Kulit Seakan ‘Remaja’ Dan Awet Muda! Ini Amalan Azizah Ariffin, Jelita Di Usia 54 Tahun!

Share

Namanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sudah sinonim sebagai personaliti TV3 yang dahulunya sering menghiasi kaca televisyen untuk slot berita Buletin Utama dan juga pengacara bagi program-program dibawah seliaan syarikat media gergasi itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kejelitaan raut wajah dan kemulusan kulit bekas pembaca berita, Azizah Ariffin ini. Meskipun usianya kini telah mencecah separuh abad, iaitu 54 tahun.

Lebih mengagumkan pesona dan stamina yang dipaparkan oleh ‘Super Mom’ ini amat luar biasa! Hingga ada yang tertanya-tanya apakah amalan dan ‘rahsia’ yang dilakukan beliau untuk kekal sihat, cergas dan ‘awet muda’. Di sini Hijabista kongsikan semula rutin Azizah.

Kekalkan Stamina Dengan Aktif Bersukan Dan Beriadah!

Azizah memaklumkan bahawa, meski usianya semakin meningkat saban tahun. Namun itu tidak menjadi halangan kepada dirinya sentiasa aktif bersukan demi mengekalkan stamina dan kecantikan luaran dan dalaman.

Jelasnya lagi, dia juga amat menitikberatkan soal pemakanan serta gaya hidup sihat agar dapat menjamin kesihatan dalaman terutamanya organ yang paling penting iaitu jantung.
“Saya amalkan pemakanan sihat dan seimbang, seperti pinggan sihat, suku suku separuh.

“Kurangkan garam, gula, makanan tinggi transfat sebaliknya jangan lupa masukkan lemak sihat seperti minyak zaitun Olivie & OPU dalam diet seharian anda,” katanya.

Selain itu, Azizah berkata, dia juga menjaga kesihatan di usia begini dengan melakukan senaman. Hanya 30 minit setiap 3 kali dalam seminggu.

“Jangan malas bergerak tau. Senaman dapat menguatkan otot jantung kita, mengendurkan pembuluh darah, menurunkan paras gula dalam darah dan menaikkan paras kolestrol baik HDL kita,” ujarnya.

Amalkan Pengambilan Makanan Sunnah Seperti Minyak Zaitun

Tambahnya lagi, amalan yang dilakukan juga merangkumi amalan makanan sunnah yang dianjurkan oleh nabi Muhammad SAW iaitu pengambilan minyak zaitun secara konsisten.

“Sebab apa ya kena ambil minyak zaitun ni? Sebab minyak zaitun kaya dengan omega 3 & 6. Badan kita tak dapat hasilkan Omega 3 & 6 ni jadi kita perlu ambil dari sumber makanan. Peranan Omega 3 & 6 ni ia membaik pulih sel membrane kita, termasuklah sel di kawasan jantung,” jelasnya lagi.

Jadi Hijabista kalau nak kekal bertenaga dan menawan meski dah berusia separuh abad, boleh la jadikan rutin ang diamalkan Azizah ini sepagai remidi dan persiapan menjelang tua nanti!

Sumber: Instagram Azizah Ariffin & Majalah NONA

Published by
Haifa Nasir