Kulit Wajah Lebih Cerah Dan Bersih Dengan Skrub Kopi & Gula. Buat Sendiri Je!

Share

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Pastinya ramai wanita yang amat menitikberatkan penjagaan wajah. Kadang-kadang dalam sebulan pasti habis banyak wang. Namun hijabi tahu tak dengan kos yang murah, anda pun boleh cantik! Bukan sahaja murah, malah buat sendiri sahaja di rumah. 

Membersih wajah adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan setiap hari untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan terhindar daripada pelbagai jenis masalah kulit seperti kusam, berminyak dan berjerawat.

Kulit cerah, licin tanpa cela menjadi idaman semua wanita. Bahkan, ramai yang sanggup berhabis duit pergi ke salon kecantikan atau menggunakan produk mahal untuk mendapatkan kulit yang ‘glowing’ dengan cepat. Namun hijabi tahu tak ada cara lain yang boleh anda cuba dengan bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit yang berseri ni?

Artikel berkaitan: Sabun Betik Bersihkan Kotoran Di Muka, Ternyata Ia Skrub Semula Jadi!

Salah satu caranya adalah dengan eksfoliasi. Eksfoliasi membantu menanggalkan sel kulit mati dan pengumpulan kotoran lain yang boleh menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat, serta membantu kulit kelihatan lebih cerah dan licin.

Cara terbaik untuk eksfoliasi wajah adalah dengan skrub semulajadi. Kebanyakan orang menganggap kopi hanya sebagai minuman pagi, namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan eksfoliasi.  

Manfaat skrub kopi & gula

Menurut healthline, skrub kopi dan gula ialah cara terbaik untuk eksfoliasi dan membuat kulit jadi lembut dan licin. Kafein dalam kopi membantu menegangkan kulit, manakala gula membantu mengelupas sel kulit mati. Berikut adalah diantara manfaat scrub kopi dan gula:

  1. Anti-penuaan

Scrub kopi dan gula ialah eksfoliasi semula jadi yang membantu menanggalkan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih lembut dan licin, serta kedutan dan jeragat kurang kelihatan. Scrub gula kopi boleh membantu meningkatkan peredaran dan keanjalan kulit.

  1. Mencerahkan kulit

Scrub gula kopi adalah cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang berseri. Penggunaan serbuk kopi, minyak dan gula secara konsisten boleh memperbaiki penampilan kulit anda dengan meremajakannya dan memberikannya cahaya segar.

  1. Membaiki kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV

Kopi adalah sumber antioksidan yang kaya yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Scrub gula kopi juga meningkatkan aliran darah dan membantu melindungi kulit yang rosak akibat matahari serta memperbaiki penampilan bintik-bintik gelap atau hiperpigmentasi.

  1. Membantu menghilangkan stretch mark

Menggunakan scrub gula kopi untuk kesan regangan(stretch mark) mempunyai banyak manfaat. Kopi membantu menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit dan menjadikan kesan regangan kurang kelihatan.

Cara membuat skrub kopi dan gula

Bahan:

  • 1/2 cawan serbuk kopi
  • 1/2 cawan gula (gula perang atau gula pasir)
  • 1/4 cawan minyak kelapa atau minyak zaitun

Campurkan semua bahan supaya tekstur scrub tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Hijabi boleh memindahkan scrub ke bekas kedap udara dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.

Seterusnya, gunakan scrub pada lengan, kaki dan muka anda sekali atau dua kali seminggu. Caranya, tuangkan 1-2 sudu besar scrub ke dalam tapak tangan. Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 45-60 saat. Bilas apabila anda selesai.

Mungkin terdapat sisa berminyak pada kulit selepas itu. Anda boleh mencucinya dengan sabun,  atau membiarkannya untuk membantu melembapkan kulit. Jangan lupa untuk menggosok kulit dengan berus kering terlebih dahulu karena ia akan mengeksfoliasi dan merangsang aliran darah serta membuat scrub menjadi lebih berkesan semasa anda menggunakannya.

Artikel berkaitan: Tak Mahal Sangat Pun! Ini Pilihan Skrub Yang Boleh Buat Wajah Anda Jadi Bersih Lagi Flawless

Sumber: Healthline

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira