Kurma mengandungi gula fruktosa dan glukosa yang cepat menyerap oleh badan. Kurma juga dapat mengelakkan sembelit kerana tinggi serat.
Pengambilan kurma ketika berbuka pula dapat menyediakan perut untuk kembali aktif dan bersedia untuk pencernaan semula.
Pelbagai cara kita boleh menikmati kurma salah satunya dengan membuat cucur kurma. Jadi ‘susut’ jugalah stok kurma di rumah.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CUCUR KURMA:
1/2 cawan tepung gandum
Buah kurma (terpulang berapa banyak)
2 sudu besar tepung beras (untuk bagi rangup)
Sedikit air
Garam secukup rasa
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Campurkan semua bahan-bahan kemudian celupkan kurma ke dalam bancuhan tepung.
2.Goreng di dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Sedia dinikmati bersama minuman kegemaran.
Mungkin ini caranya bagi mengelakkan buah kurma tidak habis dimakan. Hal ini kerana ada sesetengah orang kurang gemar makan kurma kerana rasanya yang agak manis. Dengan cara membuat cucur, kurma tentunya lebih enak dinikmati bersama keluarga.
Sumber kredit: Embun Eiza