Kurangkan Ruam Selepas Mencukur, Tawas Jadi Bahan Utama Dalam Kosmetik

Share

Siapa sahaja tidak tahu penggunaan tawas yang bagus untuk menghilangkan bau badan terutama sekali di bahagian ketiak. Ia juga tidak asing menjadi sebagai bahan utama dalam pembuatan barang-barang kosmetik.

Artikel berkaitan: Mudah Digunakan Dan Dibawa, Satu Sapuan Semula Dengan SPF Stik Ini Wajah Lambat Tua

Namun, tawas bukan sahaja digunakan untuk mengurangkan bau-bau busuk keluar dari badan, ia juga membantu memberikan kebaikan seperti tujuan mencukur dan menghilangkan jerawat!

Bahan Serba Boleh Untuk Atasi Masalah Anda

Sumber dari Canva

Tidak semua yang ketahui bahan tawas ini yang sering digunakan untuk menyingkirkan bau badan yang kurang ‘enak’ itu. Ia juga tidak asing dalam dunia kosmetik yang sering menjadikannya sebagai bahan utama.

Tawas merupakan sebatian aluminium yang sering menjadi tumpuan pengeluar kosmetik oleh kerana sifat astringen dan antibakteria. Di laporkan oleh Medical News Today, astringen dapat membantu dalam mengurangkan penampakkan pori-pori pada kulit.

Jadi apakah manfaat tawas yang menjadi keutamaan dalam dunia kosmetik?

1. Deodoran antipeluh

Sumber gambar dari Canva

Sudah menjadi kelaziman tawas digunakan untuk mengyingkirkan bau badan dari ketiak. Ia berfungsi dalam mengecilkan kelenjar peluh. Cara penggunaan sangat mudah dan mengurangkan pembiakan bakteria.

2. Atasi masalah ruam selepas mencukur

Sumber gambar dari Canva

Bukan sahaja menjadi pengurangan bau busuk yang datang dari badan, ia juga bagus digunakan selepas mencukur. Ini kerana tawas dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan mengurangkan keradangan yang boleh membuat ruam naik pada kulit.

3. Mengelakkan jerawat

Sumber gambar dari Canva

Oleh kerana memiliki sifat astringen dan pembasmi bakteria, ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan kulit yang berminyak dan berjerawat. Tawas juga menjadi bahan produk mencerah kulit, namun tiada bukti yang dapat membuktikan keberkesanan bahan ini.

Sumber: Medical News Today

Artikel berkaitan: ‘Vampire Skin’ Obsesi Terkini TikTok, Begini Cara Melaksanakan Solekan Ini Ala Pro

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee