Jenama penjagaan kulit dan kecantikan terkenal, Wardah merentasi sempadan sains dan teknologi dengan memperkenalkan produk penjagaan kulit terbaharu iaitu Wardah Radiant Charge Serum.
Diformulasikan dengan sel termaju teknologi PowerTM, serum ini memberikan gabungan kuat 10% Vitamin C dan Ferulic Asid untuk menembusi lapisan kulit yang lebih dalam dengan berkesan.
Di samping menangani dan mencegah bintik-bintik hitam.
Baru-baru ini Wardah menganjurkan acara eksklusif sempena pelancaran Wardah Radiant Charge Serum di Blonde Republik Damansara Heights.
Acara yang dihoskan oleh Fizza Frizzy ini menghimpunkan wakil media, KOL serta pakar penjagaan kulit seperti Dr Wina, Dr Liyana dan Dr Ian.
Ads
Sebagai jenama yang memperjuangkan inovasi berasaskan sains dan teknologi, Wardah melakar satu lagi kejayaan dalam penghasilan serum.
Tidak seperti vitamin C tradisional yang tidak meresap ke kulit secara mendalam dan boleh menyebabkan kerengsaan, Wardah Radiant Charge Serum menggunakan lebih banyak vitamin C tulen yang digabungkan dengan asid ferulik bagi memastikan penembusan secara mendalam dan maksimum dengan setiap titisan.
Menurut Wakil Jenama Penjagaan Kulit Wardah, Aishah Jailani, di Wardah komitmen mereka adalah untuk menghasilkan produk terbaik yang bukan sahaja inovatif bahkan mempunyai keberkesanan yang tinggi.
Duta jenama Wardah, Elfira Loy turut berkongsi pengalaman penjagaan kulitnya ketika sharing session bersama doktor estetik, Dr Wina.
Ads
Menurut Elfira, dia sebenarnya memiliki kulit yang sangat sensitif. Kebanyakan vitamin C tidak sesuai dengan kulitnya kerana akan mengakibatkan kerengsaan yang serius.
Pun begitu, setelah diperkenalkan dengan Wardah Radiant Charge Serum kulitnya semakin baik dan serasi dengan produk tersebut. Malah, Elfira semakin menyukainya dan konsisten mengamalkannya.
Pada hujung acara, diadakan pelbagai aktiviti menarik buat para jemputan yang hadir. Rata-rata mereka merasa gembira sepanjang acara berlangsung dan tidak sabar untuk mencuba Wardah Radiant Charge Serum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika anda sedang kebosanan melayan perasaan di rumah dan sudah buntu tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan, apa kata luangkan masa untuk membuat ais krim vanilla coklat ala-ala magnum. Ya Allah terliurnya!
Apatah lagi bulan yang penuh dengan cuti, ais krim yang level kayangan ini sebenarnya boleh sahaja dibuat sendiri di rumah. Sambil meluangkan masa dengan keluarga bolehlah layan ais krim Malaysia buatan sendiri. Jom ikut resepi hijabi ini!
Terjebakk sudah😂😂😂 xdan nak p kedai bakery.. pulun yang mana ada di kedai runcit.. Kita bantai coklat Cadbury buat topping campur dark coklat lebih-lebih raya ritu🤣🤣 sungguh aiskrim makan modai namanye ni😝😝vanilla aiskrim ambik jer resepi kt EN Google.. #aiskrimviralmagnum
Resepi aiskrim vanilla coklat
3/4 susu pekat.. Klu tak nak manis kurangkan..
2 kotak kecil susu full cream
1 sudu besar ovellate (pastikan yg halal)
2 sudu kecil perisa vanilla
Mixed Bahan-bahan diatas sampai gebas gebus agak-agak 20 minit.. Pastu tuangkan dalam jug.. Senang sikit nak bubuh dalam plastik aiskrim nanti..
ARTIKEL BERKAITAN: Goreng Telur Ala Masterchef, Hanya Perlu 3 Langkah Mudah. Pasti Menjadi!
Topping coklat
200g chocolate milk.. Sis pakai cudbury coklat sebab xdan nak p bakery…
100g dark chocolate brand beryl’s
Buat teknik Double boil ye.. Jangan sampai setitik air pon terkena coklat takut nanti coklat mengeras… Dah suam-suam masukkn dalam piping bag dan picit masukkan dalam plastik aiskrim.. Pastikan jgn terlebih @, terkurang.. Masa kita ratakan coklat dalam plastik aiskrim boleh agak-agak ketebalan coklat tu.. Selepas itu tuang je vanilla aiskrim yang dah siap mixed tu dalam plastik aiskrim.. Jangan risau cokat tu tidak akan bercampur dengan vanilla aiskrim.. Dah masukkan hentak-hentak sedikit bagi mampat.. Kalau tak ketuk nanti ada ruang kosong dalam tu..
Selamat mencuba.. Sy halal resepi ni..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kredit Resepi : rohayazulkarnin aya
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita ketahui, kerajaan tidak menggalakkan kita bercuti ke luar negara sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan lagi. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang tidak ambil peduli dengan saranan itu apatah lagi harga tiket penerbangan yang dijual murah pada saat itu. Kini, mereka kembali pula ke tanah air dengan risiko dijangkiti covid-19 sebagai kluster ‘oversea’.
Perkara ini turut diketengahkan oleh Dr. Mohd Afiq di Facebooknya semalam. Katanya, sikap kluster ‘oversea’ ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan kluster tabligh yang lebih mudah memberikan kerjasama sebelum ini.
Kluster ini juga dikatakan terlalu ‘demand’ dan merungut dalam pelbagai perkara. Namun, beliau memberi kesimpulan bahawa bukan kesemuanya berperangai sedemikian.
Kecoh di media sosial apabila penyanyi dan Chef Selebriti terkenal, Dato’ Dr Fazley Yaakob memanggil isterinya, Datin Azrene Ahmad dengan gelaran ‘Adik Sayang’. Tidak melatah dengan situasi ini, Dr Fazley kemudiannya menjelaskan dalam status yang dimuat turut juga di laman sosialnya kenapa memanggil isterinya bukan honey, sayang ataupun panggilan manja lain.
Menurut Dr Fazley, beliau memanggil isterinya itu dengan panggilan ‘Adik Sayang’ kerana dia merupakan anak bongsu dalam keluarga dan mereka memang memanggil dirinya adik.
Ketika beliau bertemu isterinya itu, Datin Azrene di Albert Hall, London sewaktu beliau sedang menguruskan konsert Datuk Siti Nurhaliza, dan ia merupakan cinta pandang pertama.
Isterinya itu baru berusia 18 tahun dan secara kebiasaannya akan memanggil dengan panggilan Adik. Malah isterinya juga turut memanggil dia dengan panggilan Abang. Apatah lagi menurutnya, mereka lebih bersikap tradisional dari segi panggilan.
Dan secara kebetulan juga arwah bapanya turut memanggil ibunya dengan nama Dik Mi. Apabila hubungan sudah semakin rapat, Fazley lebih senang untuk terus memanggil Azrene itu dengan nama manja Adik Sayang dan Abang Sayang buat dirinya.
Ternyata panggilan ini terus kekal walaupun kini sudah hampir 13 tahun bercinta dan mempunyai 4 orang cahayamata. Jadi inilah sebab sebenar mengapa pemilik Suka Sucre Bistro ini lebih senang memanggil isterinya dengan panggilan berkenaan.
Dr Fazley turut terpanggil menjelaskan kekeliruan netizen hingga menimbulkan perdebatan di laman sosial miliknya semalam.
Sebelum tu sempena sambutan hari ibu juga, beliau turut tidak lupa memberi ucapan pada isterinya yang merupakan ibu kepada 4 anak mereka.
Menurutnya selama 13 tahun melayari kehidupan besama penuh keindahan walaupun ada kedukaan tersendiri. Baginya isterinya itu seorang ibu yang serba lengkap dan penyayang buat anak-anak mereka.
Walaupun pernah mengalami keguguran sebanyak 10 kali dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Malah isterinya itu tekad bersabung nyawa melahirkan zuriat mereka,.
Di kesempatan itu juga Dr Fazley turut mengucapkan hari ibu kepada ibunya dan juga ibu mertua, wanita yang pernah suatu masa menjadi wanita pertama negara.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...