Lobak merah antara sayuran yang enak dinikmati dalam hampir semua hidangan. Ia juga baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh terutama pada kulit, mata, sistem penghadaman dan gigi.
Pemakanan yang baik adalah faktor penting dalam mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang baik.
Makanan yang diambil mampu menentukan tahap kesihatan badan dan mempengaruhi kecantikan kulit.
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.
Ini perkongsian Aisyah Badar Bajrai
Sebenarnya nak kurus senang jek. Korang buang jek tabiat makan malam jauh-jauh. Biasanya makan malam ni yang bahaya. Masa malam la tekak ni nak makan macam-macam. Nak char kuew teow la, burger la, aiskrim la, coklat la.
Hishh, tu semua makanan yang boleh happykan lelemak tau. Jadi pasni try ubah tabiat makan malam. Korang try dinner sebelum pukul 7.00 malam.
.
Kalau tetiba korang lapar tetengah malam, korang amik jek carrot. Buang kulit dia pastu potong panjang panjang macam french fries. Pastu korang kunyah la carrot tu.
Carrot ni sedap tau. Rasa manis manis sihat gitu. Pastu bila kunyah bunyi krup krap krup krap rangup. Tu yang syok. Nak makan banyak pun tak risau gemuk.
.
Diet lobak merah agak mudah, ia tidak memerlukan banyak usaha dan pelaburan kewangan, yang penting untuk wanita moden.
Lobak merah adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Selain kaya potassium, lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama. Selepas ini gantikan snek anda dengan lobak merah.