Sejak mula dipertandingkan pada tahun 1891, angkat berat menjadi sukan yang didominasi oleh kaum lelaki.
Di beberapa negara terutama Asia dan negara Islam, penglibatan atlet wanita masih kurang. Ini kerana tiada peraturan khusus mengenai penggunaan hijab bagi atlet angkat berat.
Ketika itu muncul seorang wanita hebat bernama Kulsoom Abdullah yang merupakan atlet angkat berat wanita berketurunan Pakistan-Amerika Syarikat.
Ibu bapanya berasal dari Pakistan, tetapi dia dilahirkan di Kansas City, Amerika Syarikat.
Dengan keberaniannya, Kulsoom mampu mengubah peraturan dalam dunia angkat berat yang pada awalnya melarang pemakaian hijab.
Pun begitu, keberanian Kulsoom memperjuangkan pemakaian tudung bukan mudah kerana pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi.
Perjuangan Kulsoom Abdullah
Kisah perjuangan Kulsoom sendiri bermula apabila pakaian yang dipakainya dianggap bermasalah ketika menyertai Kejohanan Kebangsaan di Amerika Syarikat.
Ads
Memetik laporan VOA, pada 2010 Kulsoom sepatutnya muncul di Kejohanan Kebangsaan Angkat Berat Amerika Syarikat. Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak hadir kerana pakaian dan tudungnya tidak dibenarkan oleh penganjur.
“Di pertandingan kebangsaan semua orang memakai apa yang dipanggil singlet. Ini adalah sut yang ketat dan harus dipotong di atas lutut dan siku. Pakaian itu jelas tidak menutup aurat,” kata Kulsoom Abdullah seperti dipetik Buzz.
Dalam sukan angkat berat, atlet memakai singlet untuk mendedahkan lutut dan siku. Ini bagi memastikan pengadil dapat melihat peserta tidak membengkokkan siku, berdiri tegak, dan tiada peralatan digunakan untuk membantu meningkatkan prestasi atlet.
Ads
Kulsoom akhirnya mengemukakan permintaan untuk menukar kod pemakaian bagi membolehkannya memakai hijab. Bagaimanapun, USA Weightlifting menolak permintaannya dan perkara itu perlu dibawa kepada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
Isu tersebut mendapat perhatian media nasional dan antarabangsa. Malah, Kulsoom turut mengadakan sidang media dengan bantuan Majlis Hubungan Amerika-Silam, yang akhirnya mendorong IWF menyemak semula kesnya.
“Anda tahu ia sangat menakutkan untuk menjadi orang pertama yang melakukan ini. Saya berharap ia tidak menjadi masalah besar dan mereka akan memenuhi kehendak saya. Tetapi ia menjadi masalah besar apabila banyak media membuat liputan mengenai kisah saya,” tambahnya.
Kepada IWF, Kulsoom berhujah bahawa pakaiannya tidak akan mempengaruhi penilaian pengadil. IWF kemudiannya bersetuju dan membenarkan Kulsoom memakai tudung dan pakaian berlengan panjang dalam pertandingan antarabangsa dan kebangsaan.
Ads
Mula Buka Peluang Kepada Atlet Berhijab
Selain itu, kemenangan Kulsoom turut mengubah sejarah sukan angkat berat. IWF menukar peraturan mereka dan membuka peluang untuk atlet wanita Muslim yang lain.
Pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2011 di Paris, Perancis, Kulsoom Abdullah yang mewakili Pakistan menjadi atlet angkat berat wanita berhijab pertama di peringkat antarabangsa.
“Masih sukar untuk percaya, saya melakukan sesuatu yang telah mempengaruhi ramai wanita lain di seluruh dunia,” kata Kulsoom.
Kredit Foto: Instagram Kulsoom Abdullah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gaya hijabi di setiap negara mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan pastinya memberi inspirasi. Contohnya, gaya hijabi Malaysia berbeza dengan gaya hijabi Jepun dan Afrika kerana keunikan yang dimiliki.
Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan dan keunikan tersebut antaranya ialah budaya, tradisi dan iklim.
Berikut Hijabista kongsikan gaya inspirasi tudung dari 4 negara.
JEPUN
Jepun antara negara yang mempunyai ramai masyarakat Islam. Salah seorang blogger dan pempengaruh bertudung terkenal dari Jepum ialah Nur Arisa Maryam.
Jika dilihat kepada gaya tudungnya, sesuai untuk orang Jepun. Ini kerana masyarakat Jepun menggemari gaya pashmina berbalut dengan aksen bersusun di bahagian hadapan.
MALAYSIA
Gaya tudung di Malaysia juga tak kurang menariknya. Kebanyakan wanita Malaysia yang berhijab gemar memakai selendang dan tudung bawal untuk pemakaian harian.
Sementara material tudung kegemaran wanita Malaysia ialah chiffon dan satin yang memberi kesan flowy apabila dipakai.
ARAB
Kaftan hitam atau abaya yang dipadankan dengan pashmina panjang serta berwarna gelap merupakan ciri utama bagi wanita Arab.
Selalunya wanita Arab memakai pashmina tanpa pin. Mereka hanya perlu menyelitkan tudung agar sentiasa kemas dan bentuknya tidak berubah. Selain itu, terdapat juga wanita Arab yang memilih untuk berniqab.
AFRIKA
Sama seperti wanita Arab, gaya tudung di Afrika iaitu Somalia dan Sudan juga diilhamkan daripada gaya ikat kepala khas Timur Tengah.
Serban dan pashmina tanpa pin menjadi pilihan wanita Afrika. Manakala warna yang sering menjadi pilihan wanita Afrika ialah neutral seperti hitam dan putih.
Hijabi nak ‘slim’ sebelum raya? Penat dah jadi gemuk dan tak dapat bergaya dgan baju raya cantiktik tapi hanya menawarkan saiz kecil? Haa.. Apa kata hijabi tiru cara penyanyi lagenda dari negara jiran ni! Katanya dah ‘sold out’ 23kg lemak tau.
Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Melly kini telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setah menjalani pembedahan Bariatrik.
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Penat Dan Susah Untuk Diet
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...