Kulit Sihat Kemerah-merahan Guna Skrub DIY Bahan Dapur, Bakal Pengantin Pun Sesuai Amalkan

Share

Kulit yang sihat tentunya menjadi idaman ramai kaum wanita. Namun tidak semua wanita bertuah memiliki kulit yang cantik. Walau bagaimanapun tidak mustahil untuk seseorang itu memiliki kulit yang sihat dan cantik asalkan dia rajin membelai wajah dengan perawatan wajah yang sesuai.

Perawatan wajah bukan hanya melalui rawatan moden sahaja tetapi boleh dilakukan menggunakan rawatan semula jadi. Syarat utamanya kita perlulah rajin untuk mengamalkannya dalam rejim kecantikan harian. Apabila dilakukan secara konsisten maka hasilnya pasti mengkagumkan.

Berikut perkongsian Nana Ismail.

RAHSIA KULIT KEMERAH-MERAHAN
Ramai yang menjadikan malam berinai join venture sekali dengan berlulur. Naikkan seri pengantin katanya.

Masyarakat #Banjar dulu memang sentiasa adakan majlis berlulur untuk bakal pengantin.

Berikut dikongsikan rahsia orang Banjar berkulit cerah kemerah-merahan. Boleh ikut petua ini.

BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras pulut ( goreng tanpa minyak)
2 sudu besar air kunyit hidup
2 biji telur ( ambil putih sahaja)
Air sedikit

CARA-CARA:
1. Kisar halus beras pulut dulu.
2. Masukkan air kunyit dan putih telur. Gaul sebati.
3. Masukkan air sikit jika terlalu kental. Pastikan jangan terlalu cair. Biar pekat (sama tekstur seperti skrub yang dijual di pasaran)
4. Boleh lulur di seluruh badan atau celah pelipat hingga semua kotoran keluar.
5. Lulur kali kedua pada tempat yang sama dan biarkan kering sebelum bilas.
6. Bahagian muka sila lulur secara lembut. Buat urutan berpusar-pusar dan biarkan kering.

MANFAAT LULUR
*Hilangkan daki
*Mencerahkan kulit secara selamat
*Atasi masalah jerawat
*Buang sel kulut mati
*Sekatakan tona wajah
*Menyingkirkan lebihan minyak di wajah
*Menegangkan kulit
*Mengatasi masalah kulit terbakar / sunburn
*Menyihatkan kulit wajah dan tubuh badan
*Memudarkan parut jerawat
*Memudarkan lingkaran hitam mata

Mereka yang berkulit berminyak boleh amalkan seminggu 2-3 kali seminggu. Bagi mereka yang berkulit kering pula, cukup hanya sekali sahaja semingggu.

Untuk bakal pengantin, bahagian muka kalau nampak terlalu ketara kuning kunyit, bolehlah kerap-kerap guna pencuci muka untuk menyingkirkan warna kekuningan pada kulit.

Sumber kredit: Facebook Nana Ismail

Published by
Norhasliza