

Dalam masa itu juga, corak muzik juga berubah sebelum mendapat Terus Hidup yang sempurna. Baginya, ia merupakan satu-satunya lagu yang dihasilkan sambil berjalan kaki.

There’s so many ‘after gym’ labeled, even key change pun berlaku..so ya this one of the writing process for Terus Hidup. The first song I wrote sambil berjalan kaki. At least for the hook part la.

Terus Hidup boleh didengari di Spotify serta di laman YouTube bermula dari hari ini. Aina Abdul juga bakal muncul dengan konsert yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun 2022.

Sumber gambar: Instagram Aina Abdul

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Putra