Lagi Kes Kecuaian Pengasuh, Wanita Ini Minta Netizen Doakan Kesembuhan Anaknya Yang Sedang Kritikal

Share

Selepas kes adik Adam, seorang lagi bayi dilaporkan menjadi manga kecuaian pengasuh. Ibunya Eyka atau Noraziqah Rohmat menulis di laman facebook minta mendoakan anaknya yang sedang kritikal di sebuah hospital. Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan yang dikatakan terjatuh dari buaian mengalami masalah tempurung kepala retak, tisunya bengkak dan terdapat pendarahan termasuk diselaput mata.

Dalam status dimuat turut Selasa lalu mengharapkan anak lelakinya itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sediakala.

“Assalamuaalaikum minta jasa baik rakan rakan doakan anak sy dia sekarang dlm keadaan kritikal moga diberikan keajaiban & diberikan kesihatan seperti sedia kala.

“Jasa dan doa kalian hanya ALLAh saja dpt membalasnya, ummi rinduu naufal syg  Naufal kuat ummi kuat. Naufal nyawa ummi,” katanya yang kemudiannya mengundang rasa simpati netizen.

 

Eyka juga memberitahu mereka sekeluarga sebagai insan terpilih dan reda dengan segala ketentuan-Nya.

Sebagai ibu yang melahikan, Eyka turut melahirkan rasa rindunya pada anak ini.

“Rindunyaaa dengan teletah kamu bgn laaaa nak laaaa nak ummi ayah ari ari tnggu kamu sedarr. Allahuakbar Ummi rindu sangat”

Sementara itu menurut sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan, keluarga mangsa reda dengan ketentuan takdir selepas doktor mengesahkan jika hayat bayi itu panjang, keadaan kesihatannya terganggu.

Katanya, cubaan keluarga untuk mendapatkan kerjasama pengasuh termasuk mengetahui punca kejadian bagaimanapun sukar selepas enggan memberikan kerjasama sebelum ditahan polis.

“Pada mulanya pengasuh memberi alasan Naufal tersedak ketika memberi makan dan selepas itu apabila ditanya adakah Naufal jatuh, pengasuh mengatakan bayi itu jatuh buaian,” katanya.

 

Terdahulu, polis menahan reman pengasuh wanita berusia 35 tahun itu susulan bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan lebam dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala selepas dirujuk ke Hospital Tangkak di sini Selasa lalu.

SUMBER: HARIAN METRO & FACEBOOK EYKA

Published by
Siti Zurina