Sukar untuk menjaga kelembutan kulit semasa musim panas bukan? Ya, cuaca panas sangat mempengaruhi kesihatan kulit. Pencemaran dan udara panas boleh menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan kurang segar.

Sama seperti semasa cuaca hujab, anda juga perlu memberikan penjagaan khas pada kulit anda. Menurut pakar kecantikan, anda perlu menggunakan pelindung matahari dan pelembap yang mampu mengekalkan pengeluaran minyak pada kulit.

Bagi mendapatkan kulit yang bersinar dan sihat pada musim panas ini, berikut dikongsikan tip yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan harian anda.

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat

MENGGUNAKAN PELEMBAP
Gunakan pelembap yang ringan dan menenangkan. Kaedah ini akan membantu menjaga kulit anda agar sentiasa lembap dan anjal. Sapuan pelembap yang cukup pada kulit wajah mampu mencegah pengeluaran minyak berlebihan pada kulit wajah.

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat

JAGA KELEMBAPAN KULIT 
Apabila cuaca panas, kulit anda akan terasa gatal. Oleh itu, disarankan untuk memilih makanan yang kaya dengan kandungan air untuk menjaga kelembapan kulit sepanjang hari.

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat
Photo by cottonbro from Pexels

MINUM AIR SECUKUPNYA
Bagi mendapatkan kulit wajah cantik berseri, sangat digalakkan minum air yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa segar dan lembap. Makan makanan segar dan semula jadi (tidak diproses).

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat
Photo by Daria Shevtsova from Pexels

SENTIASA MEMAKAI SUNSCREEN/SUNBLOCK
Wajib pakai sunscree/sunblock yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada selaran cahaya matahari. Sunscreen/sunblock adalah produk perawatan kulit wajah yang mesti dimiliki dan dipakai pada musim panas untuk memastikan kulit anda dilindungi dari sinar UV yang berbahaya. Sapukan sunscreen/sunblock dua kali sehari agar kulit anda lembut, lembap dan licin.

Ads
Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat
Photo by Shiny Diamond from Pexels

MAKAN BUHAN-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tembikai, oren, timun, saleri dan lobak merah. Tomato adalah bahan makanan yang dikategorikan sebagai sayur yang berwarna merah yang dapat meningkatkan penghasilan kolagen. Sayur jenis ini juga mengandungi lycopene yang membantu melindungi sel kulit dari radikal bebas dan kesan buruk sinar matahari, selain dapat bertindak sebagai pelindung matahari yang asli.

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat
Photo by Pixabay from Pexels

Selain memakai pelembap wajah, face mist juga amat membantu kulit wajah kekal lembap dan segar. Berikut dikongsikan pilihan face mist yang sesuai untuk anda pilih. Sesuai untuk semua jenis kulit wajah.

KOSÉ Sekkisei Lotion Mist

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat

Diperkaya dengan ekstrak tumbuhan oriental, Sekkisei Lotion Mist membantu melembapkan dan menjadikan kulit lembut dan segar. Produk ini dapat menyeimbangkan kadar air dalam kulit anda sehingga dapat mencegah kekusaman, masalah-masalah kulit, bahkan jerawat yang ditimbulkan kerana kulit kering pun dapat diatasi. Kulit yang terdedah sinar matahari juga dapat dirawat dengan produk ini.

Pierre Fabre Dermo-Cosmetique Avène Thermal Spring Water

Ads

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat

Avène Thermal Spring Water sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit jenis sensitif. Formulanya kaya dengan bahan semula jadi. Selain untuk wajah, produk ini juga boleh digunakan untuk rambut yang kering dan susah diatur. Hanya sembur pada rambut dan ratakan pada rambut.

Make Up Spray Mist DOCTOx Sheila M

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat

Face mist ini mampu mengurangkan penampilan liang-liang pori yang terbuka serta mencerahkan dan menghaluskan kulit dan menggantikan kelembapan yang hilang. Gunakan semburan ini sebelum memakai alat mekap, atau sebagai penyembur semburan selepas bermekap.

Ads

Herbivore Botanicals Rose Hibiscus Hydrating Face Mist

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat

Diperbuat 100% daripada produk natural yang berasaskan tumbuhan dan bahan organik, face mist ini mengandungi air mawar yang dapat membantu mengurangkan jerawat dan masalah keradangan kulit. Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sekata.

Pixi Rose Glow Mist

Kulit Sihat, Lembap & Glowing Di Musim Panas, Ini Rutin Kecantikan Yang Anda Mesti Buat

Dibuat daripada 7 jenis bahan anti-oksidan dan minyak bunga ros, face mist ini merevitalisasikan wajah kering dan kusam supaya lebih segar serta glowy sepanjang hari. Diformulasi untuk memperbaiki skin barrier, mengimbangi kadar pH dan juga membaikpulih keanjalan kulit jika digunakan dengan kerap.

HIJABISTA: Amalkan juga masker kopi. Kopi mengandungi kafein yang mampu membantu sel kulit melawan radiasi sinar ultra lembayung (UV). Sinar UV inilah yang boleh menyebabkan kesan penuaan dan kedutan awal.

Sumber kredit: Times India Top image: Photo by Deden Dicky Ramdhani from Pexels Photo by RF._.studio from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI