Kurma menjadi hidangan yang wajib ketika di bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya mesti ada satu kotak di setiap rumah. Oleh sebab banyak khasiatnya, seeloknya ia tidak hanya dimakan pada bulan Ramadan. Hari biasa pun tidak masalah untuk memanfaatkannya.
Rugi buat mereka yang tidak suka makan kurma. Namun ramai yang mengolah cara pengambilan kurma dalam diet harian. Sebenarnya bagaimana cara terbaik untuk menikmati kurma agar khasiat yang ada dalam kurma dapat ‘diserap’ masuk oleh tubuh sepenuhnya.
Ikuti perkongsian Dietitian Fizah Sobri ini.
KURMA IS THE BEST
Kurma makanan sunnah
Kurma memberi tenaga dengan cepat
Kurma kaya dalam pelbagai vitamin B, C zat besi, potassium, prebiotik dan macam macam lagi.
Ada situasi kurma menjadi tidak sihat iaitu apabila telah dicampur dan diubahsuai.
Perbezaan antara buah kurma fresh dengan produk berasaskan kurma (seperti susu kurma, kordial kurma). Sama ke khasiat seperti kurma fresh? Malangnya khasiat adalah tidak sama.
Apabila kurma dimasukkan dalam produk ia juga perlu pertambahan bahan bahan lain atau proses tertentu untuk menjadikan ia tahan lama dan sedap dan ini sekaligus menukarkan komposisi kurma yang asli tadi.
Contoh susu kurma
Jika kurma diambil secara segar/tidak diproses dalam bentuk asli, kurma merupakan satu sumber yang kaya dengan zat besi, namun apabila digabung dengan susu dan dipasarkan kandungan zat besi tersebut telah banyak berkurangan sehingga 0%.
Contoh cordial/pati kurma
Ketika menjadikan kurma dalam bentuk cordial atau pati, kulit, rerambut atau serat telah dikopek dan dibuang.
Khasiat dari serat larut air pun hilang.
Khasiat yang saya telah ceritakan pada awal hanya wujud jika ambil kurma dalam bentuk semulajadi dalam keadaan asal. Bukan dalam bentuk diproses atau diubahsuai.
WALAUPUN SIHAT
Kurma merupakan satu sumber tenaga yang cepat dan masa rasa letih atau tidak bertenaga pengambilan kurma boleh memberi tenaga dengan cepat.
TETAPI
Bila buat aktiviti yang panjang dan berterusan seperti solat tarawih tak cukup ambil kurma sahaja.
MESTI ambil hidangan yang sihat, lengkap dan seimbang agar mendapat tenaga yang berpanjangan supaya dapat beribadah dengan sempurna.
**Jika ambil kurma, berhenti dan solat Maghrib dahulu, itu tiada masalah sebab bukan berpanjangan atau tidak mengambil masa yang lama.
Tetapi jika hanya berbuka dengan kurma dan sambung terus beribadah Terawih sehingga selesai anda boleh pengsan.
Sumber kredit: Dietitian Fizah Sobri
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA