Ritual kecantikan pastinya anda tidak perlu langkau langkah ini, membersihkan muka tiap pagi mahupun malam. Namun ramai yang tidak tahu kulit akan lebih sihat dang bebas dari jerawat dengan menggunakan air mineral.
Perkongsian Dr Malarketika bercuti, rutinnya menjaga wajahnya menjadi tanda Tanya. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca artikel ini
ARTIKEL BERKAITAN: Rutin Kecantikan Mudah Nak Buat Antaranya Skrub Tubuh Ketika Mandi & Sembur Air Mineral…
Berusaha untuk cantik adalah satu usaha untuk tampil lebih yakin dan mengekalkan wajah tetap sihat walaupun tidak menggunakan sebarang solekan. Walaupun rutin seorang doktor sibuk, tidak mungkin ritual kecantikan dilupakan, Dr Malar tampil muka polos dengan kulit yang cantik rupanya ini rahsianya.
“Saya bagi satu rahsia, kalau travel saya cuci muka dengan air mineral saja. Saya tak guna air di hotel sebab takut ada outbreak
, tumbuh jerawat. You all tak nak ikut tak mengapa tapi pastikan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup.”Malah Dr Malar juga menasihatkan hijabi di luar jangan mudah terpedaya dengan lambakan produk dan suplemen yang menjanjikan hasil yang cepat dengan mengambilnya tanpa nasihat dari pakar.
“Awas, jangan terpedaya dengan produk pil yang putihkan wajah ya! Nak kekal cantik secara semula jadi luar dan dalam sebenarnya tak susah pun. Konsisten saja dengan rutin asas. Lebih mudah, jimat kos!
Usah mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk pemutihan kulit lebih-lebih lagi yang menjanjikan kesan yang cepat contohnya pil, jus, suntikan, krim dan seumpamanya. Menurutnya lagi, kulit yang glowing bukannya kulit yang putih. “Kalau kulit you all macam saya tapi ambil pil putih untuk putih melepak, esok lusa malaikat pun tak kenal you all.
“Kulit yang glowing adalah kulit yang bersih dan sihat. Untuk dapatkan kulit yang bersih dan sihat you all tak payah pun pergi cari pil putih lah, jus nak jadi putih lah sampai buah pinggang rosak. Tak payah.
ARTIKEL BERKAITAN: Air Mineral Bukan Sekadar Untuk Diminum Tetapi Juga Berkesan Rawat Kecantikan
Ada tiga sahaja tip dengan tiga langkah untuk dapatkan kulit glowing yang boleh beri keyakinan diri yang tinggi.
Langkah Satu
Langkah Dua
Silika juga penting untuk pastikan kulit kita tegang dan kurangkan kendur atau kedutan. Senang kata silika ini penting. Sebab itu sangat penting you all minum air putih yang cukup. Pastikan ia mengandungi mineral-mineral yang penting untuk kecantikan dalaman.
Saya sendiri suka cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika. Saya tak percaya, makan suplemen kolagen boleh tinggikan kolagen dalam tubuh, pelik bunyinya. Bagi yang usia mencecah 30-40 tahun, kolagen makin berkurang dalam tubuh. Malah, wanita daripada usia 20an sebenarnya pembinaan kolagen dalam tubuh agak berkurang.
Langkah Tiga
Jadi kepada anda yang sedang gigih berusaha nak cantikkan kulit, boleh lah amalkan air putih dan jangan lupa cuci muka dengan air mineral. Siapa tahu, kulit anda akan lebih sihat dan bersih.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Celoteh dr malar