Memiliki raut wajah yang awet muda sememangnya menjadi impian setiap wanita. Awet muda tidak hanya membuat wajah menjadi nampak lebih muda dari usia sebenar, malah memiliki kulit yang sihat di usia yang tidak ‘muda’ pastinya membuatkan hijabi lebih yakin kepada diri sendiri.
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk merealisasikan impian mempunyai kulit yang tampak muda, tanpa perlu melakukan sebarang rawatan estetik yang menelan belanja dan kos begitu tinggi.
Antara perkara yang boleh dijadikan rutin mendapatkan kulit yang muda bak gadis remaja adalah dengan bersenam, mendapatkan rehat yang secukupnya, amalkan memakai sunscreen dan memakai produk bersifat anti penuaan (anti-aging).
Namun, ada satu lagi cara yang paling mudah untuk dilakukan Hijabi dirumah sahaja iaitu mengamalkan makan buah-buahan yang sememangnya terkenal baik untuk menjamin kesihatan kulit wajah dan badan, serta membantu melambatkan proses penuaan
Di sini Hijabista senaraikan lima jenis buah-buahan yang jika sering dimakan akan membuatkan kulit anda sihat, tegang dan awet muda. Jom semak!
Buah delima merupakan buah yang disering disebut sebagai buah yang baik untuk kesihatan kulit dan kaya dengan antioksida. Buah delima ini juga dapat mencegah terjadinya kedutan pada kulit.
Selain itu, delima juga disebut-sebut mampu meningkatkan kadar kolagen pada kulit. Jika anda tak suka makan delima, tapi masih mahu mendapatkan kulit awet muda. Boleh je jadikan delima sebagai jus untuk memperoleh manfaatnya!
Buah seterusnya yang banyak memberi manfaat agar kulit kekal anjal dan remaja adalah buah Avocado. Menurut Healthline, buah Avicado juga kaya dengan antioksida sehingga membuat kulit lebih halus dan lembut. Avocado juga memiliki kandungan yang dapat melindungi kulit dari proses penuaan tau.
Kandungan vitamin A yang terdapat dalam setiap buah Avocado dipercayai mampu membersihkan kulit dari sel-sel kulit mati. Kandungan carotenoids pada Avocado ini juga dapat menghalang sebarang racun dari merosakkan kulit kesan dari terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan.
Buah blueberry merupakan buah yang kaya akan kandungan vitamin A dan C. Buah blueberry ini juga mengandungi Antosianin. Kandungan Antosianin ini dipercaya dapat menghalang segala kotorang bebas hinggap pada kulit anda.
Artikel berkaitan: Dambakan Kulit Persis Artis Korea Tanpa Bazir Wang? Buat Sendiri ‘Masker’ Tembikai 2 Bahan Ni Di Rumah!
Buah berwarna ungu tua ini juga mampu mencegah kerosakkan yang terjadi akibat paparan sinar matahari, dan pencemaran. Buah blueberry juga amat baik dalam mencegah terjadinya kehilangan kolagen dalam kulit.
Betik pula kaya dengankandungan antioksida, vitamin, serta mineral yang mampu memperbaiki keanjalan kulit. Buah yang kaya akan kandungan vitamin A, C, K, dan E mampu melambatkan penampakan garis halus pada wajah.
Betik juga mengandungi enzim yang dikenali sebagai Papain. Papain juga bersifat anti-inflamasi dan sering ditemukan dalam pelbagai produk yang mempunyai tujuan exfoliate.
Siapa sangka buah tembikai merah juga termasuk ke dalam kategori buah yang baik untuk kesihatan kulit? Kandungan vitamin A, C, dan E di dalamnya menjadikan buah berwarna merah ini sebagai pencegah terjadinya proses penuaan.
Ya! Buah tembikai juga dapat mencegah kulit agar tidak mudah berkedut atau kerepot.
Jadi kalau hijabi mahu kekalkan keanjalan kulit dan tetap awet muda. Mula lah jadikan amalan memakan buah sebagai rutin mulai sekarang!
Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.