Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Pastinya ramai wanita yang amat menitikberatkan penjagaan wajah. Kadang-kadang dalam sebulan pasti habis banyak wang. Namun hijabi tahu tak dengan kos yang murah, anda pun boleh cantik! Bukan sahaja murah, malah buat sendiri sahaja di rumah.
Membersih wajah adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan setiap hari untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan terhindar daripada pelbagai jenis masalah kulit seperti kusam, berminyak dan berjerawat.
Kulit cerah, licin tanpa cela menjadi idaman semua wanita. Bahkan, ramai yang sanggup berhabis duit pergi ke salon kecantikan atau menggunakan produk mahal untuk mendapatkan kulit yang ‘glowing’ dengan cepat. Namun hijabi tahu tak ada cara lain yang boleh anda cuba dengan bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit yang berseri ni?
Salah satu caranya adalah dengan eksfoliasi. Eksfoliasi membantu menanggalkan sel kulit mati dan pengumpulan kotoran lain yang boleh menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat, serta membantu kulit kelihatan lebih cerah dan licin.
Cara terbaik untuk eksfoliasi wajah adalah dengan skrub semulajadi. Kebanyakan orang menganggap kopi hanya sebagai minuman pagi, namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan eksfoliasi.
Manfaat skrub kopi & gula
Menurut healthline, skrub kopi dan gula ialah cara terbaik untuk eksfoliasi dan membuat kulit jadi lembut dan licin. Kafein dalam kopi membantu menegangkan kulit, manakala gula membantu mengelupas sel kulit mati. Berikut adalah diantara manfaat scrub kopi dan gula:
Ads
Anti-penuaan
Scrub kopi dan gula ialah eksfoliasi semula jadi yang membantu menanggalkan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih lembut dan licin, serta kedutan dan jeragat kurang kelihatan. Scrub gula kopi boleh membantu meningkatkan peredaran dan keanjalan kulit.
Mencerahkan kulit
Scrub gula kopi adalah cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang berseri. Penggunaan serbuk kopi, minyak dan gula secara konsisten boleh memperbaiki penampilan kulit anda dengan meremajakannya dan memberikannya cahaya segar.
Membaiki kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV
Ads
Kopi adalah sumber antioksidan yang kaya yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Scrub gula kopi juga meningkatkan aliran darah dan membantu melindungi kulit yang rosak akibat matahari serta memperbaiki penampilan bintik-bintik gelap atau hiperpigmentasi.
Membantu menghilangkan stretch mark
Menggunakan scrub gula kopi untuk kesan regangan(stretch mark) mempunyai banyak manfaat. Kopi membantu menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit dan menjadikan kesan regangan kurang kelihatan.
Cara membuat skrub kopi dan gula
Ads
Bahan:
1/2 cawan serbuk kopi
1/2 cawan gula (gula perang atau gula pasir)
1/4 cawan minyak kelapa atau minyak zaitun
Campurkan semua bahan supaya tekstur scrub tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Hijabi boleh memindahkan scrub ke bekas kedap udara dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.
Seterusnya, gunakan scrub pada lengan, kaki dan muka anda sekali atau dua kali seminggu. Caranya, tuangkan 1-2 sudu besar scrub ke dalam tapak tangan. Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 45-60 saat. Bilas apabila anda selesai.
Mungkin terdapat sisa berminyak pada kulit selepas itu. Anda boleh mencucinya dengan sabun, atau membiarkannya untuk membantu melembapkan kulit. Jangan lupa untuk menggosok kulit dengan berus kering terlebih dahulu karena ia akan mengeksfoliasi dan merangsang aliran darah serta membuat scrub menjadi lebih berkesan semasaandamenggunakannya.
Sejak melahiirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza memang banyak berubah. Tubuhnya yang kini kekal langsing bahkan dipuji netizen seperti anak dara. Walaupun mengetahui saiz fizikalnya sudah berubah, namun beliau tidak bercadang untuk mengeluarkan produk pelangsingan badan. Menurut isteri kesayangan Datuk Khalid Mohd Jiwa ini, fokus beliau kini hanya pada perniagaan produk kosmetik dan penjagaan tubuh badan.
“Buat masa tidak ada cadangan lagi untuk buat produk pelangsing badan kerana bab-bab macam ni mereka mahukan keberkesanan. Kalau saya betuL-betul mengamalkan satu produk nanti, barulah boleh kongsikan dengan pembeli atau pelanggan.
“Sebagai usahawan fokus saya kini adalah hanyalah pada produk penjagaan wajah, komsetik dan juga parfume. Kalau ada pun mungkin saya akan keluarkan losyen badan dan juga makanan kesihatan untuk dalaman.
“Apa yang penting saya mensasarkan produk yang dikeluarkan lebih kepada soal bersih, selamat dan halal,” ujar Siti ketika ditemui usai majlis Simplysiti Raya Gathering bersempena Ulang Tahun Kelapan Simplysiti miliknya di Menara Kuala Lumpur.
A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti) on
Menurutnya, beliau lebih gemar berkongsi sesuatu produk yang memberi ilmu kepada pengguna. Malah sejak lapan tahun mengusahakan Simplysiti juga, mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan paling penting telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.
“Saya juga tak akan buat produk pemutih yang segera untuk mencerahkan wajah. Sebaliknya produk Simplysiti diyakini selamat, bersih dan hasilnya akan terserlah jika kita pakai secara konsisten. Perubahan berlaku tidak mengejut dan paling penting ia juga di jual dengan harga mampu milik.
“Kami juga tak perlukan gimik kosong sebaliknya lebih bertanggung jawab untuk melariskan sesuatu produk itu. Tidak ada guna promosi secara gempak, tetapi hasilnya tidak seperti dijangkakan. Apa yang penting beri ilmu kepada pengguna kami bahawa produk ini sesuai digunakan dalam lingkungan usia dari sekolah menengah, remaja hingga ke 40 tahun ke atas.
“Ramai di kalangan pelajar dan suri rumah yang masih setia menggunakan produk ini dan buktinya kami masih boleh bertahan hingga ke hari ini. Namun saya juga tidak dapat lari dari berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh itu,” tambahnya yang pernah rasa ‘give up’ untuk berhenti berniaga sebaliknya beri tumpuan pada bidang nyanyian sahaja.
“Masa tu tahun ketiga atau keempat, saya rasa give up sampai cakap pada suami nak stop dan fokus pada bidang nyanyian sahaja. Mujur suami pujuk dan bagi sokongan serta kata-kata semangat pada saya. Sememangnya saya sangat bersyukur dengan sokongan insan-insan ini yang tidak putus-putus menyokong pada belakang,” tambahnya yang turut berdepan masalah lain sepanjang memasarkan jenama ini.
“Cabaran lain yang saya hadapi seperti stok hilang, kecurian dan banyak lagi. Dan paling terbesar sekali adalah dari segi kos sebab kami ingin memberikan produk yang selamat kepada pengguna,” jelas Siti yang bersyukur kerana masih boleh bertahan kerana ramai menyangkan jika produk dari selebriti selalunya tidak mampu bertahan lama.
Penyanyi tersohor negara ini yang tampil menawan petang itu juga turut membawa permata hatinya, Siti Aafiyah ketika majlis semalam.
Menurut Siti, produknya kini bukan sahaja boleh didapati di Watson, tetapi juga di butiknya di Creacion By Siti Nurhaliza dan juga turut dijual secara online.
Personaliti Media Sosial ataupun blogger popular Farah Lee memang rajin berkongsi kisah atau tip menarik kepada followernya. Biarpun dia yang kini sedang menyambung pengajiannya di United Kingdom bersama anak perempuannya, Maream tetapi masih sempat muat turun posting motivasi atau peringatan buat netizen di alam maya. Terbaru Farah Lee bercerita mengenai pengalamannya mengerjakan umrah seorang diri ketika bergelar pelajar. Walaupun ketika itu baru pengalaman pertama kali mengerjakan umrah tetapi segala urusannya dipermudahkan Allah.
Dan setelah tujuh tahun berlalu, wanita berjiwa dan bersemangat kental ini datang lagi diundang menjadi tetamu Allah di Kota Suci Mekah. Dan statusnya juga ketika ini masih lagi bergelar seorang pelajar.
Kerjakan umrah pertama kali ketika bergelar pelajar
Masa buat umrah Ramadan 2011, taktau mana dapat courage berani pergi tanpa teman (first time kenal group member masa kat airport dan guna mahram tumpang) & taktau mana datang duit sampai cukup simpan walaupun masa tu masih student dan baru balik travel dari India. Mungkin sebab nekad lalu Allah mudahkan.
Cuma, ingat itulah umrah terakhir walaupun rindduuu sangat nak pergi Sebab my opinion, if ada duit lebih, daripada pergi umrah banyak kali baik simpan duit untuk buat haji atau belanja orang tak mampu untuk mereka buat umrah; double pahala — pahala belanja dan pahala umrah mereka pun kita dapat.
Tetiba bila dah confirmed ticket ke Jeddah, OIC cakap mereka akan sponsor kami untuk umrah juga. Ya Allah masa tu sebak sangat, Maha Pemurah. Rasa tak layak pun ada. Apa aku dah buat sampai Kau murahkan sangat rezeki aku. Rasa takut pun iya, takut Allah nak duga dan diri tak mampu terima
But here I am today, di tanah suci Makkah, tempat paling tenang dan berkah. Menerima panggilan dan jemputan Allah, untuk sembahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
Doa supaya Allah murahkan rezeki & dapat tunaikan haji tahun depan
Farah dah selitkan doa untuk kalian. Sebab kalian selalu doakan Farah dan Maream sekeluarga walau rata-rata tak pernah bersua muka.
Doakan umrah ini membawa kebaikan kepada Farah, juga kepada kalian semua. Doakan supaya Allah berkatkan rezeki Farah untuk tunaikan haji tahun depan inshaAllah Allahumma amin
Kagum dengan pentas peragaan baru-baru ini di MITEC, Kuala Lumpur, Dato Jovian Dato’ Jovian Mandagie sebagai Pengarah Kreatif, Cheetah Malaysia mengetengahkan gaya-gaya terpilih dari tahun 90-an. Cheetah Malaysia memperkenalkan koleksi terbaharu berinspirasikan sukan tenis, “Summer/ Spring 2022” (S/S 22’).
Koleksi ini menandakan permulaan baharu dalam arah reka bentuk jenama ini dalam usaha syarikat ini memperbaharui koleksi pakaian yang berkonsepkan lebih ‘segar’, sesuai dengan trend “fast fashion” terkini. Ini juga merupakan pertunjukan fesyen Cheetah yang pertama sejak tahun 1989 dan dijangka menjadi salah satu pertunjukan fesyen terbesar di Malaysia.
Dengan 70 orang model di pentas peragaan, koleksi ini menampilkan ciri-ciri berinspirasikan daripada gaya dan suasana dari Kejohanan Wimbledon. Dihasilkan khas oleh Dato’ Jovian sendiri, koleksi ini menunjukkan minat Cheetah dalam menumpukan usaha mendekati golongan bandar dan terus menarik minat pelanggan sedia ada dan segmen pasaran yang berpotensi. Pada masa yang sama, Cheetah juga mengukuhkan kedudukan di dalam dan luar negara dalam arena fesyen.
Imbau kenangan 28 tahun
Di acara tersebut, Dato’ Jovian mengenang kembali memori zaman kanak-kanak beliau memakai pakaian Cheetah untuk aktiviti sekolah yang seterusnya menjadi inspirasi beliau dalam menghasilkan koleksi ini. “Koleksi pertama Cheetah saya sangat sentimental. Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun yang lalu, di mana ibu saya telah membelikan pakaian Cheetah saya yang pertama untuk kelas Pendidikan Jasmani (PJ). Saya berasa sangat seronok memakai pakaian berjenama buat kali pertama dan saya masih ingat lagi saya berasa sangat bangga memakai Cheetah pada ketika itu,” dedah Dato’ Jovian Mandagie.
“Peluang yang diberikan untuk mereka seluruh koleksi pakaian ini bersama Cheetah merupakan satu penghormatan buat saya. Kami bekerja keras dalam menghasilkan koleksi ini demi memastikan ia mencapai tahap kesempurnaan yang disasarkan, terutamanya buat golongan ‘millennial’. Melalui koleksi ini juga, kami ingin meningkatkan semangat ‘menyokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai orang menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak jenama yang hebat di negara ini untuk dibanggakan,” kata Dato’ Jovian Mandagie lagi.
Koleksi relevan dengan gaya hidup sekarang
Fesyen 90-an menyaksikan kemunculan daripada era ‘glamazon’ yang menampilkan ciri-ciri sederhana dan jenama pakaian mampu milik yang menjadi ikutan ramai golongan, terutamanya anak-anak muda. Para konsumer menggemari kombinasi fesyen pakaian sukan dan jalanan di mana ia telah berubah menjadi gaya ‘athleisure’ pada hari ini. Dengan kepercayaan yang kuat bahawa pendekatan ini malar dan sentiasa relevan dengan gaya hidup semasa, Cheetah merealisasikan idea ini serta menterjemahkannya dalam koleksi ini.
Koleksi S/S 22’ ialah kombinasi sukan dan gaya hidup yang menggabungkan fesyen dan keselesaan serta lengkap dihasilkan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dengan pemilihan material yang dilakukan penuh teliti dan sentuhan palet warna campuran yang ‘fusion’, rekaan koleksi ini menggambarkan pendekatan yang lebih menyegarkan oleh Cheetah.
Pada masa yang akan datang, Cheetah dan Dato’ Jovian Mandagie akan terus bekerjasama untuk menyediakan koleksi baharu, serta mempertingkatkan kualiti barangan Cheetah agar lebih relevan dan lebih selaras dengan keperluan pengguna muda, yang mewakili pasaran sasaran utama.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...