Pasti ramai yang tidak gemar bau bawang putih kan? Tetapi ramai yang suka campurkannya di dalam masakan sebagai penambah rasa. Tahukah anda, sebenarnya banyak kebaikan bawang putih pada kesihatan kita. 

Sumber gambar: Randi Ragan

Terutamanya bagi kaum wanita, bawang putih boleh memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan terutamanya dari segi kecantikan kulit dan mampu menjadikan wajah anda awet muda! Antara kebaikan lain bawang putih adalah:

1. Membantu menghilangkan jerawat

Sumber gambar: Everyday Health

Ramai yang inginkan kulit yang cantik dan licin kan? Selain daripada lemon, bawang putih juga berfungsi untuk mengurangkan serta merawat masalah jerawat. 

Caranya: Potong beberapa ulas bawang putih dan kemudian kisar sehingga menjadi jus. Kemudian, sapukan jus pada area yang terkena jerawat. Biarkan selama lima minit dan bersihkan. 

2. Mengecillan lubang pori-pori

IKLAN
Sumber gambar: Kompas Lifestyle

Jika lubang pori-pori anda jelas kelihatan, pastinya ia memberikan rasa yang kurang menyenangkan. Usah risau, bawang putih mampu untuk merawat masalah ini.

Caranya: Hancurkan ketul bawang putih bersama-sama dengan setengah tomato. Kemudian tempelkan campuran tersebut ke wajah anda. Cuci bersih setelah sepuluh minit. Ini berfungsi untuk memperkecil pori-pori dan membersihkan kulit anda.

3. Mengurangkan tanda kedutan dan menjadikan awet muda

IKLAN
Sumber gambar: Live About

Bukan hanya merawat masalah jerawat, malah ia juga mampu untuk menegangkan kulit wajah dan sekali gus menjadikan kulit tampak muda!

Caranya: Campurkan jus bawang putih dengan minyak zaitun dan urut minyak bawang putih yang disapukan kepada ‘stretch mark’ atau tanda kedutan anda. Ulangi perkara yang sama selama beberapa hari dan anda akan menyedari bahawa tanda tersebut akan mulai berkurang.

4. Mengurangkan keradangan kulit

IKLAN
Sumber gambar: Prevention

Sesetengah orang mengalami bintik-bintik merah di kulit yang sangat gatal. Bintik-bintik itu boleh sahaja muncul di kulit kepala, siku, dan lutut. Salah satu yang dapat menghilangkan tanda-tanda ini dengan penggunaan bawang putih kerana memiliki sifat anti-inflamasi.

Caranya: Ambil satu biji kecil bawang putih kemudian potong hujungnya. Kemudian sapukan hujung bawang putih itu pada tempat yang terkena merah-merah.

5. Mencegah penuaan

Sumber gambar: Everyday Health

Pasti ramai yang inginkan fungsi bawang putih yang terakhir ini iaitu untuk kekal awet muda! Mungkin kedengarannya tidak boleh dipercayai tetapi bawang putih dapat melambatkan kedutan.

Caranya: Ambil satu ulas bawang putih dan potong. Minumlah dengan air limau nipis segera setelah Anda bangun.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI